kenapa aku harus dan telah memilih lelaki yang lebih tua dari aku (agak jauh jugakla beza) ?? ni dari pengalaman aku sendirilah. dari apa yang aku rasa.
- sebab utama, MATANG. matang ni memang pentiiing sangat dalam 1 hubungan. sebab kalau lah kan, actually kes macam aku ni, yang agak muda jugalah kui3. sifat keperempuanan yang betul-betul perempuan, maksud aku.. masih kebudak-budakan tu masih terserlah. so kes-kes mrajuk, kes terasa hati, marah tidak tentu pasal etc tu semua boleh jadi punca hubungan retak kalau hati x cukup kuat to face this situation. terutama dari pihak lelaki. biasalah. perempuan ni mahu perhatian lebih.
- sebab kedua, MATLAMAT HUBUNGAN. memang betul kalau pasangan yang lebih tua ni, matlamat hubungan sangatlah jelas dan insyaALLAH berpenghujung kalo disiram dan dijaga dengan baik. macam biasalah, mestilah mau kahwin kan. umur pun bukan makin hari makin muda.
- sebab ketiga, KELENGKAPAN. bukan budak skolah ja perlukan kelengkapan alat tulis untuk p exam. hurm, maksud aku dalam hubungan ni mestilah lengkap segala-gala. tapi dalam kes aku ni, kiranya baru 70% lah yang ada. maksud aku, harta. tau lah sekarang ni hidup perlukan duit. mana-mana ja msti mau duit. brapa kes dah rumahtangga becerai , tergolek, tunggang langgan sebab kesusahan / kesempitan hidup. tapi cukuplah sekadar mencapai tahap sederhana. contoh ada kereta, boleh sara anak bini. fikiran ke arah kelengkapan kekeluargaanlah ringkasnya.
mungkin ni ja lah yang penting, yang remeh-remeh tu mungkin ada kepentingan juga. by the way, perkara yang sangat penting daripada 3 benda tadi tu ialah agama. sekarang susah sangat cari lelaki yang boleh sempurnakan tiang agama, boleh mengimamkan satu keluarga, atau setidak-tidaknya, lelaki yang kurang pengetahuan agama bersedia untuk menimba dan redha kalau isterinya mau mengajar dan memberi panduan pada lelaki-lelaki type macmni. alangkah bahagianya.sekurang-kurangnya, tidaklah berat sangat dosa di akhirat nanti tentang bab-bab fardu.
rasa-rasa, aku belum untuk semua ni. Hoho! ntah apa tujuan entry kali ni, cuma sekadar perkongsian. tapi bagi mereka yang telah dan akan berkahwin dengan lelaki yang sebaya atau lebih muda, dont be worry. sebab kebahagiaan dalam perhubungan bukan semata-mata terletak pada umur mahupun paras rupa. its depends on how much you care about the relation.
w.p Labuan,
9 Ramadhan
Bila Aku Bukan Dia -Teaser 7
1 year ago
No comments:
Post a Comment