Assalamualaikum.
Selamat pagi, wow rajinnya diri ini mengupdate blog. Terlebih banyak pulak masa aku kan. hehe. Anyway bilik coomel ini ada sebuah tv pinjam yang sepanjang hayatnya hanya menayang tv3. Alamklum, astro belum mampu lagi untuk dilanggan muehehehe. Dan memandangkan aku bosan tahap dewa sampai mee yang aku makan tadi macam malas meluncur di usus ini, dek kerana almost yang jadi tatapan adalah mengenai PRU. lagi-lagi lagu tomok, shihah, ayu ngan si etam-etam manes. Muak yau. Seronok lagi dengar lagu Mari Mengundi untuk 1st PRU 27 Julai dulu.
Siapa tengok MHI pagi ini taulah tu.
Oh ya, siapa tengok Daie semalam? rasa-rasa apa pendapat anda? Best ka rancangan tu? Bagi aku, memang sangat best.Bukan apa, TV3 ni jarang-jarang buat program macamtu. Tahun ini saja tv3 menggongol banyaaaak gelaran yang aku dengar dan tengok sendiri. antaranya tv politik, berita tidak sahih, sampai ada yang tidak pernah mahu melihat berita tv3. bukan baru sehari dua, tapi selama 7tahun sehingga sekarang. manipulasi dan putar belit kot. berita tidak telus.macam-macam lah. Tapi ada sedikit yang membuat aku tetanya-tanya tentang program ini. Harap-harap bukan populariti menjadi kejaran. Memang patut dan she deserve to got the title. NorAdibah. Terpancar cahaya keikhlasan di wajah. Oh ya. Apa benda yang aku tertanya-tanya tadi.. Mungkin masa pengumuman dibuat, aku kurang selesa mendengar sorakan yang agak melampau untuk rancangan AGama. Maybe menghidupkan suasana lah kan. Tapi hopefully jangan melampau. Sebab aku takut tiada beza dengan program TV yang lain seperti OIM, atau yang lebih hanget sekarang BMB.Tension & Usaha ke arah sia-sia.
Bagi diri ini, walaupun aku bukan seperfect dan sealim mahupun seangkatan dengannya komen-komen di atas atas dasar sayangkan agama. Ada satu kata-kata yang menarik perhatian hati. "Biar dihina kerana diri jangan hina agama Islam". Mana mungkin ada manusia sesempurna malaikat. Namun berusaha ke arah memperbaiki wajib ada dalam diri. Kemarin jumpa member a.k.a senior masa sekolah menengah dulu dalam MTQ peringkat Bahagian, teringat kata-kata dia " Betul lah pepatah manusia akan berubah, yang baik tidak semestinya akan sentiasa baik, yang jahat tidak semestinya sentiasa jahat. tapi yang baik dan mengekalkan kebaikan malah mengupgrade pada tahap yang lebih tinggi itu, syukur" Dia menyambung lagi, "Kita ni, Ustaz Ustazah pun bukan malaikat, kita juga ada kemahuan, tapi kenalah tepat & tidak melanggar syiar". "Bila buat salah semua mata memandang, mulut tidak pernah berhenti berkata, bagaikan kesalahan itu pada tahap -teruknya,nama sahaja ustaz/ah-"dalam hati, ustaz/ah bukan orangkah? lalu timbul lagi ungkapan- tiada manusia yang sempurna-nobody is perfect-
Apapun tahniah buat adik Adibah.Satu lagi tanggungjawab berat tergalas di bahu. bukan dia sahaja sebenarnya, malah lahirnya bayi di dunia sudah tergalas di pundaknya menjadi khalifah.
Memang, kata-kata mudah diungkap tidak semudah melaksanakannya.
jom ubah topik. seronok pula berkongsi pendapat di alam maya. :)
Tadi blogwalking ke satu blog yang amat menghiburkan. Blog Anak Mat Nor. Baru baca profile , kita tau dah orangnya selambe lawak. sudah tau orangnya macamana. Actually sudah agak lama aku selalu ikuti entry dari beliau. Dari mula-mula ada blog lagi kot. Baca saja, mesti ketawa. Sebab lawak dia semuanya masuk akal. Lawak orang bijak bagi aku. Tapi sudah lama dia tidak mengupdate. Busy dengan anak-anak kot. :) Jangan marah Jebon. Aku taum isu kahwin sangat sensitif :p
Oh ubah topik lagi Hahaha.
Siapa masih study??? Angkat kaki!Jangan pernah ada keluhan "bila laaaaa mau habis belajar ni" tapi hargailah dan nikmatilah masa itu. Zaman syurga untuk setiap manusia. Terutama zaman menara gading. Why is "menara gading" Me pun tidak tahulah. Kepahitan kenangan masa belajar tidak akan pernah sama dengan kepahitan di alam pekerjaan. Kemanisan di alam belajar tidak dan selamanya tidak akan sama dengan kemanisan semasa di alam pekrjaan. Why me terlalu tertekan di alam pekerjaan? Kenapa aku selalu rasa pada alam ini, semua orang penuh dengan kepura-puraan? Jujur, To be honest. Bila orang orang yang promote barangan/product kesishatan ke sekolah dan Guru Besar mempelawa untuk diperiksa tahap kesihatan. Siapa tidak terkejut. Melihat tekanan darah pada peringkat 1! dengan bacaan 146/97. Ada 3 peringkat lagi aku sudah boleh -mati mengejut-. sebab tekanan pada peringkat 4 kan boleh out bila-bila masa. Minta dijauhkan. Cek pula kesihatan dalam. Normal adalah 40-60. Tapi bacaan dalam badan semuanya 100 ke atas. Badan-badan. kasihan sungguh badan aku. Kurang bersenam, kurang rehat, kurang makanan seimbang. Badan terlalu berasid. di alam mana aku sekarang? Pastinya di alam separa Pekerjaan. See? Kenapa hidup ini perlu kepura-puraan? Bagi aku kepura-puraan di alam kerja sangat penting untuk menjaga hubungan walhal hakikatnya sangat tidak sihat bekerja dalam satu bumbung. Jumpa dia, cakap lain, jumpa ini cakap lain. Bagi aku, tidak cukup pepatah melayu -TALAM DUA MUKA-
Di alam ini anda akan rasa berbagai talam, bukan talam kantin, bukan talam restoran mahupun kuih talam. Ya lah. bertalam-talam dengan alasan, menjaga hubungan. Tapi redha kah sang hati? Ada satu yang tidak kena dan tidak tahu bila ianya akan berakhir. Semuanya tampak indah pada luaran. Hakikatnya hanya Allah yang tahu. Tidak selesa, hati pun tidak tenang. Sampai bila? Harapan di hati biarlah semuanya menjadi normal. Termasuk tekanan darah aku. Umur baru masuk 25. Risau ini sangat kepalang.
.