BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, November 30, 2012

saya dan cuti part 1

As Salam warga blog di bumi maya.

rasa- rasa bila lama tidak menulis, semakin kekok mengolah bahasa.

tapi mujur hari-hari pengajian di IPG menajamkan minda membait rasa aiseh.

mana boleh lari dari REFLEKSI..

biasalah, kami budak masih belajar. tambah tambah bila berada di alam pendidikan.

segalanya memerlukan refleksi.



bila rakan-rakan sibuk dengan update update "siapa rasa jadual kita padat, angkat kaki!!" dan aku pe'like' setia.. memang turut sama terjebak ke kancah keletihan bersama status tidak ketinggalan..
"penat yang tiada penghujungnya".

begitulah kisah cuti aku dan rakan-rakan. miahahaa..

kuliah yang langsung tiada selangnya.

memerah otak, menadah telinga, bersiap siaga dengan tugasan tugasan yang semakin bercambah.

keluhan demi keluhan aku luahkan.

pada orang tua, rakan handai dan juga di dia.

hehe.. tidak rugi memasang telinga bila mendengar celoteh dari barisan pensyarah yang dilimpahi dengan ilmu dan pengalaman. semuanya pasti mempunyai inputnya bila menghadapi demam praktikum 2013.

ya demam praktikum diselangi tugasan dari sekolah dan kursus kursus pendek.

nampaknya 6 bulan terakhir ini tiada ruang berkunjung ke pawagam2.. miahaha..

tapi akan dicuri juga masanya. iya, itu pasti.


oklah. setakat itu cerita cuti episod 1.


Thursday, October 18, 2012

balik-balik kau merungut

salam.

sibuk jangan kata. habuk dalam lembaran ini pun rasanya hampir mencecah 3 biji pinggan. tiup sikit. fuuuh.fuh.fuh. ok.. cek sikit  lobang hidung, yaii pasti kelabu oleh debu.

aku ingat lagi masa muda remaja, zaman kecomelan, yak sungguh perasan.dolu-dolu.. tiba hujung tahun hati tersorak sorai ya, bukan bersorak ok. sebab bakal cuti sebolan lobih you. zaman sekolah-sekolah dulu. lepas tu fikir umur makin meningkat kan bila angka tahun berubah. ya, semakin tua semakin risau. sebab semakin berat beban menimpa bahu ku ya ala la gaban. tapi harus tempuh tidak boleh sembunyi sembunyi bawah pohon kedondong atau mengelak dengan penutup kuali. sebab angka itu tetap berubah.

dulu zaman 90an sibuk tanya ayahanda bonda sanak sedara planning mau ke mana. dulu.. masa arwah pak cik aku masih hidup sihat walafiat, sokmo plan jalan-jalan sekampung. betul. aku tidak menipu. kadang 3 kereta, 1 bas. kadang ada 2,3 bijik lagi moto ikut di belakang. satu kampung bah. 1 kampung.. sebab kebanyakan di kampung aku tu memang ada hubung keluarga. so jalan le ramai ramai. awal pagi bangun siapkan bekal.. memang seronok gila. tapi bila arwah meninggal tahun 2006, benda-benda macam ini terus lenyap. semenjak beliau sakit lagi sebenarnya. Al-Fatihah. balunya kini sudah berumah dan tangga lagi, alhamdulillah. mudah mudahan diberi kebahagiaan setelah banyak onar dipalit di hati hati keluarga mama aku. terima kasih!

naik alam remaja. full blast, tinggal hostel dari form 1-6. form 6 tu ada 1 tahun setengah ok. hingus jangan cakap lah. setiap kali apak aku hantar, confirmla dia melelehkan diri. mata jangan cakaplah. sudahlah sepet, makin bertambah lah. kadang-kadang orang tanya, "nampak jalan ka dik?".. rasa macam mau terajang ja. tapi masa tu tubung labuh, I jaga tingkah you. ada sekali *tiada niat mengaibakn diri* sekadar berkongsi pengalaman 'indah' yang aku rasa sampai mati tersemat di hati. wahaaa ayat aku. masa tu aku daftar masuk asrama form 6 menengah atas. menengah ats. bukan daftar menengah rendah. maksud aku, bukan pertama kali aku menjejakkan kaki di sekolah itu. asrama itu. form 1-5 aku sekolah di SMKA I, KK. form 6 aku sekolah di SMKAKK.. siapa tidak kenal sekolah ini kalau kamu orang Sabah laa.

Ok, aku naik tengok bilik. sebenarnya aku lewat dari yang lain. sebab mau book katil & locker yang molek kot, tu yang kawan-kawan datang awal. aku sengaja datang lewat. sedih mau berpisah dengan mak apak.  masuk bilik tu aku tengok.... wah ahli-ahli dia semua muka gangster. budak form 4 kot. tapi memang aku kenal sangat perangai tu, gangster ala-ala meow di sekolah. mulai tidak sedap hati. ok cek locker. fulamak. senget benget bah rak dia. katil pula. wah, atas. tidak apa, boleh sembunyi hp. miahahaha.. apak aku tunggu di parking lot depan hostel.

aku turun untuk bersalaman. turun dengan mama aku. anak mama. aku bawa mama aku masuk hostel. saja, tumpang kekuatan kot. turun ja, pegi kereta apak. bapa tanya "macamana bilik? ok?".. belum habis ayat tu, terus ada air terjun buatan manusia yang sedang mengalir deras. pak aku faham perangai aku. tapi masa tu umur 20 kot. malu la kan. tapi aku tidak peduli aku nangis depan apak puas-puas. apak pujuk. dalam pujuk siap ugut. apa lagi nada marah. apak kata "mau belajar ka tidak? kalau tidak mau, berhentilah". aku masih juga menghenjut henjut kan bahu tanda air terjun semakin laju. "tengok tu, nda malu ka orang tengok?".. terus aku senyum senyum dengan air terjun sekali lagi. mama pujuk, apak pujuk. last last aku akur untuk ditinggalkan di asrama. kenangan mania tu. malu pun ada tapi bila ingat mesti tersenyum.

tapi sekolah tu memang best gila, dekat dengan bandar, tiap minggu aku mengidam makan soto, nasi ayam.. hujung minggu bleh keluar. panjat ok. bukan keluar ala ala bergaya tu. panjat baru kau dapat keluar. sebabnya laluan belakang tu hutan. bahaya untuk kesihatan. tapi situ saja short cut yang ada. dah nama short cut, so boleh la jimat lemak dan masa. satu tahun setengah aku mampu habiskan dengan keputusan STPM yang kurang boleh dibangga bangga. over all tiada A tiada D tiada E. then dapat tawaran ke UNISza.

sebenarnya itu baru pendahuluan dan selingan.

yang sebenarnya aku sangat sibuk sejak menjadi pelatih jqaf!!!!!!!!!!!!!!! dunia kerja.. oh dunia kerja. macam macam ragam manusia. oleh itu berhatihati. bawa bersabar dan yang penting buat kerja sendiri.
bai. kiha!



Monday, September 24, 2012

Momom momom

Hari tu, memang teringin sangat makan yang sedap sedap walaupun Mr. Fiance busy ajak makan di McD or KFC. Padahal aku teringin makan yang baru masak , berasaskan seafood.

Macam tom yam ka.
Ikan bakar ka.
Ketam masak lemak cili api ka.
Kerang rebus ka.

pusing punya pusing, lastly pegi pasar piliphine. bukan yang ada banyak segala jenis seafood tu.
yang ini ala ala macam di Anjung Selera, Tangung Lipat tu.

Tapi sumpah mahal gila.
I kira mau order Ketam seekor. Tapi tanya harga, wah $15.
tanya kerang pulak. Wah! $15 /200g. gila. Padahal makan 2 orang aje.

Pusing lagi. sampai aku fedup sebab survey harga semua mahal gila.

Last sekali biar dia yang cari sendiri.
mujur pilihan tepat.
pakaian tukang masak ala ala chef Golden Horses . Huahaha..
Dengar loghat, alamak. macam Indon dong. Tapi bila tengok dia masak ada api menyambar ke langit I terus setuju.

sebab tau, orang yang masak gitu confirm masakan dia sedap.





Anjung Samudra Dinda. Canggih nama.



Sirap Limau $1.50, Cincau bandung $2.50



Special merah madu. Ini ikan merah, memang sedap sangat sangat. $ 18

Pakis masak belacan $6, Nasi 2 pinggan $3.

 
total semua $31. Oklah walaupun aku rasa mahal lah jugak. Nasib baik sedap, so agak berbaloila. Tom yam pujaan hati memang tidak ketemu. Gaji next month pekena Tom Yam di Restoran Hang Li Po la pula.. Nyamaan..

Mesra Ria Aidilfitri Desaku terchenta

Yeah. konon hari tu beriya iya kan mau update pasal aktiviti sempena riang ria aidilfitri di desaku tercinta.
biasalah, I kan busy, like selalu la bah kan. hihi.

ke sana ke sini.. teman member I, Saly cari baju kawin. kad kawin, baju nikah, bunting, banner.
pastu teman member I Zaharah, urus proses kawin kebenaran ke IPG. kan kalau masih menuntut di IPG kena mohon kebenaran, kalau tidak, itu namanya melanggar undang undang IPG.tengok depa urus kawin ni , aku pun terikut sama mood tidak sabar urus kawin diri sendiri. sekurang kurangnya aku dapatlah cedok ilmu ilmu persediaan.. kan kan. tidaklah kelam kebiut, ke sana ke sini. tapi keinginan mau kesempurnaan tu memang ada. malah membuak buak. miahaha.. padahal memang aku kaki jalan. pantang orang ajak sikit. terus aku ikut.

Tapi dalam mencari kesederhanaan persediaan kawin ni, kena fikir budget yang sederhana, simple tapi menawan. hehe. memang pening. yang penting kita puas hati & budget tidak lari. kalau terlalu ikutkan hati susah jugak. ye dop?

aik macam lari topikla pulaa.. ya la tadi kan mood kawin kawin. biasalah baru habis tengok design design kan. kad kawin, door gift, tema baju. dari kemarin cakap pasal kawin. sebab kemarin singgah rumah bakal mertua. tidak pula aku sangka dia sudah ada tema pilihan sebelah pihak depa. Greeeeen. Hijau pucuk pisang, sebab dia kata ada keturunan Syarif. hehe. aku ikut ja laaa. bagus juga.

eh cukup cukup. nanti tambah plak aku ni mood kawin kawin. nnti i buat entry kawin kawin ok. dalam tu i bagi banyak cadangan untuk mereka yang akan melangsungkan hari bahagia. miahaha..

seminggu berhari raya.. sepatutnya sabtu memang plan pulang ke ibu kota. sebab rancang mau kemas kemas, ready ready segala baju untuk mulakan kerjaa.. biasalah bilik sewa i ni kalau tidak sapu sehari menebal la tu habuk. so plan kemas and siapkan segala baju n keperluan. tapi AJK masjid kampung i ada plan buat satu aktiviti anjuran masjid. memang dorang buat benda ni last minit. dari suka suka jadi pula satu program rasmi sebab jmput penasihat Persatuan Kimaragang, (Dusun Kimaragang, iaitu suku kaum sebelah mama i) .. so ada acara rasmi merasmi.

acara bermula seawal 8 pagi. iaitu senamrobik aka Zumba, hahaha.. tengok picture jom..


joget joget raya

sportinggg..

ibu & anak :)













bola sepak sambil beraya.. sempat lagi makan biskut.. sportingnya hahaha

Adam ikut tarik tali




atok with cucu cucu..


acara semakin jauh semakin sayang, masing masing dengan suami.. baling belon berisi air..



Ini dia pemenangnya. kakak I huahaha..tahniah tahniah

memang terasa ukhuwah sesama penduduk di kampung ni semakin erat.. :)


Saturday, September 08, 2012

6 bulan sudah..

eh eh..

bukan usia kandungan..
i belum kawen lagi.

masuk 6 bulan sudah rupanya i becinta dengan kekasih hati pinky pinky meow meow..
mrs. Passion 125 kuang kuang kuang.

i rasa dalam tempoh ini begitu banyak kenangan tercipta bersama.
mula mula, tragedy hujan lebat.

memang kuyup , habis basah dari atas ke bawah, luar ke dalam.
pastu i try berhenti di 1 bustop yang sunyi. memang laju masa mau berenti,
apa lagi. langgar lubang la i.

pastu rasa tidak sedap hati stay situ. tenampak lagi abg Bangla yang buat bangunan tu. ouh, i terus imagine matcham matcham. pastu bergerak ke station seterusnya.

di situ rasa selamat sebab ramai sangat pelajar pelajar SMK Datuk Peter Mojuntin.
so, parking lah dalam sikit, which tanah menjunam sikit. siapa siapa yang ada scooter pasti faham tentang berat yang ditanggung dek menolak scooter dari kawasan rendah ke kawasan tinggi.
mujur ada student DPM tu yang sangat baik hati, tu pun lepas i konon konon mengeluh. Uh.. Berattt.. cuba minta perhatian dari budak lelaki yang baik hati tu lah. :) tq adik. teruskan juga pejalanan sbab rasa kekok berdua duaan dengan adik baik hahaaa.ok ingat tadi kan i cakap motor trhentak. tau apa effect daripada tu?
good. bearing pecah. lalu keluar bunyi buruk masa motor gerak.

lpas tu, pulang dai sekolah mesti kena lalu U turn. Ok mungkin masih baru, dalam 3 minggu la. tiba tiba masa U turn tu, kasut sebelah tetanggal dari kaki. kasut hantaran masa tunang pula. kalau i beli, bai bai lah. aku tepaksa pusing balik ke round about & berhenti pula tepi jalan betul betul betentangan dengan U turn. fulamak, tabah, tabah. harus tabah. sunat muaakad. sebab ramaii sangat hairan tengok aku stop di situ & mencari peluang lah kan untuk kutip sebelah kasut tu.  maluuuu... :(

then lagi kenangan lain, macam biasa, waktu malam selalu kena hon, moto lain pula kata, " hoi , lambat !" aku duk selamba ja. sebab aku memang rabun mata. tidak terkira banyaknya aku ni nyaris jadi arwah. tapi tetap tidak serik menyandang gelaran Ratu Rempit. kan..nyaris langgar anjing, selekoh tu aku buat jalan lurus, macam macam lah.


dan yang paling ngeri dalam hidup ini bila  kain aku bersama kain dalam sekali, masuk dalam kipas sebelah enjin moto. siapa ada scooter memang dia faham sangat! hhuhh, mujur. tarik, memang susah lah. mana boleh keluar benda tu. aku dengan gabranya call Mr.Fiance dengan suara sebak sebak. " kenapa ni?" dia tanya. aku kata "tolonglah datang cepatttt". "ada apa???", aku jawab lah " kain ni sangkut di kipas, datang cepattt" . terus dia letak. memang kejap ja sampai sebab dia memang otw juga ke tempat  kerja. ok yang tidak tahan tu. itu adalah hari pertama pesekolahan selpas kita cuti raya baru ni. lagilaaa gabra. sudahlah lambat. aku apa lagi. "tolong cover" aku kata kat Mr.Fiance. aku buka kain dengan kain dalam sekali. dia tengok orang. takut ada yang ternampak wayang free.. memang aku nekad. sebab buntu kan masa tu. mujur tmpt aku tinggal ni memang kurang orang lalu lalang. Hahahhaa..sudahlah memalukan!

dalam hati, memang tidak sabar bawa kereta mmandangkan aku sedang menempah maut. kesian Mr. F, hari hari pening, risau bila tau aku naik moto. selalu gaduh pasal ni. buat macam mana.. ekonomi tidak mengizinkan.

oklah. jom service moto.

Jom Sembang

Daisypath Graduation tickers
Daisypath Friendship tickers
Daisypath Anniversary tickers