BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, November 11, 2011

Keluarga Aku

salam. hi. malam malam sikit baru ada mood. baru timbul idea. so entry di bawah adalah semata mata ingin melampiaskan keluhan yang tidak seberapa keluh. what the..

hari ini aka malam ini aku akan berceloteh pasal keluarga aku randomly. sebab aku cakap random. aku akan mengarut pada benda benda yang tidak sepatutnya menjadi isi penting dalam karya dari hati, puih. dan aku juga tahu tiada siapa yang baca blog aku (mengharap ada) muahaha. sebab aku akan mencoretkan semua yang benar tentang aku. yang sepatutnya dibiarkan menjadi salah satu lipatan ceritera hidup peribadi. merepek lah kau. peduli apa aku kan.  blog aku. haihaihai..

okeylah.

fakta pertama:

bila aku pegi mana mana. mesti orang akan tanya. kamu ada keturunan Cina ka? atau. kamu ni kadazan dari keningau ka? atau. kamu ni kadazan dari Ranau? atau. customer di Oldtown tiba tiba ajak aku speaking Chinese. dan aku jawab dengan mulut melopong. lagi dashyat masa study di Terengganu. "Awak ni mualaf ke?" . bila aku megaku aku Kadazan. mula lah satu pertanyaan yang sangat 'bijak' akan diaju. "kamu Muslim??".. sama macam customer muslim yang tanya SELEPAS makan di Oldtown. "Makanan sini halal ka?". jadi aku pakai tudung tu kenapa tidak tanya terus. "kamu ni menyamar jadi Muslim???". hahahaiii.. keras pankreas.

okeylah.

fakta kedua:

meh aku stori mori satu persatu pasal sejarah keluarga aku. Bapa aku bernama Singkun. nama Islam beliau. Suhaimi bin Godoong. bapa aku seorang yang beragama Kristian Katolik satu masa dahulu.Asal Tamparuli, Sabah. hingga kini, keluarga bapa aku masih menganut agama yang sama. dan yang pasti aku jarang sekali jumpa keluarga aku sebelah bapa aku atas sebab. jauh. malas ikut bapa pulang. bilangan adik beradik bapa aku pun aku tidak ingat. sori bapa. mendiang datuk aku telah pergi sewaktu aku berumur 13 tahun. dan seingat aku, aku berbaju kurung dan bertudung labuh lengkap berstokin semasa menghadiri upacara pengebumian mendiang. bayangkan, diri aku dikelilingi mereka yang non Muslim dengan penampilan sebegitu rupa. tapi aku tidak kisah. tapi kalau kini, pasti aku sangat kisah.(ada cerita sebab sebaliknya kenapa aku sangat kisah).

arak? uncle uncle aunty aunty aku semua minum benda tu. Non Muslim. apalah yang kita kisah sangat. salah satu sebab kenapa aku tidak gemar ke kampung bapa. pasti dihidangi dengan pelbagai watak semasa mabuk diiringi muntah yang sangat 'wangi'. Ya Allah, begini rupanya yang aku telah jalani selama ini. tapi itu masa aku kecil dulu. dan aku mengaku, kejahilan aku tu menyebabkan aku pernah membeli beberapa botol arak tanpa mengetahui yang perbuatan ini turut dikira haram di sisi agama. Astaghfirullah. itu dulu. dulu .dulu. aku benci ingat semua ini.

hurm. cukup pasal bapa. sekarang turn mama aku. Mama my mom's name .. Rinah Zulkifli .dulu beliau  seorang penganut Kristian SDA. Seventh Day Adventice. melalui ceritanya, aku dapat tau yang mama aku ni penganut tegar. selalu ke Gereja bersama adik beradik yang lain.

tapi syukur Ya Allah, Engkau memberi petunjuk pada mereka.

Allah pertemukan mama dan bapa menjadi pasangan hidup yang sangat ideal. Bapa seorang cikgu dan mama aku adalah anak murid beliau. bertemu jodoh pada tahun 1975 kalau tidak silap. ceh..

tahun 1982, mereka memeluk agama Islam beramai-ramai. (sorry pada kawan-kawan sebab aku beri info yang salah selama ini.. rupanya setelah mendapat anak kedua, baru convert). aku gemar dengar cerita cerita lampau dari mama dan family yang lain. seperti yang kita tahu,(rasanya ramai yang tidak tau) di awal pemelukan Islam, mereka yang biasa dengan cara hidup agama dahulu tidak semestinya 100% meninggalkan amalan lampau. orang kata step by step..

dan dengan itu, aku sangat bersyukur sebab dilahirkan automatik dengan pegangan agama Islam. Alhamdulillah.  dan aku sangat bangga dengan usaha jitu bapa dan mama kerana rajin memarahi aku kalau  malas menghadiri kelas agama di kampung dulu menyebabkan aku berjaya menghabiskan pengajian yang lebih tinggi, dan lebih menggembirakan dalam bidang agama. Alhamdulillah. sebab mereka tahu, mereka tidak mampu memberi ilmu yang satu itu. dan itulah yang dituntut dalam Islam..

Okeylah.

p/s : telah diedit kerana byk kesilapan tatabahasa. hehe

2 comments:

farrkee said...

sweet...suke care kak suel..
hope rmai lgi yg dapat hdyah dri story akk..

MOCHA said...

trima kasih dear.. moga-moga ;)

buat blog bru ke..;)

Jom Sembang

Daisypath Graduation tickers
Daisypath Friendship tickers
Daisypath Anniversary tickers