BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, October 08, 2011

Sentap

Salam.

Ya benar kali ini aku tersentap.
kepiluan menggigit tangkai hati,
menusuk jauh ke hulu. aku tersadai menahan resah di hujung kehidupan ini.

bukan aku mahu mati,
tapi tangkai hatiku berlegar sunyi.

dengan ragam manusia yang satu ini
sukar ku gambarkan dengan kata kata.

cukuplah sekadar dijadikan satu pengajaran
pedoman
bekalan
untuk aku mengharungi hidup yang masih terlalu jauh.

yang masih memerlukan secebis kekuatan
yang masih mengharapkan sekelumit kejujuran.

dari insan yang kusangka mulia
namun memiliki segumpal kejahatan

sekali lagi aku terpedaya.
dengan manusia bertopengkan malaikat

rupanya racun perosak dunia.
andai wujud 1000 seperti dia.
segeraku ignore dari kehidupanku,

wahai wanita itu,
aku kasihan padamu.

pada suamimu,
pada anak anakmu
kerana kau berusaha mengalirkan sebuah saluran haram pada darah daging & keturunanmu
yang menjadi mangsa.
masih juga pada muda mudi
yang menjerit kepayahan
dalam mencari rezeki kehidupan.

Allah maha Mengetahui.

ps from Mocha: jgn tiru aksi ini

No comments:

Jom Sembang

Daisypath Graduation tickers
Daisypath Friendship tickers
Daisypath Anniversary tickers