salam.
lama tidak berupdate blog aku ni. al maklumlah sibuk.meeting sana sini, hasilnya 1 habuk pun tarak, buang masa. sekolah macam bakal runtuh. meeting 4 kali seminggu. huh.
bercerita tugas seorang pendidik. cewah. hari ini aku mau beleter pasal tugas guru yang sangat ,MULIA kan kamu dan aku cakap dulu? masa temuduga kemain janji macam macam. sanggup itu ini. biasalah mulut manusia. belum merasa. macam juga becinta. masa becinta kentut pun wangi, taik gigi pun suci.
tapi baru masuk 3 bulan aku berusaha menyesuaikan diri dengan kerjaya guru yang kita semua anggap mulia. memang mulia.. memang bahagia bila gaji masyuk kan. ramai sangat orang di luar sana menganggap kerjaya mendidik adalah salah satu kerja yang mudah. ya la kerja setengah hari, cuti sekolah guru cuti. hujung minggu boleh le[ak tengok wayang, pulang kampung. tapi tahukah kita/ kamu asiemen. jadi guru ni bukan sekadar buat rancangan pengajaran harian, penat, lepak pulak di kantin sambil anyam ketupat, yang baik luahkan masalah anak murid, anyam kelupis bagi pihak pentadbir makan puas puas. habis makan pegi kelas. tengahari pulang.
kereta pula kereta besar. apartment 4 tingkat, baju sekali pakai tukar yang lain.
rileks??
enjoy??
tahukah anda, bilangan tertinggi yang berdaftar di hospital mesra teridiri dari pendidik. tidak kuat mental, fizikal dan semuanya boleh menyebabkan kita menjadi salah seorang dari ahli MESRA..
guru tugasnya mendidik, mengasuh, apa lagi?? ingat senangkah jaga anak orang ni? cubit, tampar, herdik, tengking. jadi taik ja bagi budak2 sekarang ni. siap melawan lagi. hari-hari pening, tekanan darah tinggi.
itu belum masuk tugas2 perkeranian lagi. surat-surat, key in markah. cek kertas ujian/exam, relief kelas pulak walaupun bederet kelas kita kena masuk. dengan rakan sejawat pelbagai ragam, mengambil kesempatan pada pada guru yang SANGAT BAIK DAN LURUS BENDUL. takut melawan pada senior senior, umpatan dan misunderstanding. dan yang paling penting, pengampu, perepot, pilih kasih, batu api, belagak pandai sebab ada master/phd, pondan, suka cari kesalahan dan penyemak mata memandang yang terpaksa dihadapi sepanjang menjalankan tugas. dan yang paling menggerunkan ciri ciri ini ada pada pemimpin. lagu manolah nak hormat.
ada ilmu tinggi tu biarlah selari dengan ilmu, jangan berlagak. tahu semua hal. ok, entry ini sebenarnya ditaip dengan penuh emosi dan kesabaran yang kian menghilang. keiikhlasan yang entah ke mana dan kekecewaan pad seorang pemimpin yang aku tidak sangka boleh wujud di muka bumi ini. moga aku diberi kekuatan.
oleh itu, (ini bukan karangan BM).. janganlah menganggap profesion keguruan itu satu tugas yg mudah & menggembirakan. aku tidak gembira menyandang tugas ini. terus terang dari hati yang jujur. hanya disebabkan kepala yang mengetuai tidak mempunyai kepala otak yang normal.
wasalam
Bila Aku Bukan Dia -Teaser 7
1 year ago