BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, December 31, 2012

saya & cuti part last

hello hello hello kopi ka milo hello!!

nampaknya cuti aku sudah hampir ke penghujungnya.
badan terpaksa berkerja keras semula setelah beberapa minggu bermanja di telam empuk sambil menjaga anak-anak buah tersayang.

sepanjang cuti disember ni tiada apa yang menarik.
oh, ada satu.
ulangtahun perkahwinan ama' dan eyai (atok + nenek) sebelah mama.

sekali la tuh dengan family day.
bertahun-tahun tidak mengadakan acara ini.

bermacam acara diadakan oleh saudara mara.
mula-mula sanding, karoke, tarian, silat, taekwando, dll.

best
dapat kumpul ramai-ramai & eratkan lagi hubungan kekeluragaan..
al maklumla bila musim kerja masing-masing merantau mencari rezeki.
bila buat macam ni terasa kasih sayang antara keluarga tu lebih erat..
 jom layan gambar pula.

besday mohd adham 18.12.12 yg ke-4.. syg adam muahh! ya, hiasan kek tu x berbaloi dgn harga 8+.++

besday iskandar 21.12.12 yg ke 5.. syg is juga muah!

Ulang tahun perkahwinan datuk belah mama kali ke-60.. sekali dengan family day :)

ni dia nenek (eyai) pengantin perempuan yg sangat sporting hari tu! :)

sanding semula :)

inilah family besar aku, yg ni masih ramai yg tiada dalam gambar dek kerana merantau mencari rezeki :)












i love my family, sangat bertuah sebab ada ahli keluarga sebegini... sangat bahagia.. semoga hubungan ini membawa rahmat..:)

Monday, December 10, 2012

saya & cuti part 2

Salam..

3 hari yang lepas aku sudah pun bergelar ms. 24!
apa yang special?

nothing.

cuma ucapan syukur Alhamdulillah bila mana DIA masih memberi aku peluang untuk menghirup udara di bumi ciptaanNYA

hanya angka berubah,
dan bebanan turut bertambah.

pada Along.. thanks a lot for the special entry sempena hari ketuaan sahabatmu ini..terharu sangat-sangat. kalau diberi pilihan antara Habib Jewel & entry tu, aku pilih entry (aisemen , biar betul hihi).. makanya, memang sgt berharga!

Alhamdulillah juga, 8 dec baru ni tamatlah sudah interaksi yang padat lagi memeningkan kepala sesi Nov-Dis.. Tapi kelegaan itu bagai sedetik cuma.

apa tidaknya, aku mulai dihantui dengan pelbagai perkara yang perlu diwujudkan untuk persediaan praktikum 21 Jan 2013-19 April 2013. so semuanya ada 12 minggu . macam mau tecabut jugalah lutut ni dibuatnya :(

semoga aku & teman seperjuangan akan beroleh kekuatan. Amin.


lagi majlis memenuhi undangan...



..Selamat pengantin baru Vanessa Lee & Allwie Romzi..









Friday, November 30, 2012

saya dan cuti part 1

As Salam warga blog di bumi maya.

rasa- rasa bila lama tidak menulis, semakin kekok mengolah bahasa.

tapi mujur hari-hari pengajian di IPG menajamkan minda membait rasa aiseh.

mana boleh lari dari REFLEKSI..

biasalah, kami budak masih belajar. tambah tambah bila berada di alam pendidikan.

segalanya memerlukan refleksi.



bila rakan-rakan sibuk dengan update update "siapa rasa jadual kita padat, angkat kaki!!" dan aku pe'like' setia.. memang turut sama terjebak ke kancah keletihan bersama status tidak ketinggalan..
"penat yang tiada penghujungnya".

begitulah kisah cuti aku dan rakan-rakan. miahahaa..

kuliah yang langsung tiada selangnya.

memerah otak, menadah telinga, bersiap siaga dengan tugasan tugasan yang semakin bercambah.

keluhan demi keluhan aku luahkan.

pada orang tua, rakan handai dan juga di dia.

hehe.. tidak rugi memasang telinga bila mendengar celoteh dari barisan pensyarah yang dilimpahi dengan ilmu dan pengalaman. semuanya pasti mempunyai inputnya bila menghadapi demam praktikum 2013.

ya demam praktikum diselangi tugasan dari sekolah dan kursus kursus pendek.

nampaknya 6 bulan terakhir ini tiada ruang berkunjung ke pawagam2.. miahaha..

tapi akan dicuri juga masanya. iya, itu pasti.


oklah. setakat itu cerita cuti episod 1.


Thursday, October 18, 2012

balik-balik kau merungut

salam.

sibuk jangan kata. habuk dalam lembaran ini pun rasanya hampir mencecah 3 biji pinggan. tiup sikit. fuuuh.fuh.fuh. ok.. cek sikit  lobang hidung, yaii pasti kelabu oleh debu.

aku ingat lagi masa muda remaja, zaman kecomelan, yak sungguh perasan.dolu-dolu.. tiba hujung tahun hati tersorak sorai ya, bukan bersorak ok. sebab bakal cuti sebolan lobih you. zaman sekolah-sekolah dulu. lepas tu fikir umur makin meningkat kan bila angka tahun berubah. ya, semakin tua semakin risau. sebab semakin berat beban menimpa bahu ku ya ala la gaban. tapi harus tempuh tidak boleh sembunyi sembunyi bawah pohon kedondong atau mengelak dengan penutup kuali. sebab angka itu tetap berubah.

dulu zaman 90an sibuk tanya ayahanda bonda sanak sedara planning mau ke mana. dulu.. masa arwah pak cik aku masih hidup sihat walafiat, sokmo plan jalan-jalan sekampung. betul. aku tidak menipu. kadang 3 kereta, 1 bas. kadang ada 2,3 bijik lagi moto ikut di belakang. satu kampung bah. 1 kampung.. sebab kebanyakan di kampung aku tu memang ada hubung keluarga. so jalan le ramai ramai. awal pagi bangun siapkan bekal.. memang seronok gila. tapi bila arwah meninggal tahun 2006, benda-benda macam ini terus lenyap. semenjak beliau sakit lagi sebenarnya. Al-Fatihah. balunya kini sudah berumah dan tangga lagi, alhamdulillah. mudah mudahan diberi kebahagiaan setelah banyak onar dipalit di hati hati keluarga mama aku. terima kasih!

naik alam remaja. full blast, tinggal hostel dari form 1-6. form 6 tu ada 1 tahun setengah ok. hingus jangan cakap lah. setiap kali apak aku hantar, confirmla dia melelehkan diri. mata jangan cakaplah. sudahlah sepet, makin bertambah lah. kadang-kadang orang tanya, "nampak jalan ka dik?".. rasa macam mau terajang ja. tapi masa tu tubung labuh, I jaga tingkah you. ada sekali *tiada niat mengaibakn diri* sekadar berkongsi pengalaman 'indah' yang aku rasa sampai mati tersemat di hati. wahaaa ayat aku. masa tu aku daftar masuk asrama form 6 menengah atas. menengah ats. bukan daftar menengah rendah. maksud aku, bukan pertama kali aku menjejakkan kaki di sekolah itu. asrama itu. form 1-5 aku sekolah di SMKA I, KK. form 6 aku sekolah di SMKAKK.. siapa tidak kenal sekolah ini kalau kamu orang Sabah laa.

Ok, aku naik tengok bilik. sebenarnya aku lewat dari yang lain. sebab mau book katil & locker yang molek kot, tu yang kawan-kawan datang awal. aku sengaja datang lewat. sedih mau berpisah dengan mak apak.  masuk bilik tu aku tengok.... wah ahli-ahli dia semua muka gangster. budak form 4 kot. tapi memang aku kenal sangat perangai tu, gangster ala-ala meow di sekolah. mulai tidak sedap hati. ok cek locker. fulamak. senget benget bah rak dia. katil pula. wah, atas. tidak apa, boleh sembunyi hp. miahahaha.. apak aku tunggu di parking lot depan hostel.

aku turun untuk bersalaman. turun dengan mama aku. anak mama. aku bawa mama aku masuk hostel. saja, tumpang kekuatan kot. turun ja, pegi kereta apak. bapa tanya "macamana bilik? ok?".. belum habis ayat tu, terus ada air terjun buatan manusia yang sedang mengalir deras. pak aku faham perangai aku. tapi masa tu umur 20 kot. malu la kan. tapi aku tidak peduli aku nangis depan apak puas-puas. apak pujuk. dalam pujuk siap ugut. apa lagi nada marah. apak kata "mau belajar ka tidak? kalau tidak mau, berhentilah". aku masih juga menghenjut henjut kan bahu tanda air terjun semakin laju. "tengok tu, nda malu ka orang tengok?".. terus aku senyum senyum dengan air terjun sekali lagi. mama pujuk, apak pujuk. last last aku akur untuk ditinggalkan di asrama. kenangan mania tu. malu pun ada tapi bila ingat mesti tersenyum.

tapi sekolah tu memang best gila, dekat dengan bandar, tiap minggu aku mengidam makan soto, nasi ayam.. hujung minggu bleh keluar. panjat ok. bukan keluar ala ala bergaya tu. panjat baru kau dapat keluar. sebabnya laluan belakang tu hutan. bahaya untuk kesihatan. tapi situ saja short cut yang ada. dah nama short cut, so boleh la jimat lemak dan masa. satu tahun setengah aku mampu habiskan dengan keputusan STPM yang kurang boleh dibangga bangga. over all tiada A tiada D tiada E. then dapat tawaran ke UNISza.

sebenarnya itu baru pendahuluan dan selingan.

yang sebenarnya aku sangat sibuk sejak menjadi pelatih jqaf!!!!!!!!!!!!!!! dunia kerja.. oh dunia kerja. macam macam ragam manusia. oleh itu berhatihati. bawa bersabar dan yang penting buat kerja sendiri.
bai. kiha!



Monday, September 24, 2012

Momom momom

Hari tu, memang teringin sangat makan yang sedap sedap walaupun Mr. Fiance busy ajak makan di McD or KFC. Padahal aku teringin makan yang baru masak , berasaskan seafood.

Macam tom yam ka.
Ikan bakar ka.
Ketam masak lemak cili api ka.
Kerang rebus ka.

pusing punya pusing, lastly pegi pasar piliphine. bukan yang ada banyak segala jenis seafood tu.
yang ini ala ala macam di Anjung Selera, Tangung Lipat tu.

Tapi sumpah mahal gila.
I kira mau order Ketam seekor. Tapi tanya harga, wah $15.
tanya kerang pulak. Wah! $15 /200g. gila. Padahal makan 2 orang aje.

Pusing lagi. sampai aku fedup sebab survey harga semua mahal gila.

Last sekali biar dia yang cari sendiri.
mujur pilihan tepat.
pakaian tukang masak ala ala chef Golden Horses . Huahaha..
Dengar loghat, alamak. macam Indon dong. Tapi bila tengok dia masak ada api menyambar ke langit I terus setuju.

sebab tau, orang yang masak gitu confirm masakan dia sedap.





Anjung Samudra Dinda. Canggih nama.



Sirap Limau $1.50, Cincau bandung $2.50



Special merah madu. Ini ikan merah, memang sedap sangat sangat. $ 18

Pakis masak belacan $6, Nasi 2 pinggan $3.

 
total semua $31. Oklah walaupun aku rasa mahal lah jugak. Nasib baik sedap, so agak berbaloila. Tom yam pujaan hati memang tidak ketemu. Gaji next month pekena Tom Yam di Restoran Hang Li Po la pula.. Nyamaan..

Jom Sembang

Daisypath Graduation tickers
Daisypath Friendship tickers
Daisypath Anniversary tickers