Assalamualaikum wbt..
hi semua kawan kawan blogger yang sentiasa dirindui. lama tidak mempamerkan jari di sini. almaklumlah musim sekolah sedang melanda. jadi demam praktkum pun nampaknya semakin mencapai suhu luar biasa. kerja dari sekolah semuanya agak berbisa. makin hari makin menekan jiwa raga. rakan-rakan pendidik yang lain naik pucat & lemau walhal belum lagi musim hujung tahun kan? bila aku post saja entry pasti ada perkataan 'sibuk'. jadi, kerja guru bukannya senang ya adik-adik, ibu ibu bapa bapa sekalian.. jangan hairanlah jika ramai para guru mulai merungut & membantah apatah lagi kompelin sana sini,ribut petir sinun sinan..
bersempena kehadiran 21 Jan 2013 maka aku akan sah bergelar seorang pelatih yang akan berpraktikum dengan persiapan rapi pelbagai elemen. sebab bila-bila masa saja akan diterjah oleh tv3 a.k.a pensyarah pembimbing. ya pensyarah yang tidak kunjung tiba namanya.. lama aku tunggu senarai itu tapi hingga ke hari ini masih tidak diketahui. nasib badan. pengurusan yang masih kurang disenangi. ouch, maafkan saya encik pengurus praktikum.
hanya tinggal seminggu lagi. makin hari makin dihujani dengan pelbagai tugasan seperti melatih murid ke sukan zon, mengurus buku teks yang langsung tiada kena mengena dengan aku. hanya membantu sementara tapi sepertinya tugas itu suda diserahkan sebulatnya kepada aku yang semakin bulat. naik meluat dengan sikap manusia yang asyik beralasan "DOK DAN" . semakin meluat lagi bila urusan-urusan berkenaan dengannya aku yang dijadikan rujukan. manusia-manusia.. semakin tua semakin remaja sikapmu. adakah ini yang dikatakan kecil-kecil cili keladi. auuh, macam salah.
*Sudahlah, malas aku memikirkannya. biarkan dia dengan labu labinya. masalah orang tua*
makin tua makin banyaklah pengalaman & ilmunya. makin berkualitilah kerjanya. makin sensitif & prihatinlah dia. kerja semakin cekap. namun ini. ouch kau sangat pelik. tapi kau baik hati. sangat. bye
maka dengan kedatangan hari yang semakin dekat mencium aku, aku buatlah persiapan apa yang patut & remeh yang tidak sepatutnya dibuat semasa musim kekelam kabutan tiba. harap harap semuanya berjalan lancar. mana mungkin Allah memberikan sesuatu tanggungjawab di luar kemampuan kita. try & error! chayo2.. wish me luck ya kawan-kawan..
Bila Aku Bukan Dia -Teaser 7
1 year ago
No comments:
Post a Comment