BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, August 08, 2011

August + Merdeka

Alhamdulillah, I got my P already. so lepas ni boleh la bawa kereta jalan-jalan..  bak kata JPJ  masa bagi taklimat sebelum test tadi, "saya harap, kamu semua  akan lulus, supaya raya nanti sudah boleh bawa anak-anak, atau isteri atau girlfriend atau boyfriend pegi beraya" ada yang terkinum-kinum (senyum), ada yang nervous, ada yang mulut kumat kamit ntah baca apa. doa kali.

walaupun ni ulangan kali kedua bahagian 2 (amik lebih masa di parking then failed masa mula-mula test), aku tetap bersyukur sebab x perlu ulang untuk kali ke 3 ++. buang duit lagi. akan aku kenang hari bahagia ni. -8.8.2011-

panjang sangat masa yang aku perlukan untuk mendapatkan P. dari Terengganu sampailah ke Labuan.. tapi aku kira, semua pasti ada hikmahnya. habis 1 cabaran dalam hidup aku, cuma yang tinggal cabaran alam pekerjaan, kahwin dan bersalin. Haha. ok sekian pasal ni sebab mau cerita pasal merdeka pulak.

siapa tidak tau , sebut ja bulan ogos, mesti sinonim dengan bulan pembebasan darpd penjajah aka Merdeka. semua tau, yang malaysia tu terdiri daripada sabah, sarawak & semenanjung.  cuma apa yang aku kesal, bila 1st time sampai Terengganu, boleh-boleh plak mahasisiwi in degree tanya aku soalan ni.

Mahasiswi Degree:  hai, first time ke datang Malaysia??

Aku:  Hah?? Eh, ya. ( dalam hati, bermonolog: macamana dia ni boleh masuk U? sejarah pun bleh failed )

cuma aku sebagai seorang wanita budiman, senyum ja. tempat oranglah katakan. kena jagan air muka negeri bawah bayu. tu lah, mungkin awal-awal lagi dia sudah anti subjek tu. hurm, moga kemerdekaan yang dikecapi kini membawa rakyat lebih menghargai kemudahan yang diberi oleh pemerintah. dan bukannya kufur nikmat. amin.


w.p Labuan
8 Ramadhan


No comments:

Jom Sembang

Daisypath Graduation tickers
Daisypath Friendship tickers
Daisypath Anniversary tickers