Salam..
wah, bangun lambat gila hari ini. lepas subuh, tido mula. sudahlah semalam tidur awal. biasalah, majikan sudah pulang, so berkurunglah dalam bilik nuh. haha. pas bangun terus mandi , breakfast then bukak laptop.
selalunya bila online. web first yang akan dibuka mestilah facebok. kaya orang yang cipta web ni. tapi hari ini tergerak untuk bukak email dulu.. tiba tiba aku teruja tengok email dari penyelia latihan ilmiah aka thesis aku beberapa bulan dulu..
then subject belaiu yang berbunyik :
"artikel dalam jurnal antarabangsa"
wah bedebar sudah ni. tapi sebelum ni beliau ada juga maklumkan yang beliau sudah berjaya menyiapkan artikel untuk tajuk tesis aku 2 bulan lepas kalau tidak salah..
and then beliau suruh lawati link ini..
http://www.bssreview.org/volume/vol1-no5-nov-2011.pdf
excited ok..
dan segeralah mengucap Alhamdulillah.. Syukur sangat sangat
kena view guna PDF kot. pastu tengok tengok..
wah ada nama I lah dekat situ. jangan riak ok. dan yang buat translate itu bukan aku.. tapi kerjasama padu Dr.Rohaizan Baru & Dr. Syed Hadharallatfhi Syed Omar.. aku cuma sediakan dalam bahasa melayu. but at least aku rasa usaha aku yang macam separuh mati menyiapkan thesis tu, dihargai..dan boleh dibanggakan oleh kedua permaisuri dan raja yang jauh di kampung. ceh jauhlah sangat.
waaah, terasa macam mahu sambung master la pulak.
cuma aku rasa dalaman aku tidak cukup kuat lagi untuk menempuh cabaran bergelar pelajar master. susah tu yong.
duit lagi.. perasaan lagi.. ala matai perasan perasan..;p
oklah, hanya sekadar perkongsian. dan lesson yang aku dapat hari ini.
# buat sesuatu mestilah dengan bersungguh sungguh bukan hangat hangat tahi manuk (ayam)
# buat mesti diselit segunung keikhlasan supaya kerja itu nampak sempurna tapi tidaklah perfect. aik? apa ni.. haha.. mungkin yang pernah lalui cabaran menyiapkan thesis saja yang memahami. silalah aplikasi pada kerja yang lain ya. peringatan untuk aku yang daif.
# hargailah orang sekeliling yang banyak membantu dan mungkin di luar pengetahuan kita, berlaku sedikit pengorbanan yang terpaksa mereka lakukan
# jangan buat kerja last minute, kena cermat and so on
dan banyak lagi sebenarnya..tapi tidak terdaya aku mau menaip dan memikirkannya haha..
oleh itu setinggi tinggi dedikasi ini aku tujukan khas buat Dr. Rohaizan dan Dr.Syed kerana berjaya menempatkan artikel ini ke dalam jurnal antarabangsa hasil usaha dan kerja keras daripada mereka. Pada Dr. Rohaizan, hanya Allah yang layak memberi ganjaran pada ustaz untuk semua usaha dari mula sampai aku berjaya menyiapkan thesis itu. Proud of you doc. tabik springggg... syukran atas semuanyaa.. terharuuu..
hanya doa yang dapat aku titipkan agar ustaz sentiasa berada dalam lindungan dan rahmat dari-NYA hingga ke akhir hayat. amiinn..
Bila Aku Bukan Dia -Teaser 7
1 year ago
No comments:
Post a Comment