BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, May 07, 2013

kucar kacir lembaran semalam

assalamualaikum wtb

ececeh.. bergaya entry kau mak jemah. semua serabut tapi aku tau apa puncanya. ya, yes, na'am, semuanya sebab malasssssssss. kucar kacir u know,lately bilik comel aku serabut, sebab apa pun benda macam malas mau buat. bayangkan perangai aku tu start dari habis praktikum. hai gaman (kawan) , mungkin habis suda rajin aku tu ditelan selama 12 minggu. rajin yang dipaksa paksa u know jemah. memakan rajin aku untuk masa depan.

sampai sekolah yang aku tau cuma main tenet, lepaking, sembang bergosiping. makan jangan cakap,ini kondominium sepa mau bagi runtuh. bukan mewah lagi ni, tapi exculsive suda. dulu mangkuk tingkat, sekarang sudah jadi kondo. alahai lemak berkeliaran di mana-mana. jimat tenaga lagi takut sangat tu lemak hilang kan.

cerita di sekolah belum habis lagi. tiba-tiba pak cik 'tok de' kau tu mak jemah, sudah sediakan kerja-kerja untuk aku. aduh rimas pula I tengok dia. cara dia berjalan. lemas!lemas! lemas!pemalas! pemalas! pemalas! agak-agak la angkol. aku malas lah cakap belakang, cakap di skrin pun sudah cukup. siap gula-gulakan aku lagi pulak. 'jangan takut, jangan bimbang, ada sesuatu istimewa untuk mu' pandailah kau angkol. Im not 7years old, sudah tua bro. janji itu ini, ingat aku suka sangat lah. bukan budak bro. boleh jadi mama budak sudah ni. mujur kau berumur bro. last sudah ni aku tolong kau angkol. penat bro jadi kuli-kuli sahaja. mujur tinggal 3 minggu di sekolah ni. lepas aku ada lesen siap kau.

ada lagii pulak tiba-tiba muncul adik si angkol. yang aku hairan langsung tiada apa-apa punca. aku rasalah. mungkin ada benda yang dia tidak puas hati dengan aku mana aku tau kan. tiba-tiba buat muka harimau dengan aku. diam macam ikan dalam kolam tu. wah bila ingat sakit la pula hati aku yang bak sutera crepe ni. bekilau kilau lagi sabar ini. oh hati. banyak betul juga kan pengalaman berasaskan sekolah ni. siap berjiwa-jiwa lagi.

biarlah ,yang penting jangan layan sangat orang-orang yang merugikan kita. dan layan cantik-cantik orang orang yang cukup membahagiakan kita. Aturan Allah jugala yang terbaik. kita rancang-rancang saja bah kan.aku suka cakap orang, tapi aku selalu suka tengok diri aku sendiri balik. mungkin apa yang kita masih belum cukup memuaskan hati macam-macam pihak. maka dari situ kita mula lah belajar mengawal emosi dan aturlangkah meneruskan hidup demi mencapai bahagia. start suda aku jadi pengarang komik. start suda diaaa muahahaa. dengan siapa lagi aku mau luahkan kan?

aku makin dewasa.


yes, makin dewasa. macam-macam situasi sudah aku lalui. yang mudah, yang susah, yang rumit, yang terhimpit. kamurang semua mesti sudah awal rasai benda-benda ni kan. tapi bila semua ni selesai dan berserah pada segalanya pada pencipta. semuaaaaa benda ni akan jadi satu pengalaman dan satu ilmu baru, yang mana salah diperbetulkan dan yang mana betul diteruskan.

ya, aku makin dewasa.

bila melihat orang semakin dewasa berjiwa kanak-kanak. puas lihat. puas rasa.

Ya Allah, Engkau mengetahui segala-galanya.


No comments:

Jom Sembang

Daisypath Graduation tickers
Daisypath Friendship tickers
Daisypath Anniversary tickers