BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, June 18, 2013

Sunday, June 16, 2013

R & R

Assalamualaikum penghuni blog..blog..blog..

Odoi , rindu menaip di alam maya datang lagi. Last update di alam maya , mungkin April dulu. So, memang logik la bah kan rindu tu datang lagi. Cukup kupasan tentang 'rindu menaip di alam maya'.

Selepas diri menerobos (pewit ayat makcik makin canggih) alam Praktikum a.k.a Latihan Mengajar yang tidak seberapa latihan tu, diri bergelut pula dengan Interaksi tutorial atau kelas-kelas kuliah yang meluluskan diri menghadirkan jasad ke dewan peperiksaan. Ya lah. kan kena cukupkan jam kredit baru boleh belai paper exam. Kalau rajin sangat ponteng , mana lah layak kan.

Oleh sebab alasan-alasan di atas maka diri hanya mampu melakukan tinjauan pada blog diri dan blog orang-orang orang.. berapa banyak orang daaaa. Tahniahlah buat diri yang masih mampu berdiri hingga hari ini walau terjatuh berkali-kali dek malas yang bermaharaja dan lelah. Tahniah sebab masih mampu menulis bait-bait cinta pada wajah-wajah kertas Ilmu Pendidikan & Pendidikan Islam untuk dititip pada pensyarah buat terakhir kalinya. Bye bye IPG Gaya. Bye-bye cafe BTC. Roti canai dia sedap. :)

Selalu sangat update yang rndom random kan. Sori lah, almaklum tiada objektif di awalnya. Kui Kui Kui.

Oklah, update perkembangan diri. Oh, Jisim diri dulu lah? Perkembangan Jisim. Tahniah 2 langkah lagi ke alam 60. Pendek dan bulat, aku curi konsep ayam serama. Tapi aku tanya En. Fiance, dia kata tiadalah serama sangat. Mana kita tau dalam hati dia kan. Lantak.

Perkembangan lain-lain, Ops bersihkan otak ya wahai si mata-mata. Nampaknya aku terpaksa berhenti di R & R kehidupan memandangkan sumber kewangan sudah terhenti seawal 11 Jun. Kah kah kah. sekarang menghabiskan masa di bilik comel till 29 ni. Malaslah pulang dulu. Pasti bertubi-tubi soalan, "bila mau kawin?". Ayat paling bosan.

Umur baru masuk 26.6 bulan lagi kot baru genap.

Now, tengah tunggu result exam & surat posting, memang mengharap boleh sekolah yang lama. Malas kot mau cari environment baru. Sebab masih belum habis teroka tempat lama. RIndu sangat dengan anak-anak aku di sekolah tu, ntah baw buku ka tidak, sihat ka tidak, nakal ka tidak. .

Harap semuanya ok. Doa-doalah moga aku cepat bertemu anak-anak lagi....Bye

ws.


Tuesday, May 07, 2013

kucar kacir lembaran semalam

assalamualaikum wtb

ececeh.. bergaya entry kau mak jemah. semua serabut tapi aku tau apa puncanya. ya, yes, na'am, semuanya sebab malasssssssss. kucar kacir u know,lately bilik comel aku serabut, sebab apa pun benda macam malas mau buat. bayangkan perangai aku tu start dari habis praktikum. hai gaman (kawan) , mungkin habis suda rajin aku tu ditelan selama 12 minggu. rajin yang dipaksa paksa u know jemah. memakan rajin aku untuk masa depan.

sampai sekolah yang aku tau cuma main tenet, lepaking, sembang bergosiping. makan jangan cakap,ini kondominium sepa mau bagi runtuh. bukan mewah lagi ni, tapi exculsive suda. dulu mangkuk tingkat, sekarang sudah jadi kondo. alahai lemak berkeliaran di mana-mana. jimat tenaga lagi takut sangat tu lemak hilang kan.

cerita di sekolah belum habis lagi. tiba-tiba pak cik 'tok de' kau tu mak jemah, sudah sediakan kerja-kerja untuk aku. aduh rimas pula I tengok dia. cara dia berjalan. lemas!lemas! lemas!pemalas! pemalas! pemalas! agak-agak la angkol. aku malas lah cakap belakang, cakap di skrin pun sudah cukup. siap gula-gulakan aku lagi pulak. 'jangan takut, jangan bimbang, ada sesuatu istimewa untuk mu' pandailah kau angkol. Im not 7years old, sudah tua bro. janji itu ini, ingat aku suka sangat lah. bukan budak bro. boleh jadi mama budak sudah ni. mujur kau berumur bro. last sudah ni aku tolong kau angkol. penat bro jadi kuli-kuli sahaja. mujur tinggal 3 minggu di sekolah ni. lepas aku ada lesen siap kau.

ada lagii pulak tiba-tiba muncul adik si angkol. yang aku hairan langsung tiada apa-apa punca. aku rasalah. mungkin ada benda yang dia tidak puas hati dengan aku mana aku tau kan. tiba-tiba buat muka harimau dengan aku. diam macam ikan dalam kolam tu. wah bila ingat sakit la pula hati aku yang bak sutera crepe ni. bekilau kilau lagi sabar ini. oh hati. banyak betul juga kan pengalaman berasaskan sekolah ni. siap berjiwa-jiwa lagi.

biarlah ,yang penting jangan layan sangat orang-orang yang merugikan kita. dan layan cantik-cantik orang orang yang cukup membahagiakan kita. Aturan Allah jugala yang terbaik. kita rancang-rancang saja bah kan.aku suka cakap orang, tapi aku selalu suka tengok diri aku sendiri balik. mungkin apa yang kita masih belum cukup memuaskan hati macam-macam pihak. maka dari situ kita mula lah belajar mengawal emosi dan aturlangkah meneruskan hidup demi mencapai bahagia. start suda aku jadi pengarang komik. start suda diaaa muahahaa. dengan siapa lagi aku mau luahkan kan?

aku makin dewasa.


yes, makin dewasa. macam-macam situasi sudah aku lalui. yang mudah, yang susah, yang rumit, yang terhimpit. kamurang semua mesti sudah awal rasai benda-benda ni kan. tapi bila semua ni selesai dan berserah pada segalanya pada pencipta. semuaaaaa benda ni akan jadi satu pengalaman dan satu ilmu baru, yang mana salah diperbetulkan dan yang mana betul diteruskan.

ya, aku makin dewasa.

bila melihat orang semakin dewasa berjiwa kanak-kanak. puas lihat. puas rasa.

Ya Allah, Engkau mengetahui segala-galanya.


Tuesday, April 30, 2013

cerita kedai kupi

Assalamualaikum wbt.

sebenarnya malas ba kan mau cakap pasal luahan hati ni. tanpa sengaja tekaluar itu ayat-ayat jiwang kita. pastu nanti pandailah tu baca sendiri-sendiri, geli hati sendiri-sendiri. macam mau delete ja kan, tapi biarr.. hehe.

Sejak dua menjak ni, aku habiskan waktu dengan main game  parking parking, burger shop. biasa lah ketinggalan zaman punya mainan. hari tu pegi format laptop 1 Malaysia yang aku dapat tahun lepas kalau nda silap. biasalah, laptop free kan. mudahlah rosak. lepas format tu dia masukkan macam macam jenis game, tapi yang aku paling suka 2 ni ja la. biarlah ketinggalan ka apa. yang nda tahan tu kan, kalau main game burger tu buat kerja pun jadi kelam kabut, maybe terbawa-bawa kan. hahaha. kelakar. tapi aku rasa game ni asah otak aku fikir mana yang perlu dibuat dulu. kadang-kadang aku apply pula dalam buat kerja-kerja di sekolah. boleh pula kan. ambik la ba manfaat yang positif . bukan mau siok siok saja ba kan. huhu.

main game sampai tidak ingat dunia tu, macamlah aku ni free sangat-sangat.padahal bejurut (beratur) kerja kerja yang menunggu untuk disiapkan. apatah lagi tarikh exam KPLI nanti 5 hingga 7 Jun. Belum juga rasa takut kan.  jom list kerja. sempat lagi kan.

  • Rakaman video pengajaran & pembelajaran untuk dinilai & diserah pada ketua unit praktikum bagi calon rentas.konon
  • Kertas kerja sukan sekolah
  • Fail Ilmu pendidikan
  • Persediaan final exam
  • Isi SPPBS tahun 1, and tolong si pakcik 'tok dan' isikan kelas kelas dia. ok kelas kelaas dia. subjek jangan kira lah. sakit hati ai.

neh, ambil kau. main lagi ba burger burger tu. hahahaha.. kelakarlah sangat. sampai pulang kampung pun nda sempat suda tu kalau segala-gala buat last minute. kesian mama i. nasib baiklah kan mengundi 5hb ni. bolehla jumpa mama. semangat juga aku. tanggungjawab ba kan. wajib ditunaikan. entahlah mau undi apa. malas beratur saja ni.

rasa mual tengok tv yang 99% berkisarkan pilihan raya. jalan raya jangan haraplah. paling benci menghalang penglihatan. macam tiada otak lah pula letak banner di selekoh selekoh & persimpangan. susah bro mau tengok kereta dari kanan kiri.  tau tidak? implikasi pilihan raya selain memualkan? acu try tengok, harga barang naik ooo..sakit jiwa kita. sudahlah aku ni kasi pagi makan roti, kasi petang makan ayam. bekais malam teropong sayur. sayur mahal gila. bukan musim hujan. ayam pun mahallll. bikin panas puik.mau makan pun susah. inilah nasib golongan kasta.


cepatlah habis PRU. cepat juga hilang lagu si tomok tu dari halwa telinga. aku rasa BN juga menang tu. harap-harap siapa pun menang aku mau cuti 6hb! umumlah awal-awal. senang adjust bas pulang KK.

Oklah, itu saja lah. paning kita ingat burger. Bye. Wasalam





Wednesday, April 24, 2013

Cerita kawan part 1

Assalamualaikum selamat malam.

Malam ni macam mau cerita pasal kawan-kawan baru di SKBH ni. Ntahlah teringin pula mau cerita kawan-kawan baru aku ni. Entry kali ini turn kawan aku yang paaaaling baik di abad ini.

Nama dia Siti Nabilah Wan Abu Bakar.. dia ni asal dari kelantan. anak Doktor yang bertugas di Hospital Sultanah NurZahirah , negeri tempat aku menuntut ilmu dulu. walaupun dia anak seorang doktor, tapi dia ni humble sangat sangat. me loike giler dengan kehumblean dia.

sejak aku lapor diri di sekolah ni, dia banyak bantu aku. asyik asyik tanya "La, ada apa-apa yang perlu saya bantu??" especially masa praktikum ni. Hmm tidak habis-habis cerita praktikum aku kan. Kih3.

bila pegi kantin sama-sama dengan dia, mesti dia minta air panas 2 cawan. 1 aku 1 dia. dia selalu belanja aku Kopi Jantan, Kopi Kuda, Kopi Janda.. Hahahah yang ini tipu. Tapi betul dia selalu belanja aku kopi 3 in 1 dari kelantan. kadang-kadang tu 5 in 1 lagi. pernah dia belanja aku minuman Halia. Huissshoo langsung tidak boleh. dia sanggup tukar minuman dia dengan minuman aku. tidak lama lepas tu aku kentot kentot. sedap gila ooo hembus ahngin.. semua kopi yang dia bawa sedap sedap belaka. kecuali halia tu lah :p

dia selalu juga belanja aku makan nasi, kuih kuih.. macam-macam lah. tapi point dia sekarang bukanlah pasal dia belanja aku. kuat kipas aku kan kalau buat entry semata-mata sebab dia banyak belanja aku. tapi apa yang aku paling salute dengan dia, dia sukaaaaa tolong orang susah.

dia suka sangat dengan budak-budak di sekolah tu. kalau ada budak menangis terutamanya kelaparan, dia sorang ja cikgu yang sanggup bagi makan. 3 hari berturut-turut pulak tu budak yang sama. cikgu lain ada buat macam dia? :)

dia suka tolong budak budak.. dia pernah bagi duit dengan budak yang datang sekolah dengan bapa, budak tu kan ada masalah dengan family dia. terus dia bagi duit. budak tu bukan warganegara. tapi budak tu Islam. dia tidak mengira. dia sangat baik. aku bertuah kenal dengan dia.

oh lagi satu point penting, pertama kali aku tengok dia kan.. aku perasan yang muka dia ni macam muka seseorang.. sweet.

siapa?

mirip siapa?

ooooohhhhh

Sharifah Aini!

Aku serius bah ni. aku risau sebab sampai sekarang dia belum ada calon. katanya tidak mahu bersuamikan orang Sabah. Mau hak Kelantan juga. kalau boleh cikgu. Alim. Tidak merokok. Hensem x hensem dia tidak kisah kot. Aku sentiasa doakan dia sentiasa bahagia dan cepat bertemu jodoh. :) Sayang kawan aku sorang ni.. 

Sunday, April 21, 2013

Suam-Suam Kuku

Assalamualaikum.


Selamat pagi, wow rajinnya diri ini mengupdate blog. Terlebih banyak pulak masa aku kan. hehe. Anyway bilik coomel ini ada sebuah tv pinjam yang sepanjang hayatnya hanya menayang tv3. Alamklum, astro belum mampu lagi untuk dilanggan muehehehe. Dan memandangkan aku bosan tahap dewa sampai mee yang aku makan tadi macam malas meluncur di usus ini, dek kerana almost yang jadi tatapan adalah mengenai PRU. lagi-lagi lagu tomok, shihah, ayu ngan si etam-etam manes. Muak yau. Seronok lagi dengar lagu Mari Mengundi untuk 1st PRU 27 Julai dulu.




Siapa tengok MHI pagi ini taulah tu. Oh ya, siapa tengok Daie semalam? rasa-rasa apa pendapat anda? Best ka rancangan tu? Bagi aku, memang sangat best.Bukan apa, TV3 ni jarang-jarang buat program macamtu. Tahun ini saja tv3 menggongol banyaaaak gelaran yang aku dengar dan tengok sendiri. antaranya tv politik, berita tidak sahih, sampai ada yang tidak pernah mahu melihat berita tv3. bukan baru sehari dua, tapi selama 7tahun sehingga sekarang. manipulasi dan putar belit kot. berita tidak telus.macam-macam lah. Tapi ada sedikit yang membuat aku tetanya-tanya tentang program ini. Harap-harap bukan populariti menjadi kejaran. Memang patut dan she deserve to got the title. NorAdibah. Terpancar cahaya keikhlasan di wajah. Oh ya. Apa benda yang aku tertanya-tanya tadi.. Mungkin masa pengumuman dibuat, aku kurang selesa mendengar sorakan yang agak melampau untuk rancangan AGama. Maybe menghidupkan suasana lah kan. Tapi hopefully jangan melampau. Sebab aku takut tiada beza dengan program TV yang lain seperti OIM, atau yang lebih hanget sekarang BMB.Tension & Usaha ke arah sia-sia.


 Bagi diri ini, walaupun aku bukan seperfect dan sealim mahupun seangkatan dengannya komen-komen di atas atas dasar sayangkan agama. Ada satu kata-kata yang menarik perhatian hati. "Biar dihina kerana diri jangan hina agama Islam". Mana mungkin ada manusia sesempurna malaikat. Namun berusaha ke arah memperbaiki wajib ada dalam diri. Kemarin jumpa member a.k.a senior masa sekolah menengah dulu dalam MTQ peringkat Bahagian, teringat kata-kata dia " Betul lah pepatah manusia akan berubah, yang baik tidak semestinya akan sentiasa baik, yang jahat tidak semestinya sentiasa jahat. tapi yang baik dan mengekalkan kebaikan malah mengupgrade pada tahap yang lebih tinggi itu, syukur" Dia menyambung lagi, "Kita ni, Ustaz Ustazah pun bukan malaikat, kita juga ada kemahuan, tapi kenalah tepat & tidak melanggar syiar". "Bila buat salah semua mata memandang, mulut tidak pernah berhenti berkata, bagaikan kesalahan itu pada tahap -teruknya,nama sahaja ustaz/ah-"dalam hati, ustaz/ah bukan orangkah? lalu timbul lagi ungkapan- tiada manusia yang sempurna-nobody is perfect- Apapun tahniah buat adik Adibah.Satu lagi tanggungjawab berat tergalas di bahu. bukan dia sahaja sebenarnya, malah lahirnya bayi di dunia sudah tergalas di pundaknya menjadi khalifah. Memang, kata-kata mudah diungkap tidak semudah melaksanakannya. jom ubah topik. seronok pula berkongsi pendapat di alam maya. :)



 Tadi blogwalking ke satu blog yang amat menghiburkan. Blog Anak Mat Nor. Baru baca profile , kita tau dah orangnya selambe lawak. sudah tau orangnya macamana. Actually sudah agak lama aku selalu ikuti entry dari beliau. Dari mula-mula ada blog lagi kot. Baca saja, mesti ketawa. Sebab lawak dia semuanya masuk akal. Lawak orang bijak bagi aku. Tapi sudah lama dia tidak mengupdate. Busy dengan anak-anak kot. :) Jangan marah Jebon. Aku taum isu kahwin sangat sensitif :p



 Oh ubah topik lagi Hahaha. Siapa masih study??? Angkat kaki!Jangan pernah ada keluhan "bila laaaaa mau habis belajar ni" tapi hargailah dan nikmatilah masa itu. Zaman syurga untuk setiap manusia. Terutama zaman menara gading. Why is "menara gading" Me pun tidak tahulah. Kepahitan kenangan masa belajar tidak akan pernah sama dengan kepahitan di alam pekerjaan. Kemanisan di alam belajar tidak dan selamanya tidak akan sama dengan kemanisan semasa di alam pekrjaan. Why me terlalu tertekan di alam pekerjaan? Kenapa aku selalu rasa pada alam ini, semua orang penuh dengan kepura-puraan? Jujur, To be honest. Bila orang orang yang promote barangan/product kesishatan ke sekolah dan Guru Besar mempelawa untuk diperiksa tahap kesihatan. Siapa tidak terkejut. Melihat tekanan darah pada peringkat 1! dengan bacaan 146/97. Ada 3 peringkat lagi aku sudah boleh -mati mengejut-. sebab tekanan pada peringkat 4 kan boleh out bila-bila masa. Minta dijauhkan. Cek pula kesihatan dalam. Normal adalah 40-60. Tapi bacaan dalam badan semuanya 100 ke atas. Badan-badan. kasihan sungguh badan aku. Kurang bersenam, kurang rehat, kurang makanan seimbang. Badan terlalu berasid. di alam mana aku sekarang? Pastinya di alam separa Pekerjaan. See? Kenapa hidup ini perlu kepura-puraan? Bagi aku kepura-puraan di alam kerja sangat penting untuk menjaga hubungan walhal hakikatnya sangat tidak sihat bekerja dalam satu bumbung. Jumpa dia, cakap lain, jumpa ini cakap lain. Bagi aku, tidak cukup pepatah melayu -TALAM DUA MUKA-



Di alam ini anda akan rasa berbagai talam, bukan talam kantin, bukan talam restoran mahupun kuih talam. Ya lah. bertalam-talam dengan alasan, menjaga hubungan. Tapi redha kah sang hati? Ada satu yang tidak kena dan tidak tahu bila ianya akan berakhir. Semuanya tampak indah pada luaran. Hakikatnya hanya Allah yang tahu. Tidak selesa, hati pun tidak tenang. Sampai bila? Harapan di hati biarlah semuanya menjadi normal. Termasuk tekanan darah aku. Umur baru masuk 25. Risau ini sangat kepalang.





 
.

When u feel free!

assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

selamat malam wahai isi dunia . tadi try tidur tapi mata susah plak mau tutup. oh, ya. sebelum apa-apa izinkan aku untuk mengucapkan syukur alhamdulillah dan berteriak di alam maya!!!! horeeeeyyyy, i feel free! bebas. bukan sembarang parti. ups. itulah isunya when i is feel free.. hhehehe. bersyukur sangat sangat bila tempoh azab telah berlalu.. biasalah azab dunia. belum azab akhirat betul x? takutnya bila fikir akhirat pulak. apa dia tempoh azab?



semua bakal guru pasti mengalaminya.. tempoh diduga yang paling menyeksa haha. praktikum laaa apa lagi. setiap weekend mesti susah hati, mau buat aktiviti apa, jurnal apa, aktiviti apa, semualah! mesti terbawa-bawa sampai ke mimpi. and right now, perasaan itu tidak wujud lagi . actually belum sepenuhnya lagi. alhamdulillah aku dicalon rentas untuk pengajian ini. rentas maksudnya calon cemerlang. ulang suara CALON.ala-ala PRU13 tu.. hehe calon bukan bermakna sudah atau telah cemerlang. tidak layak rasanya diri ini. walaupun hanya calon. portfolio ke laut, jurnal ke darat. rph berterabur. tapi apakan daya pensyarah aku iaitu Encik Ibrahim & guru besar serta guru pembimbing berkehendakkan. aku hanya mampu berserah. yang penting tempoh praktikum sudah berlalu. Kini tiba debaran untuk direntas oleh ketua-ketua jabatan. say hi and you are very welcome to Skbh! oh my english. harap harap dapat KJ lelaki. sporting sikit. suka suka. ewah ewah. bukan mau menggatal la. al maklum jiwa wanita agak kompleks & details dari lelaki.maybe next week or nexxt to lagi lah tu. mungkin habiskan yang jauh jauh dulu. pastu baru area KK. mentang-mentang dekat dengan IPG.. Kenn.. Its ok, ada hikmah, bolehla update & baiki mana yang belom complete. lepas ini ada lagi 2 ujian besar kena hadapi. 1st my big final exam and 2nd thing is SPP interview. dengar dengar start batch 2012 ni tiada KISSM. semuanya under SPP. and dengar-dengar lagi bila dengan SPP ni pengesahan untuk jawatan DG41 lebih cepat berbanding KISSM. Anyway, apa pun cara Alhamdulillah. Asalkan ada tapak dalam pekerjaan tetap sudah bagus. tinggal lagi usaha, malas atau rajin.



ececeh, cerita pasal ujian-ujian & dugaan pulak kan. sebenarnya hati sudah gatal untuk memiliki aset sendiri terutamanya memiliki zuriat sendiri. sebelum ada, kena buat dulu kan. oit, jangan kuning. maksudnya buat kenduri besar-besaran dulu. kutip gelaran raja sehari. yai bila sebut yang ini, terasa diri ini sedang melangkah ke alam babu-babu atau ibu-ibu. nampaknya hasrat ke alam itu terpaksa aku postpone a.k.a bawa ke depan ahahahaha.. 2014, please be nice to us! amiin. dengan izin-NYA. siap semua urusan akan diusahakan sampai bilangan ke-9 atau ke-10. amboi, gagah & gigih si babu ini. dengan IZINNYA. usia bukan makin bertambah. malah berkurang. si kubur kata mari kan.. sebab tu berkurang. apa pun kena fokus satu-satu dululah. jangan tunjuk gelojoh sangat di sini. hahaha.. tapi aku peduli apa kan. tidak berdosa menyimpan impian. tinggal usaha, doa & tawakal..moga-moga ALLAH permudahkan segala urusan. restu ibu bapa lah yang paling penting dalam apa jua tindakan. amin. kita tengok tahun depan tau. doakan aku moga dipermudahkan segalanya. :) selamat maju jaya untuk adik-adk senior 2013! moga cekal & tabah mengharungi dugaan dugaan yang aku sendiri tidak sanggup menoleh ke belakang lagi.. :)

Friday, April 12, 2013

JALAN JALAN CUCI MATA

Salam khamis malam Jumaat.

malam yang dinanti-nanti oleh para pengemudi dan pengemuda bahtera. al maklum entry ala ala tengah malam ada unsur-unsur 18sx sikit. minta maaf leeee.. hahahahaha

weekend lepas aku ngan Mr.Fiance jalan-jalan di KK. 3 hari berturut-turut kami berdua lebih baik jalan-jalan menghabiskan duit dan tenaga. Khamis tengok wayang padahal Jumaat tu kena observe Minor. sempat lagi boh. huahahha..Jumaat, main badminton, Sabtu tengok wayang lagi, sambil lepak di pasar malam Sinsuran. Pegi petang,sebelum gerai berdri tegak lagi kami sudah terpacak di tapak pasar malam tu.

seronok la jugak kalau jarang-jarang dating kan. selain dapat habiskan masa berdua, habiskan juga duit yang ada. bengong. bila la dapat kawen kalau selalu macam ni. ala sekali sekala. sekarang kena kurangkan keluar berdua. supaya duit dalam dompet tidaklah laju sangat melayang-layang.

mula-mula khamis malam tu kami tengok wayang crita G.I Joe. bolehlah kasi 3 setengah bintang. bukan apa, setengah tu ada sebab aku tetidur la pulak. almaklum sangatlah penat. bayangkan petang tu kami ada meeting di sekolah.. memang menyeksa betul Mr. Fiance kan ajak time-time aku lemau. sekarang tengok wayang ja mesti tetidur. siap mimpi lagi. hahhahahaha.. then sabtu tu tengok Save the General Yong. yang ni bagi 2 bintang. bestlah juga, sebab tu nda tidur langsung.

Jumaat petang kami main badminton di Venetian. 1 jam rm 10 kau. mahalnya. sudahlah aircond macam apa ja. tapi puas hatilah kan. selesa, besar. lepas 3 hari berturut-turut, Mr.Fiance kata udah-udah lee kita jalan. aku ok saja.

memandangkan Ahad tu aku bangun lewat, tapi memandai-memandaikan diri berjanji hantar buku- buku Ilmu Pendidikan yang dipinjam oleh Cik Patmah, kawan lama masa sekolah menengah dulu, ambik mu! terpaksa lagi mengkelamkabutkan diri, meracingkan diri tanpa panaskan enjin kereta. wahahhaa. sambil tu, ada juga janji dengan Janah kawan satu IPG, dia mau tengok portfolio segala. alang-alang dua-dua area putatan, aku pegi lah..

lepas selesaikan dan tunaikan janji, terus pecut pegi KK. konon mau bayar motor aku & motor bapa. tapi , tutuplah pulak, benci.

maka alang-alang u-turn jauh sangat, baik aku pegi pasar kraftangan KK yang dulunya dikenali sebagai pasar Philiphine. Kan. beli la bakul & beg rotan. comel.. bukan 3 hari, tapi 4 hari aku keluar pegiKK. macam di KK ba. inilah namanya JJCM aku.. hahhahaha..jom layan gambar




Nasi Beriani ayam goreng..


wajib beli.

kalau tiada yang ni tidak sah!less sweet

lepas pulang dari KK terus buat RPH & BBM hahaha

ops memang berabis. sebelum pulang take away dulu

sinilah tempat main badminton

RPH mari. gambar beterabur

Add caption


trip-trip mau jadi Lin Dan. wahahaha

gambar di luar Hotel Meridian. sebelah tu Pasar malam. hahaha. penat tunggu dorang buka

gems

lamaaa tunggu. jalan ke depan lagi, banyak jual murah. yang ni sekilo RM3

Laut belakang Pasar



view dari hujung


besar kan..

finally, buka pun


bakul sampah, eh bakul rotan. Rm 30







TAMAT



Sunday, March 31, 2013

March Break!

hai assalamualaikum ..

salam sejahtera.. pagi ahad ni rajin plak update blog. almaklum esok buka sekolah suda.. nampaknya aura aura kritikal makin terasa. cuti kali ni betul2 lupakan urusan urusan praktikum yang bikin pusing. malar 24 jam on9.

oh ya sebelum cuti hari tu aku ajak en tunang pegi centre point untuk grab 1 biji hp memandangkan hp nokia kekembungan betri. susa wo pakai hp seminit 2 becakap terus kong. apa lagi,tuan punya badan lagila jadi kingkong. then bwakla budget dlm 300 ke bwh. ikut kemampuanla kan. hehe sekarang ni aku pandai suda sedar diri bukan mcm dlu2. biasala umur meningkat da kan huahahaha. nway nampak hp rebate.last2 ambik sony tippo. belek2  function ,ble tahanla jg. yg pntg blh wifi kan. yg plg pntg jg android.bila guna hp ni dapatla update blog. hehe.ok la. cerita plak pasal di kampung.

biasala siapa x suka pulang kampung sendri kan. tapi tu la,sekejap ja. pulang sabtu,balik kk rabu. apakan daya khamis aku kena bertugas plak di sekolah. cian mami i.


pulang kk manala dpt pegi mana2 memandangkan duit tarak. padan muka.terperap ja dalam bilik. online 24 jam. masi lg abaikan kerja2 prakikum sebab masih rasa penat sangat2. malasnya pegi sekolah. aduuuhaii.!

ni la pendapatan aku sepanjang cuti

balikkkk kampunggg

syukria 1tahun 3 minggu-taukeh kedai mami



the making of tuhauuu


dush2!

ok siap tuhau-bapa i mengidam


sambal taucu


jaga sekolah-alone di bilik guru

hari bosanku tanpa si dia-milo tabur

makan alone-tom yam campur at siti corner,megalong

waiting for mama & bapa -masjid an-nur Tuaran. #copa

jambatan tamparuli-sungai kiulu

shell sebelah rumah terbalik-tamparuli-motor polis traffic-smart!

si comel

copa-si comel-near jambatan tamparuli-waiting for my parents.

Tuesday, February 26, 2013

Bila aku merelief

huahaha.. tidak ku sangka masa merelief kelas tahun 3 Anggerik & Mawar ini sempat pulak update blog hahahahhhaha.. ceh ketawa sakan. GB datang baru tau. Nway, sekarang ni masa Cikgu Fancey. Subjek Bahasa Kadazan Dusun.

masuk sahaja kelas terus suruh buka buku BKD suh salin petikan . mau ajar pun aku manala tau. kalau dusun kimaragang boleh tahan lagi. huhu.

siap bagi dua muka surat lagi. hhhahaha.. sejam etek. sejammm.. masa yang cukup lama dana cukup sesuai untuk online sambil hadap fb, twitter, blog dsb..

jom selit pasal praktikum jap.sampai sekarang belum dihubungi oleh lecturer2 kesayangan. mungkin aku ni dekat sangat kot dengan IPG. tu yang depa datang lewat sikit. hehehe.. apa pun semangat makin hilang ni. tolonglah. bukan macam mula-mula start dulu. kemain kau bawa LCD tapi tiada pasang-pasang hahahaha. okla, budak pun macam bising dah ni. sempat ambik gambar. dorang pun tediam sebab taut aku tunjuk gambar ni hahahahaa,, lawak2


senyum cover sebab takut budak-budak ni fikir lain plak hahaha

CNY 2013



sorilah lama menyarang entri ini. baru dapat mengeram. huahahaha..

okla

GONG XI FATT CHAI

buat semua warga Malaysia yang meraikannya. keteringinan makan besar wujud dala diri ini. begitu juga ahli keluarga. kepala ligat berfikir siapakah antara kami yang ada pertalian darah dengan warga cina. oh! ada.. kakak kedua, Pea kahwin dengan keturunan Cina. hehe bapanya Suria.

tapi sebelah father in law sahaja. so, masih  tidak dapat memenuhi impian makan besar tahun ni. saja. nampak macam sedap ja tengok depa pegang chopstick beramai-ramai. mengimpikan aku juga boleh berlaku sedemikian rupa hahaha..


                                                           ***mengarut tak sudah***

Nway, aku sempat meghabiskan masa bersama keluarga dengan gumbira sambil mengucapkan bye bye pada RPH, Jurnal, Refleksi dll for this temporary..

huh, lega kepala otak. lari dari kesibukan di kota. jum pulang ke kampung bagi membina otot-otot yang sememangnya super power. ya, lagi melebarkan sayap#paha#lengan dsb hahaha.

darling pun kutinggalkan di kota raya bersama kesibukan kerjanya. biar fokus cari duit kahwin.

oh ya, #welcome to da club my sweet baby 10.02.2013# love you so much! hehehe.. selamat menjadi tunangan orang. moga sentiasa ceria, no more crying and happy always! i'll pray for that.. sayang kamu.

banyak sebenarnya berita gembiraa. brother in law pun dah ada baby baru. forget the past. past is past bah kan. meh tempek gambar si comel carl syazwi allwie. selamat menjenguk dunia berpancha robha  ini dengan selamat, aman & bahagia.



like father like son




 tahniah sekali lagi buat vivie & bon! hehe.. kalah cik abe aku. aku pun ikut jeles sekali sebab muda muda sudah ada baby..hot mama la katakan :p.... oh sabarlah hati kuang3..


ini pula perkembangan my sweet suria.. makin tinggi and mengurus kamu di sini ya syg. gigi pun makin bertambah.


sebenarnya gambar ni masa suria baru tumbuh 2 batang gigi  




baby lain kalau tumbuh gigi mesti cirit birit. yang dia ni pulak, tahi kertu.. hahaha. I mean keras laa.. sian dia duk teran teran. kecik lagi kot teran kuat kuat. tapi dia ni tabah. sayang suria comel



teringin plak makan bila tengok balik. oreo cheese !

Nway cuti CNY setiap tahun sangat enjoy & best!!!


Jom Sembang

Daisypath Graduation tickers
Daisypath Friendship tickers
Daisypath Anniversary tickers