BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, November 27, 2011

Salam Maal Hijrah

salam.

selamat tahun baru Islam..

buka buku baru pula..

harap yang baik diteruskan,

yang tidak baik dihentikan.

Astaghfirullah, ampunkan hambamu ini Ya Rabb.

Ampunkan hambamu ini Ya Rabb..

Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani

Sunday, November 20, 2011

kalaulah

apa da punya entry. dak derja 1 pun bleh buat.
apa da punya content, semua kisah hati kau!
aku feduli hapa. janji aku hepi &  tidak menyakiti sesiapa. haha. tiba tiba

okeylah.

baju masih banyak bertimbun timbun dalam bakul. lipat1 , tengok laptop jap. lipat 2, tiba tiba mood menaip marii.

okeylah.

siapa kata tanam anggur adalah waktu yang sangat best, macam dunia ana yang punya? apatah lagi tanam anggur lepas graduate? panas telinga woh!

"eh, belajar tinggi tinggi, kerja tidak lagi?"
"eh, belajar tinggi tinggi just jadi kerani?"
"eh, belajar tinggi jadi pelayan ja?"
"eh belajar tinggi tinggi duduk umah ja?"
"wah, tunggu orang datang meminanglah ni?"
"eh, bazir duit ja kan belajar tinggi tinggi. keluar keluar, bukan ada kerja bagus pun"
"eh, bazir umur. baik lepas spn terus kerja"


kepala hotak kamu berjambul! untuk siapa yang aju soklan ni, baik fikir betul betul. kamu adakah?? bukan in mood meninggi diri. sekarang ni bapak punya susah cari kerja! sakit jiwa. hoi! x sayang mulut ka? mai lah rasa sendiri. bila duduk di kampung. alahai. mulut. ingat ni tahun 70-an 80-an 90-an??? keluar dari U terus dingap oleh peluang kerja?? jadi buruh kasar lagi baik. huh. rezeki xdok g la makcik..;p

kalaulah aku lelaki. kerja apa pun aku buat. boleh survive duit makan sendiri, duit poket sendiri. g sana sini, x perlu risau hal keselamatan diri.

kalaulah aku kmpul duit dari dulu, boleh jugak aku pegi merantau jauh. aku duk dengan keluarga. aku buat kerja kerja suri, masih juga ada yang tak puas hati. pegang penyapu dah 24jam, masih ada desas desus aku ni memerap dalam bilik. itu x buat. ini x masak. padahal nasik, lauk semua dah ada. apa lagiiii??? ceh, tekanan.

kalaulah aku macam keluarga yang lain, dah siap wat keja boleh lepak depan tv. sambil makan cekodok pisang. bleh layan astro, tengok lawak zizan. yang ni, baru nak tengok, kad astro orang sembunyikan. bila ada kad, remote plak takdo bateri! argh! tension! hempas skit tv baru tauu.. sabarr...

kalaulah aku anak orang kaya, bleh g Spa hari hari. mandi sauna, lulur badan, buat muka. ops, facial muka, urut urut. pastu pegi Slim World. xpun pegi London Weight Managment. Yun Nam? tak perlu kot, rambut masih lebat. Makan kat tempat yg sedap sedap macam Hanis Zalikha selalu pegi. Ble trip to Indon macam kakak & Mom dia. Ble teravelling mana mana. huh, hebat. Bil broadband pun x perlu risau. inikan pulak beli samsung galaxy tab 10.0. tapi aku x minat mana Samsung. Baik beli brand Nokia. baling anjing 45KM pun still ok. terbaik. macam- macamlah.

tapi, apa boleh buat. benda yang 'kalau' ni sebenarnya hanya membuatkan iman kita merosot? how? sebab kita kufur nikmat. ceh pujuk pujuk hati yang lara. tapi betul what. layanlah apa yang ada. syukurilah benda yang kita ada daripada mengenang benda yang tiada dan tudak mampu di'adakan'.
bye.

kerana mulut hati binasa

salam.

sang wanita yang sedang menaip entry ini sedang dalam keparahan jiwa. keparahan. keparahan. kenapakah aku sangat suka pada word 'keparahan'. parah sangat kah?? puew.

wah. kerana mulut itu. kerana ayat ayat yang keluar dari mulut ciptaan Allah itu. kerana itu. aku termakan hati. haha. di luar ketawa di hati menangis. hebat. sakitnya. apatah lagi si gerangan darah daging sendiri.

apa yang diperkatakan? biarlah menjadi rahsia hati.

moga dia sedar akan perbuatan itu.

bahawa rezeki sesungguhnya datang dari Allah.

sesedap kata, semanis bicara, ya, mungkin manis dan sedap tubik dari mulutnya. tapi hati yang terguris siapa yang tahu.

si ayah dan ibu juga menjadi mangsa, kalau aku pun sudah berkecil hati, apatah lagi orang tua sendiri....
renung renungkanlah.

Thursday, November 17, 2011

antara adat,keluarga dan kemampuan

Salam.

Wah wah. kalah tajuk entry Mamat Khalid. Heheh.
saja, kongsi rasa di Lembaran Semalam.

Makin hampir ke arah permulaan rumah dan tangga, semakin sulit dan sempit jalan raya,aih? apa ni. jalan penyelesian. sampai aku terpanggil meluahkan segala yang aku rasa di LS ni. Ingin berkongsi sedikit rasa dengan anda yang membaca, kalau ada hihi.

ikat. tunang: sarung cincin. discuss pasal hantaran & etc.

dan ini akibat merisik seorang diri. orang sini kata, berani mati!

bila plan E day hampir menjengah.

parents sebelah dia sibuk. risau. resah. mungkin juga takut.

keluarga aku baik, bertimbang - timbang rasa ini. ikut kemampuan dalam hal-hal hantaran dan paling utama. tiada niat jual ANAK.

adat kaum & keluarga aku, ; risik, tunang (tentukan nilai hantaran & tarikh kawen), big day

adat kaum & keluarga dia: risik (tentukan nilai hantaran), tunang & big day

ada beza ka tara beza?

mana mau jaga hati keluarga aku, mana mau jaga hati his family. Ini belum ada apa apa ikatan pun lagi suuuudah, tidak sehaluan. Argh, tension tension tension.

Lastly, Aku pening sendiri, dalam hati mau tunda lagi, mengharap si jodoh berpanjangan lagi, hingga akhir nafas ini.
aduh, wrong time untuk berjiwang.

Permudahkan Ya Rabb.
dugaan sekecil hama.


p/s: kuat beno engko bedengkor wahai orang bilik sebelah.

Friday, November 11, 2011

Keluarga Aku

salam. hi. malam malam sikit baru ada mood. baru timbul idea. so entry di bawah adalah semata mata ingin melampiaskan keluhan yang tidak seberapa keluh. what the..

hari ini aka malam ini aku akan berceloteh pasal keluarga aku randomly. sebab aku cakap random. aku akan mengarut pada benda benda yang tidak sepatutnya menjadi isi penting dalam karya dari hati, puih. dan aku juga tahu tiada siapa yang baca blog aku (mengharap ada) muahaha. sebab aku akan mencoretkan semua yang benar tentang aku. yang sepatutnya dibiarkan menjadi salah satu lipatan ceritera hidup peribadi. merepek lah kau. peduli apa aku kan.  blog aku. haihaihai..

okeylah.

fakta pertama:

bila aku pegi mana mana. mesti orang akan tanya. kamu ada keturunan Cina ka? atau. kamu ni kadazan dari keningau ka? atau. kamu ni kadazan dari Ranau? atau. customer di Oldtown tiba tiba ajak aku speaking Chinese. dan aku jawab dengan mulut melopong. lagi dashyat masa study di Terengganu. "Awak ni mualaf ke?" . bila aku megaku aku Kadazan. mula lah satu pertanyaan yang sangat 'bijak' akan diaju. "kamu Muslim??".. sama macam customer muslim yang tanya SELEPAS makan di Oldtown. "Makanan sini halal ka?". jadi aku pakai tudung tu kenapa tidak tanya terus. "kamu ni menyamar jadi Muslim???". hahahaiii.. keras pankreas.

okeylah.

fakta kedua:

meh aku stori mori satu persatu pasal sejarah keluarga aku. Bapa aku bernama Singkun. nama Islam beliau. Suhaimi bin Godoong. bapa aku seorang yang beragama Kristian Katolik satu masa dahulu.Asal Tamparuli, Sabah. hingga kini, keluarga bapa aku masih menganut agama yang sama. dan yang pasti aku jarang sekali jumpa keluarga aku sebelah bapa aku atas sebab. jauh. malas ikut bapa pulang. bilangan adik beradik bapa aku pun aku tidak ingat. sori bapa. mendiang datuk aku telah pergi sewaktu aku berumur 13 tahun. dan seingat aku, aku berbaju kurung dan bertudung labuh lengkap berstokin semasa menghadiri upacara pengebumian mendiang. bayangkan, diri aku dikelilingi mereka yang non Muslim dengan penampilan sebegitu rupa. tapi aku tidak kisah. tapi kalau kini, pasti aku sangat kisah.(ada cerita sebab sebaliknya kenapa aku sangat kisah).

arak? uncle uncle aunty aunty aku semua minum benda tu. Non Muslim. apalah yang kita kisah sangat. salah satu sebab kenapa aku tidak gemar ke kampung bapa. pasti dihidangi dengan pelbagai watak semasa mabuk diiringi muntah yang sangat 'wangi'. Ya Allah, begini rupanya yang aku telah jalani selama ini. tapi itu masa aku kecil dulu. dan aku mengaku, kejahilan aku tu menyebabkan aku pernah membeli beberapa botol arak tanpa mengetahui yang perbuatan ini turut dikira haram di sisi agama. Astaghfirullah. itu dulu. dulu .dulu. aku benci ingat semua ini.

hurm. cukup pasal bapa. sekarang turn mama aku. Mama my mom's name .. Rinah Zulkifli .dulu beliau  seorang penganut Kristian SDA. Seventh Day Adventice. melalui ceritanya, aku dapat tau yang mama aku ni penganut tegar. selalu ke Gereja bersama adik beradik yang lain.

tapi syukur Ya Allah, Engkau memberi petunjuk pada mereka.

Allah pertemukan mama dan bapa menjadi pasangan hidup yang sangat ideal. Bapa seorang cikgu dan mama aku adalah anak murid beliau. bertemu jodoh pada tahun 1975 kalau tidak silap. ceh..

tahun 1982, mereka memeluk agama Islam beramai-ramai. (sorry pada kawan-kawan sebab aku beri info yang salah selama ini.. rupanya setelah mendapat anak kedua, baru convert). aku gemar dengar cerita cerita lampau dari mama dan family yang lain. seperti yang kita tahu,(rasanya ramai yang tidak tau) di awal pemelukan Islam, mereka yang biasa dengan cara hidup agama dahulu tidak semestinya 100% meninggalkan amalan lampau. orang kata step by step..

dan dengan itu, aku sangat bersyukur sebab dilahirkan automatik dengan pegangan agama Islam. Alhamdulillah.  dan aku sangat bangga dengan usaha jitu bapa dan mama kerana rajin memarahi aku kalau  malas menghadiri kelas agama di kampung dulu menyebabkan aku berjaya menghabiskan pengajian yang lebih tinggi, dan lebih menggembirakan dalam bidang agama. Alhamdulillah. sebab mereka tahu, mereka tidak mampu memberi ilmu yang satu itu. dan itulah yang dituntut dalam Islam..

Okeylah.

p/s : telah diedit kerana byk kesilapan tatabahasa. hehe

Thursday, November 10, 2011

Blur

asal bukak blog ja mesti malas mau menaip. asal malas menaip ja mesti bukak blog.

cis.

Wednesday, November 09, 2011

Waiting Him

salam.

hai hai hai hello hello hello kopi ka milo hello!

benarlah kata puganja. oh pujangga. penantian itu satu penyeksaan. terseksa kah?

tidaklah.

huh. baru setengah jam aku tunggu dia habis meeting. panasnya dalam kereta. kejap pasang aircon kejap tutup. takut minyak habis. haha. keluar dari kereta pun aku malas.

masuk ni 3 kali dah aku ikut dia meeting. 'ikut'. dalam erti yang lain, tunggu di luar ok.

lamanyaaaaa tidak mengupdate di ruang ni. entahlah, idea pun tara.

merapu kejap di saat saat panas ini.

jumaat ni what a beautiful date kan. 11.11.11. huh. ada jugaklah sepupu aku kawen, bertuah dia. kena pulak hari jumaat. huh. lawa lawa..

hari besar aku bila lagi? kui3..
bye

Jom Sembang

Daisypath Graduation tickers
Daisypath Friendship tickers
Daisypath Anniversary tickers