BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, April 24, 2013

Cerita kawan part 1

Assalamualaikum selamat malam.

Malam ni macam mau cerita pasal kawan-kawan baru di SKBH ni. Ntahlah teringin pula mau cerita kawan-kawan baru aku ni. Entry kali ini turn kawan aku yang paaaaling baik di abad ini.

Nama dia Siti Nabilah Wan Abu Bakar.. dia ni asal dari kelantan. anak Doktor yang bertugas di Hospital Sultanah NurZahirah , negeri tempat aku menuntut ilmu dulu. walaupun dia anak seorang doktor, tapi dia ni humble sangat sangat. me loike giler dengan kehumblean dia.

sejak aku lapor diri di sekolah ni, dia banyak bantu aku. asyik asyik tanya "La, ada apa-apa yang perlu saya bantu??" especially masa praktikum ni. Hmm tidak habis-habis cerita praktikum aku kan. Kih3.

bila pegi kantin sama-sama dengan dia, mesti dia minta air panas 2 cawan. 1 aku 1 dia. dia selalu belanja aku Kopi Jantan, Kopi Kuda, Kopi Janda.. Hahahah yang ini tipu. Tapi betul dia selalu belanja aku kopi 3 in 1 dari kelantan. kadang-kadang tu 5 in 1 lagi. pernah dia belanja aku minuman Halia. Huissshoo langsung tidak boleh. dia sanggup tukar minuman dia dengan minuman aku. tidak lama lepas tu aku kentot kentot. sedap gila ooo hembus ahngin.. semua kopi yang dia bawa sedap sedap belaka. kecuali halia tu lah :p

dia selalu juga belanja aku makan nasi, kuih kuih.. macam-macam lah. tapi point dia sekarang bukanlah pasal dia belanja aku. kuat kipas aku kan kalau buat entry semata-mata sebab dia banyak belanja aku. tapi apa yang aku paling salute dengan dia, dia sukaaaaa tolong orang susah.

dia suka sangat dengan budak-budak di sekolah tu. kalau ada budak menangis terutamanya kelaparan, dia sorang ja cikgu yang sanggup bagi makan. 3 hari berturut-turut pulak tu budak yang sama. cikgu lain ada buat macam dia? :)

dia suka tolong budak budak.. dia pernah bagi duit dengan budak yang datang sekolah dengan bapa, budak tu kan ada masalah dengan family dia. terus dia bagi duit. budak tu bukan warganegara. tapi budak tu Islam. dia tidak mengira. dia sangat baik. aku bertuah kenal dengan dia.

oh lagi satu point penting, pertama kali aku tengok dia kan.. aku perasan yang muka dia ni macam muka seseorang.. sweet.

siapa?

mirip siapa?

ooooohhhhh

Sharifah Aini!

Aku serius bah ni. aku risau sebab sampai sekarang dia belum ada calon. katanya tidak mahu bersuamikan orang Sabah. Mau hak Kelantan juga. kalau boleh cikgu. Alim. Tidak merokok. Hensem x hensem dia tidak kisah kot. Aku sentiasa doakan dia sentiasa bahagia dan cepat bertemu jodoh. :) Sayang kawan aku sorang ni.. 

No comments:

Jom Sembang

Daisypath Graduation tickers
Daisypath Friendship tickers
Daisypath Anniversary tickers