BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, June 18, 2013

Sunday, June 16, 2013

R & R

Assalamualaikum penghuni blog..blog..blog..

Odoi , rindu menaip di alam maya datang lagi. Last update di alam maya , mungkin April dulu. So, memang logik la bah kan rindu tu datang lagi. Cukup kupasan tentang 'rindu menaip di alam maya'.

Selepas diri menerobos (pewit ayat makcik makin canggih) alam Praktikum a.k.a Latihan Mengajar yang tidak seberapa latihan tu, diri bergelut pula dengan Interaksi tutorial atau kelas-kelas kuliah yang meluluskan diri menghadirkan jasad ke dewan peperiksaan. Ya lah. kan kena cukupkan jam kredit baru boleh belai paper exam. Kalau rajin sangat ponteng , mana lah layak kan.

Oleh sebab alasan-alasan di atas maka diri hanya mampu melakukan tinjauan pada blog diri dan blog orang-orang orang.. berapa banyak orang daaaa. Tahniahlah buat diri yang masih mampu berdiri hingga hari ini walau terjatuh berkali-kali dek malas yang bermaharaja dan lelah. Tahniah sebab masih mampu menulis bait-bait cinta pada wajah-wajah kertas Ilmu Pendidikan & Pendidikan Islam untuk dititip pada pensyarah buat terakhir kalinya. Bye bye IPG Gaya. Bye-bye cafe BTC. Roti canai dia sedap. :)

Selalu sangat update yang rndom random kan. Sori lah, almaklum tiada objektif di awalnya. Kui Kui Kui.

Oklah, update perkembangan diri. Oh, Jisim diri dulu lah? Perkembangan Jisim. Tahniah 2 langkah lagi ke alam 60. Pendek dan bulat, aku curi konsep ayam serama. Tapi aku tanya En. Fiance, dia kata tiadalah serama sangat. Mana kita tau dalam hati dia kan. Lantak.

Perkembangan lain-lain, Ops bersihkan otak ya wahai si mata-mata. Nampaknya aku terpaksa berhenti di R & R kehidupan memandangkan sumber kewangan sudah terhenti seawal 11 Jun. Kah kah kah. sekarang menghabiskan masa di bilik comel till 29 ni. Malaslah pulang dulu. Pasti bertubi-tubi soalan, "bila mau kawin?". Ayat paling bosan.

Umur baru masuk 26.6 bulan lagi kot baru genap.

Now, tengah tunggu result exam & surat posting, memang mengharap boleh sekolah yang lama. Malas kot mau cari environment baru. Sebab masih belum habis teroka tempat lama. RIndu sangat dengan anak-anak aku di sekolah tu, ntah baw buku ka tidak, sihat ka tidak, nakal ka tidak. .

Harap semuanya ok. Doa-doalah moga aku cepat bertemu anak-anak lagi....Bye

ws.


Tuesday, May 07, 2013

kucar kacir lembaran semalam

assalamualaikum wtb

ececeh.. bergaya entry kau mak jemah. semua serabut tapi aku tau apa puncanya. ya, yes, na'am, semuanya sebab malasssssssss. kucar kacir u know,lately bilik comel aku serabut, sebab apa pun benda macam malas mau buat. bayangkan perangai aku tu start dari habis praktikum. hai gaman (kawan) , mungkin habis suda rajin aku tu ditelan selama 12 minggu. rajin yang dipaksa paksa u know jemah. memakan rajin aku untuk masa depan.

sampai sekolah yang aku tau cuma main tenet, lepaking, sembang bergosiping. makan jangan cakap,ini kondominium sepa mau bagi runtuh. bukan mewah lagi ni, tapi exculsive suda. dulu mangkuk tingkat, sekarang sudah jadi kondo. alahai lemak berkeliaran di mana-mana. jimat tenaga lagi takut sangat tu lemak hilang kan.

cerita di sekolah belum habis lagi. tiba-tiba pak cik 'tok de' kau tu mak jemah, sudah sediakan kerja-kerja untuk aku. aduh rimas pula I tengok dia. cara dia berjalan. lemas!lemas! lemas!pemalas! pemalas! pemalas! agak-agak la angkol. aku malas lah cakap belakang, cakap di skrin pun sudah cukup. siap gula-gulakan aku lagi pulak. 'jangan takut, jangan bimbang, ada sesuatu istimewa untuk mu' pandailah kau angkol. Im not 7years old, sudah tua bro. janji itu ini, ingat aku suka sangat lah. bukan budak bro. boleh jadi mama budak sudah ni. mujur kau berumur bro. last sudah ni aku tolong kau angkol. penat bro jadi kuli-kuli sahaja. mujur tinggal 3 minggu di sekolah ni. lepas aku ada lesen siap kau.

ada lagii pulak tiba-tiba muncul adik si angkol. yang aku hairan langsung tiada apa-apa punca. aku rasalah. mungkin ada benda yang dia tidak puas hati dengan aku mana aku tau kan. tiba-tiba buat muka harimau dengan aku. diam macam ikan dalam kolam tu. wah bila ingat sakit la pula hati aku yang bak sutera crepe ni. bekilau kilau lagi sabar ini. oh hati. banyak betul juga kan pengalaman berasaskan sekolah ni. siap berjiwa-jiwa lagi.

biarlah ,yang penting jangan layan sangat orang-orang yang merugikan kita. dan layan cantik-cantik orang orang yang cukup membahagiakan kita. Aturan Allah jugala yang terbaik. kita rancang-rancang saja bah kan.aku suka cakap orang, tapi aku selalu suka tengok diri aku sendiri balik. mungkin apa yang kita masih belum cukup memuaskan hati macam-macam pihak. maka dari situ kita mula lah belajar mengawal emosi dan aturlangkah meneruskan hidup demi mencapai bahagia. start suda aku jadi pengarang komik. start suda diaaa muahahaa. dengan siapa lagi aku mau luahkan kan?

aku makin dewasa.


yes, makin dewasa. macam-macam situasi sudah aku lalui. yang mudah, yang susah, yang rumit, yang terhimpit. kamurang semua mesti sudah awal rasai benda-benda ni kan. tapi bila semua ni selesai dan berserah pada segalanya pada pencipta. semuaaaaa benda ni akan jadi satu pengalaman dan satu ilmu baru, yang mana salah diperbetulkan dan yang mana betul diteruskan.

ya, aku makin dewasa.

bila melihat orang semakin dewasa berjiwa kanak-kanak. puas lihat. puas rasa.

Ya Allah, Engkau mengetahui segala-galanya.


Tuesday, April 30, 2013

cerita kedai kupi

Assalamualaikum wbt.

sebenarnya malas ba kan mau cakap pasal luahan hati ni. tanpa sengaja tekaluar itu ayat-ayat jiwang kita. pastu nanti pandailah tu baca sendiri-sendiri, geli hati sendiri-sendiri. macam mau delete ja kan, tapi biarr.. hehe.

Sejak dua menjak ni, aku habiskan waktu dengan main game  parking parking, burger shop. biasa lah ketinggalan zaman punya mainan. hari tu pegi format laptop 1 Malaysia yang aku dapat tahun lepas kalau nda silap. biasalah, laptop free kan. mudahlah rosak. lepas format tu dia masukkan macam macam jenis game, tapi yang aku paling suka 2 ni ja la. biarlah ketinggalan ka apa. yang nda tahan tu kan, kalau main game burger tu buat kerja pun jadi kelam kabut, maybe terbawa-bawa kan. hahaha. kelakar. tapi aku rasa game ni asah otak aku fikir mana yang perlu dibuat dulu. kadang-kadang aku apply pula dalam buat kerja-kerja di sekolah. boleh pula kan. ambik la ba manfaat yang positif . bukan mau siok siok saja ba kan. huhu.

main game sampai tidak ingat dunia tu, macamlah aku ni free sangat-sangat.padahal bejurut (beratur) kerja kerja yang menunggu untuk disiapkan. apatah lagi tarikh exam KPLI nanti 5 hingga 7 Jun. Belum juga rasa takut kan.  jom list kerja. sempat lagi kan.

  • Rakaman video pengajaran & pembelajaran untuk dinilai & diserah pada ketua unit praktikum bagi calon rentas.konon
  • Kertas kerja sukan sekolah
  • Fail Ilmu pendidikan
  • Persediaan final exam
  • Isi SPPBS tahun 1, and tolong si pakcik 'tok dan' isikan kelas kelas dia. ok kelas kelaas dia. subjek jangan kira lah. sakit hati ai.

neh, ambil kau. main lagi ba burger burger tu. hahahaha.. kelakarlah sangat. sampai pulang kampung pun nda sempat suda tu kalau segala-gala buat last minute. kesian mama i. nasib baiklah kan mengundi 5hb ni. bolehla jumpa mama. semangat juga aku. tanggungjawab ba kan. wajib ditunaikan. entahlah mau undi apa. malas beratur saja ni.

rasa mual tengok tv yang 99% berkisarkan pilihan raya. jalan raya jangan haraplah. paling benci menghalang penglihatan. macam tiada otak lah pula letak banner di selekoh selekoh & persimpangan. susah bro mau tengok kereta dari kanan kiri.  tau tidak? implikasi pilihan raya selain memualkan? acu try tengok, harga barang naik ooo..sakit jiwa kita. sudahlah aku ni kasi pagi makan roti, kasi petang makan ayam. bekais malam teropong sayur. sayur mahal gila. bukan musim hujan. ayam pun mahallll. bikin panas puik.mau makan pun susah. inilah nasib golongan kasta.


cepatlah habis PRU. cepat juga hilang lagu si tomok tu dari halwa telinga. aku rasa BN juga menang tu. harap-harap siapa pun menang aku mau cuti 6hb! umumlah awal-awal. senang adjust bas pulang KK.

Oklah, itu saja lah. paning kita ingat burger. Bye. Wasalam





Wednesday, April 24, 2013

Cerita kawan part 1

Assalamualaikum selamat malam.

Malam ni macam mau cerita pasal kawan-kawan baru di SKBH ni. Ntahlah teringin pula mau cerita kawan-kawan baru aku ni. Entry kali ini turn kawan aku yang paaaaling baik di abad ini.

Nama dia Siti Nabilah Wan Abu Bakar.. dia ni asal dari kelantan. anak Doktor yang bertugas di Hospital Sultanah NurZahirah , negeri tempat aku menuntut ilmu dulu. walaupun dia anak seorang doktor, tapi dia ni humble sangat sangat. me loike giler dengan kehumblean dia.

sejak aku lapor diri di sekolah ni, dia banyak bantu aku. asyik asyik tanya "La, ada apa-apa yang perlu saya bantu??" especially masa praktikum ni. Hmm tidak habis-habis cerita praktikum aku kan. Kih3.

bila pegi kantin sama-sama dengan dia, mesti dia minta air panas 2 cawan. 1 aku 1 dia. dia selalu belanja aku Kopi Jantan, Kopi Kuda, Kopi Janda.. Hahahah yang ini tipu. Tapi betul dia selalu belanja aku kopi 3 in 1 dari kelantan. kadang-kadang tu 5 in 1 lagi. pernah dia belanja aku minuman Halia. Huissshoo langsung tidak boleh. dia sanggup tukar minuman dia dengan minuman aku. tidak lama lepas tu aku kentot kentot. sedap gila ooo hembus ahngin.. semua kopi yang dia bawa sedap sedap belaka. kecuali halia tu lah :p

dia selalu juga belanja aku makan nasi, kuih kuih.. macam-macam lah. tapi point dia sekarang bukanlah pasal dia belanja aku. kuat kipas aku kan kalau buat entry semata-mata sebab dia banyak belanja aku. tapi apa yang aku paling salute dengan dia, dia sukaaaaa tolong orang susah.

dia suka sangat dengan budak-budak di sekolah tu. kalau ada budak menangis terutamanya kelaparan, dia sorang ja cikgu yang sanggup bagi makan. 3 hari berturut-turut pulak tu budak yang sama. cikgu lain ada buat macam dia? :)

dia suka tolong budak budak.. dia pernah bagi duit dengan budak yang datang sekolah dengan bapa, budak tu kan ada masalah dengan family dia. terus dia bagi duit. budak tu bukan warganegara. tapi budak tu Islam. dia tidak mengira. dia sangat baik. aku bertuah kenal dengan dia.

oh lagi satu point penting, pertama kali aku tengok dia kan.. aku perasan yang muka dia ni macam muka seseorang.. sweet.

siapa?

mirip siapa?

ooooohhhhh

Sharifah Aini!

Aku serius bah ni. aku risau sebab sampai sekarang dia belum ada calon. katanya tidak mahu bersuamikan orang Sabah. Mau hak Kelantan juga. kalau boleh cikgu. Alim. Tidak merokok. Hensem x hensem dia tidak kisah kot. Aku sentiasa doakan dia sentiasa bahagia dan cepat bertemu jodoh. :) Sayang kawan aku sorang ni.. 

Jom Sembang

Daisypath Graduation tickers
Daisypath Friendship tickers
Daisypath Anniversary tickers