BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, June 07, 2012

Cuti Mei-Jun

Cuti Mei-Jun

bukannya cuti sangat sebab ada interaksi di IPGM Gaya. 26-29 May. 30-31 tu aku pulang kampung. sebab semua ada di sana. cuti kan..

31 aku pulang KK semula then maybe sangat penat maka imun dalam badan pun kurang. jatuh demam + selesema. kurang selesa ke interaksi @ kelas-kelas kuliah yang setiap hari start 7.30am-5pm. penat yang amat sangat dan syukurla ia sudah berlalu. memang sangat menyeksakan. tapi alhamdulillah banyak sangat ilmu pendidikan yang diberi oleh lecturer-lecturer. syukran jazilan..;)

sudah seminggu nikmat deria rasa aku ditarik sementara olehNYA. adui selera makan pun hilang. dada sakit, tekak perit. penangan interkasi. haha. 

teringat next week akan ke sekolah semula, semnagat entah terbang ke mana. mood untuk berjalan-jalan pun hilang. cuti yang sengsara kan. hilang arah tuju kejap. rasa ingin ke kundasang melayani keindahan ciptaan Allah. malangnya, kesihatan tidak mengizinkan. boringnya. rindu mau keluar dengan teman-teman Unisza.. terutama pada Along.. Azie.. Ema..semuala! rindu sangat dengan kamuuu!! :'(

rindunya zaman belajar di U.. semuanya manis belaka.. huhuu.. rindu segala galanya..

Tuesday, May 22, 2012

Guru

salam.

lama tidak berupdate blog aku ni. al maklumlah sibuk.meeting sana sini, hasilnya 1 habuk pun tarak, buang masa. sekolah macam bakal runtuh. meeting 4 kali seminggu. huh.

bercerita tugas seorang pendidik. cewah. hari ini aku mau beleter pasal tugas guru yang sangat ,MULIA kan kamu dan aku cakap dulu? masa temuduga kemain janji macam macam. sanggup itu ini. biasalah mulut manusia. belum merasa. macam juga becinta. masa becinta kentut pun wangi, taik gigi pun suci.

tapi baru masuk 3 bulan aku berusaha menyesuaikan diri dengan kerjaya guru yang kita semua anggap mulia. memang mulia.. memang bahagia bila gaji masyuk kan. ramai sangat orang di luar sana menganggap kerjaya mendidik adalah salah satu kerja yang mudah. ya la kerja setengah hari, cuti sekolah guru cuti. hujung minggu boleh le[ak tengok wayang, pulang kampung. tapi tahukah kita/ kamu asiemen. jadi guru ni bukan sekadar buat rancangan pengajaran harian, penat, lepak pulak di kantin sambil anyam ketupat, yang baik luahkan masalah anak murid, anyam kelupis bagi pihak pentadbir makan puas puas. habis makan pegi kelas. tengahari pulang.
kereta pula kereta besar. apartment 4 tingkat, baju sekali pakai tukar yang lain.

rileks??
enjoy??

tahukah anda, bilangan tertinggi yang berdaftar di hospital mesra teridiri dari pendidik. tidak kuat mental, fizikal dan semuanya boleh menyebabkan kita menjadi salah seorang dari ahli MESRA..

guru tugasnya mendidik, mengasuh, apa lagi?? ingat senangkah jaga anak orang ni? cubit, tampar, herdik, tengking. jadi taik ja bagi budak2 sekarang ni. siap melawan lagi. hari-hari pening, tekanan darah tinggi.

itu belum masuk tugas2 perkeranian lagi. surat-surat, key in markah. cek kertas ujian/exam, relief kelas pulak walaupun bederet kelas kita kena masuk. dengan rakan sejawat pelbagai ragam, mengambil kesempatan pada pada guru yang SANGAT BAIK DAN LURUS BENDUL. takut melawan pada senior senior, umpatan dan misunderstanding. dan yang paling penting, pengampu, perepot, pilih kasih, batu api, belagak pandai sebab ada master/phd, pondan, suka cari kesalahan dan penyemak mata memandang yang terpaksa dihadapi sepanjang menjalankan tugas. dan yang paling menggerunkan ciri ciri ini ada pada pemimpin. lagu manolah nak hormat.

ada ilmu tinggi tu biarlah selari dengan ilmu, jangan berlagak. tahu semua hal. ok, entry ini sebenarnya ditaip dengan penuh emosi dan kesabaran yang kian menghilang. keiikhlasan yang entah ke mana dan kekecewaan pad seorang pemimpin yang aku tidak sangka boleh wujud di muka bumi ini. moga aku diberi kekuatan.

oleh itu, (ini bukan karangan BM).. janganlah menganggap profesion keguruan itu satu tugas yg mudah & menggembirakan. aku tidak gembira menyandang tugas ini. terus terang dari hati yang jujur. hanya disebabkan kepala yang mengetuai tidak mempunyai kepala otak yang normal.

wasalam

Friday, April 06, 2012

serius aku rindu!

salam.

serius aku rindu negeri itu!
sejuk hati, nyaman telinga, damai segalanya..
Terengganu Darul Iman sentiasa di hati.

Universiti itu,Taman Tamadun Islam, Ikan Celup Tepung, air buah besar macam baldi ( hehe,i tipu), Mbkt sorga tudung, pasar payang, and semua2 la. yang penting makanan di pasar malam sangat sedap. rindu dengan penang char kuew teow pakcik yg iras dalam iklan "betul-betul ho liow!!".. adoi. laparla pula tengah tengah malam ni.

sebenarnya semua semua ni hanya sampingan sahaja. yang paling dirindui suasana di sana. suasana yang betul betul ngam di jiwa i. suasana ilmu,  cara hidup dll. adoi. best3..

rindu dengan member member di sana dulu. alahai. tasik kenyir. alahai semualah.

k la, bye!

Friday, March 02, 2012

kekasih baru Fasa 1..

rasmi rasmi..

kuat pink kau!

Cik Passion



Cik Passion Pink ini sah menjadi milik I hari ini setelah seminggu menunggu..
InsyaAllah.. doakan untuk kekasih baru Fasa 2, 2 tahun dari sekarang. Haha.

Jom Sembang

Daisypath Graduation tickers
Daisypath Friendship tickers
Daisypath Anniversary tickers