BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, December 13, 2011

selamat hari lahir ke 23 buat aku!

salam

"sanah helwah, hepi born day, selamat hari menjadi, selamat hari tua. "

terima kasih untuk semua yang wish hari menjadi aku. appreciate it! terharu pun ada boh.

hari ni, mama kata cuaca sama dengan hari aku lahir dulu. biasalah, December. dari pagi ke malam hujan memanjang, padanlah hobi : nangis!

tahun ini orang first wish mestilah orang tersayang. tq daling!

dan yang sangat bermakna apabila anak anak buah sibuk bertanya mahu hadiah apa, kale apa, sibuk buat wishes card, cari itu cari ini. thanks a lot to my nephew & niece! love u all. thanks a lot juga pada my 3rd sistah Pea & husband.. sebab bagi surprise kek laptop 1 Malaysia dan secara tidak langsung pada PM kerana mencetuskan idea 1 Malaysia huahaha.. pink plak tu,alamak. and tidak lupa pada present anda anda yang sangat surprise! sebenarnya tidak expect pun bentuk lampu tidur tu. sangat 'cantik' dan aku sangat 'teruja'!!

argh! aku teringin sangat mengupload gambar gambr, tapi line tersangatlah ok. so, lain kali,
nite all. tahun ini, birthday aku last diraikan dalam keadaan diri masih single and not available kui3. bye


p/s :entry ini sepatutnya dipost pada 7 dec ;)

Tuesday, December 06, 2011

minggu yang sibuk

salam

hai hello dan selamat malam buat diri aku yang selesma. heee.mau juga

pertama tamanya*ayat pemes masa perhimpunan sekolah* ku panjatkan syukur ke hadrat Ilahi kerana mengurniakan peluang keemasan kerana  lulus dalam Mtest hari tu. Excited sangat bila dapat tau diri layak untuk ditemu dan diduga. tapi mengingatkan tentang interview tu nanti jantung berdebar kerana sangat sangat kurang persediaan setakat hari ini. dokumen semua ada, cuma surat akuan dan surat penyataan hasrat belum settle lagi..

aku kena on 13th of dec kul 8 pagi di Maktab Gaya..  sedih sebab setakat ni, jadual interview tidak sama dengan bff yang lain huhu. memang busy juga lah untuk minggu depan. sebab 18 dec adalah my big day yang tidak seberapa big. orang kata- tapi sebenarnya  aku yang cipta-, hari mengikat dan membooking. haha. so, lepas balik dari interview kena prepare rumah untuk dikemas dan disusun atur, kena prepare muka untuk kelihatan berseri -konon- serta prepare apa yang patutlah. tidak perlulah buat grand grand sebab ini hanyalah majlis pertunangan. sebaik baiknya tidak elok untuk diheboh hebohkan.. -aku tulis bukan untuk mengheboh- haha.

so, doakan aku moga semua urusan urusan ini sentiasa dipermudahkan oleh Allah swt dan diberkati. apa apa pun keputusan intrvw ini nanti aku terima dengan redha kerana Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya yang hina dina ini. Ku terima seadanya hehe.

sekian gud nite! ;)

Friday, December 02, 2011

beres sudah

salam.

finally, soal adat sudah selesai.

sekarang tinggal tunggu harinya lagi! moga dipemudahkan dan berjalan lancar tanpa sebarang masalah. apa yang suda selesai? muahaha.. langkah kedua ke arah hari besar dan bersejarah. mohon dipermudahkan ya..

sekarang aku berdebar menanti keputusan KPLI untuk interview yang akan diketahui pada 4 Dec ni. huh, moga dikurniakan rezeki. amin. tapi seandainya Allah menguji aku kali ini, aku redhai kerana DIA lebih mengetahui apa yang terbaik untuk aku.
sediakan hati sebelum hujan di mata haha.

semakin hari semakin risau sebab semakin hari badan seperti dipam pam.

dan sekarang sedang berusaha tidak makan nasi waktu malam, tapi mengambil susu nespray sebagai alas perut dan diselit dengan biskut coklat atau bun. haha. diet yang sangat pintar!

bye

Sunday, November 27, 2011

Salam Maal Hijrah

salam.

selamat tahun baru Islam..

buka buku baru pula..

harap yang baik diteruskan,

yang tidak baik dihentikan.

Astaghfirullah, ampunkan hambamu ini Ya Rabb.

Ampunkan hambamu ini Ya Rabb..

Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani

Sunday, November 20, 2011

kalaulah

apa da punya entry. dak derja 1 pun bleh buat.
apa da punya content, semua kisah hati kau!
aku feduli hapa. janji aku hepi &  tidak menyakiti sesiapa. haha. tiba tiba

okeylah.

baju masih banyak bertimbun timbun dalam bakul. lipat1 , tengok laptop jap. lipat 2, tiba tiba mood menaip marii.

okeylah.

siapa kata tanam anggur adalah waktu yang sangat best, macam dunia ana yang punya? apatah lagi tanam anggur lepas graduate? panas telinga woh!

"eh, belajar tinggi tinggi, kerja tidak lagi?"
"eh, belajar tinggi tinggi just jadi kerani?"
"eh, belajar tinggi jadi pelayan ja?"
"eh belajar tinggi tinggi duduk umah ja?"
"wah, tunggu orang datang meminanglah ni?"
"eh, bazir duit ja kan belajar tinggi tinggi. keluar keluar, bukan ada kerja bagus pun"
"eh, bazir umur. baik lepas spn terus kerja"


kepala hotak kamu berjambul! untuk siapa yang aju soklan ni, baik fikir betul betul. kamu adakah?? bukan in mood meninggi diri. sekarang ni bapak punya susah cari kerja! sakit jiwa. hoi! x sayang mulut ka? mai lah rasa sendiri. bila duduk di kampung. alahai. mulut. ingat ni tahun 70-an 80-an 90-an??? keluar dari U terus dingap oleh peluang kerja?? jadi buruh kasar lagi baik. huh. rezeki xdok g la makcik..;p

kalaulah aku lelaki. kerja apa pun aku buat. boleh survive duit makan sendiri, duit poket sendiri. g sana sini, x perlu risau hal keselamatan diri.

kalaulah aku kmpul duit dari dulu, boleh jugak aku pegi merantau jauh. aku duk dengan keluarga. aku buat kerja kerja suri, masih juga ada yang tak puas hati. pegang penyapu dah 24jam, masih ada desas desus aku ni memerap dalam bilik. itu x buat. ini x masak. padahal nasik, lauk semua dah ada. apa lagiiii??? ceh, tekanan.

kalaulah aku macam keluarga yang lain, dah siap wat keja boleh lepak depan tv. sambil makan cekodok pisang. bleh layan astro, tengok lawak zizan. yang ni, baru nak tengok, kad astro orang sembunyikan. bila ada kad, remote plak takdo bateri! argh! tension! hempas skit tv baru tauu.. sabarr...

kalaulah aku anak orang kaya, bleh g Spa hari hari. mandi sauna, lulur badan, buat muka. ops, facial muka, urut urut. pastu pegi Slim World. xpun pegi London Weight Managment. Yun Nam? tak perlu kot, rambut masih lebat. Makan kat tempat yg sedap sedap macam Hanis Zalikha selalu pegi. Ble trip to Indon macam kakak & Mom dia. Ble teravelling mana mana. huh, hebat. Bil broadband pun x perlu risau. inikan pulak beli samsung galaxy tab 10.0. tapi aku x minat mana Samsung. Baik beli brand Nokia. baling anjing 45KM pun still ok. terbaik. macam- macamlah.

tapi, apa boleh buat. benda yang 'kalau' ni sebenarnya hanya membuatkan iman kita merosot? how? sebab kita kufur nikmat. ceh pujuk pujuk hati yang lara. tapi betul what. layanlah apa yang ada. syukurilah benda yang kita ada daripada mengenang benda yang tiada dan tudak mampu di'adakan'.
bye.

Jom Sembang

Daisypath Graduation tickers
Daisypath Friendship tickers
Daisypath Anniversary tickers