BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, August 09, 2012

Iftar Seafood

eceh..
kalau singgah ke KK boleh ke pasar Pelipin..
org sabah sebut macamtu!

kemarin lepas perjalanan jauh & mencabar KK-Keningau-KK..
aku teringin makan makanan yang superb..

so bawa encik i ke KK.
mula tu dia plan mau makan di TenTen.

tapi almaklumla.
masa tu sudah dlm around 5++pm.

otw ke situ dia kata mau makan dekat pasar pelipin.

aku on ja, sebab memang teringin makan seafood.

cni memang famous dengan seafood yang fresh fresh. manees gtu,

sotong rm12

udang rm8, ikan bakar rm10

cicah leh wat sendiri..

aiseh gigih dia picit lada hahaha..



sekian

Monday, August 06, 2012

cacing kesejukan


siapa cacing?
manusia?
murid murid.. boleh ka kita betukar jadi cacing??

mesti murid BAIK akan cakap.. TIDAAAKK ustajah..

mesti murid NAKAL ala ala bijak pandai campur jajal sikit jawab.. Bulih ustajah, guna kuasa Dragon Ball.

 trus, pakkpetpet!!.. the end-

cacing ba.. cacing.. cacing mana yang kesejukan..

biar ustajah jawab:

yang pikir pasal duit hari hari loh..

huh,

kenapala duit ni pandai habis.. cubala dia jadi macam air liur!everytime ada. masa tidurla paling nyaman.

jap, izinkan daku mengabaikan huruf E & R sebab button button ini telah diratah oleh anak anak buah kesayangan hamba.sksa aunty kamu ni  mnaip entry Nak! dimaafkaan.. pasal bulan puasa kan. raya ni kasi beli aunty keyboard k.


peningla kepala hamba bila mngenangkn $$$..
tinggal di bandar di mmg mncabar utk diri ini.

botak seyhh..

kalau tiada parents & fiance memang kebulur la kau nak.

apa boleh buat..
taik kambing bulat bulat..

siapa ada bisnes baik punya, modal ciput, untung banyak..

come to mama, come to mama..




17 Ramadhan

Salam Nuzul Quran :)

Thursday, July 26, 2012

cari masjid dan surau bersama mr. fiance

alhamdulillah..
\cari dulu.
binanya nanti tunggu aku habis study k. hehe

sempena ramadhan ini terus terang sekali pun aku belum lagi mengerjakan sunat terawih.
kesian kan.
kan,
kan...

sebab aku sudah mulai mencari kehidupan sendiri cewaah..
menyewa sebuah bilik yang sempit di daerah P..... di negeri Sabah..

wah ada gaya macam dalam majalah?
tersebutlah alkisah..

memang aku sedia maklum yang daerah ini majoritinya penganut agama K..
macam ayat majalah ka?

ya la kita try and error kan
gigih juga mencari bersama my Mr. F

alamak.. bukan bulan & bintang yang kami jumpa.. tapi huruf T kecil.
tapi kita dituntut menghormati agama lain kan selagi mereka tidak mengancam kita..

aku akur dengan kemajoritian (rosak ayat majalah tadi) agama di sini walaupun kami sekaum..
sedih bukan kepalang.. InsyaAllah mudah mudahan akan timbul kekuatan solat terawih  di bilik sempit ini..
so, memang tidak jumpa! ada pun surau tapi di penghujung daerah P ini. jauh amet sih. aku belum ada keberanian lagi jalan malam malam buta di tempat gelap..

wah title bilik sempit.
sekarang turn story my new life..
jaga kau bilik sempit, start bulan depan aku pindah bilik sebelah biarpun harga 3++..
bilik ja pun.
mujur ada hero tlg support.
thanks bro!
mampus aku kalau tau pakai "bro" kan. biarlah bukan kesayangan hamba baca pun. \ish tiba tiba jiwang,

kadang-kadang rasa sunyi.
kadang-kadang bahagiaaaa sangat sebab aku sudah mula berdikari 95%.
al maklum bantuan kewangan kadang kadang sampai dari pihak berwajib anjuran Pa & Ma kesayangan hamba itu. so, tidak mencukupi 100% kan..
kadang-kadang rasa bosan sangat, kan.. padahal assignment tidak siap siap. ini dia jqaf tanpa gagal.
di sekolah sibuk memanjang..
di rumah atau sekarang ini bilik sempit.. tidur, main FB , tengok movie. mana mau siap kan?
itu dia jqaf tanpa gagal.. amin. jangan la aku gagal.











biasalah kerja yang menurut perintah memang macamtu.

bila la mau jadi tokey bilik sewa. kan..

oklah macam panjang bebelan.
bersyukur apa yang ada.

bilik sempit jadi satu titik permulaan menjadi sebuah banglo mewah..

angan angan minah rempit kan..
amin.. doakan lah kejyaan bersama!






Thursday, July 19, 2012

bila manusia marah


special thanks to http://akulearn.com

ini info dari beliau:
Apakah yang anda akan lakukan ketika anda marah? Kita boleh melihat pelbagairagam manusia ketika marah. Lihat sahaja dikalangan ahli keluarga terdekat kita sendiri, mesti ada pelbagai ragam yang boleh kita lihat bukan? Reaksi marah yang ditunjukkan juga berbeza diantara seseorang dengan seseorang yang lain.
Sebuah kisah menarik tentang sifat marah:
Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja. Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku.
“Untuk apakah paku-paku ini ayah?” tanya pemuda tersebut.
“Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahan mu” jawab ayahnya.
Pada hari yang Pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut. Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan.
Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut. Akhirnya tibalah pada suatu hari, dimana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun.
Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira.
Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan. Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut.
Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya.
Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata
“Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya.
Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini. Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya.
Tetapi ingatlah, tak kisah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatam mu, namun lukanya masih tetap ada”
Kerana sifat marah lebih banyak membawa kepada keburukan, Islam telah menyaran beberapa cara bagi mengawal sikap marah. Diantara cara untuk memadamkan sifat marah tersebut ialah dengan:
  • Membaca Ta’awwudz (A’uzubillahi minas Syaitanirrajim).
  • Mengambil wuduk (air sembahyang).
  • Mengubah atau mengalih kedudukan.
  • Mendiamkan diri (tidak berkata-kata).
Semoga dengan tips-tips yang diberikan kita dapat mengawal sikap marah kita agar perkara-perkara yang tidak kita ingini boleh dielakkan. Kawallah sifat marah anda sebelum terlambat.

# marah dengan anak murid bagaimana?#
haruslah diselangi dengan cara berhikmah yang sangat sukar untuk dipraktikkan oleh aku. sekian.

nota kaki : aku hanya insan biasa :)

Jom Sembang

Daisypath Graduation tickers
Daisypath Friendship tickers
Daisypath Anniversary tickers