BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, June 18, 2013

Sunday, June 16, 2013

R & R

Assalamualaikum penghuni blog..blog..blog..

Odoi , rindu menaip di alam maya datang lagi. Last update di alam maya , mungkin April dulu. So, memang logik la bah kan rindu tu datang lagi. Cukup kupasan tentang 'rindu menaip di alam maya'.

Selepas diri menerobos (pewit ayat makcik makin canggih) alam Praktikum a.k.a Latihan Mengajar yang tidak seberapa latihan tu, diri bergelut pula dengan Interaksi tutorial atau kelas-kelas kuliah yang meluluskan diri menghadirkan jasad ke dewan peperiksaan. Ya lah. kan kena cukupkan jam kredit baru boleh belai paper exam. Kalau rajin sangat ponteng , mana lah layak kan.

Oleh sebab alasan-alasan di atas maka diri hanya mampu melakukan tinjauan pada blog diri dan blog orang-orang orang.. berapa banyak orang daaaa. Tahniahlah buat diri yang masih mampu berdiri hingga hari ini walau terjatuh berkali-kali dek malas yang bermaharaja dan lelah. Tahniah sebab masih mampu menulis bait-bait cinta pada wajah-wajah kertas Ilmu Pendidikan & Pendidikan Islam untuk dititip pada pensyarah buat terakhir kalinya. Bye bye IPG Gaya. Bye-bye cafe BTC. Roti canai dia sedap. :)

Selalu sangat update yang rndom random kan. Sori lah, almaklum tiada objektif di awalnya. Kui Kui Kui.

Oklah, update perkembangan diri. Oh, Jisim diri dulu lah? Perkembangan Jisim. Tahniah 2 langkah lagi ke alam 60. Pendek dan bulat, aku curi konsep ayam serama. Tapi aku tanya En. Fiance, dia kata tiadalah serama sangat. Mana kita tau dalam hati dia kan. Lantak.

Perkembangan lain-lain, Ops bersihkan otak ya wahai si mata-mata. Nampaknya aku terpaksa berhenti di R & R kehidupan memandangkan sumber kewangan sudah terhenti seawal 11 Jun. Kah kah kah. sekarang menghabiskan masa di bilik comel till 29 ni. Malaslah pulang dulu. Pasti bertubi-tubi soalan, "bila mau kawin?". Ayat paling bosan.

Umur baru masuk 26.6 bulan lagi kot baru genap.

Now, tengah tunggu result exam & surat posting, memang mengharap boleh sekolah yang lama. Malas kot mau cari environment baru. Sebab masih belum habis teroka tempat lama. RIndu sangat dengan anak-anak aku di sekolah tu, ntah baw buku ka tidak, sihat ka tidak, nakal ka tidak. .

Harap semuanya ok. Doa-doalah moga aku cepat bertemu anak-anak lagi....Bye

ws.


Jom Sembang

Daisypath Graduation tickers
Daisypath Friendship tickers
Daisypath Anniversary tickers