Salam.
biarlah blog ini dipenuhi dengan luahan dan ayat jiwa jiwa yang bisa menggelikan pankreas dan mengeraskan usus untuk sesiapa yang singgah di sini. itupun kalau ada. huhu.
maka sejak kepulangan aku dari Labuan atas dasar melepaskan rindu dan melihat keadaan anak anak buah yang lebih sebulan aku tidak nampak.. maka aku terperap di rumah seperti terperapnya chicken wings bersama rempah ratusnya. kalau dibakar, confirm sedap. kalah kfc.
malam kepulangan aku dari Labuan, aku sudah menghantar surat resign. manager pun ok. lepas tu aku rasa dunia aku bebas. dari dunia hipokrit sepanjang bekerja di sana walau ada harinya aku bekerja dengan penuh keikhlasan dan semangat waja.
mungkin bagi rakan rakan sekerja, betapa singkatnya masa aku menimba sesuatu pengalaman, namun dalam diri aku, otak dan tenaga aku, aku seperti bekerja 1 tahun di situ. tabik spring untuk mereka mereka yang tabah dan kuat dengan pekerjaan ini. sememangnya 200% tenaga terpaksa dicurahkan.
sebenarnya banyak sangat faktor kenapa aku hantar surat resign awal. tapi biarlah menjadi simpanan dalam hati emas ni. cewah. pui.
terperapnya aku di sini adalah untuk merehatkan minda, jiwa dan kondisi tubuh yang sangat letih ini. selepas ini aku akan berkhidmat dengan bermajikankan bapa aku sendiri. lebih baik dari aku berkhidmat untuk orang lain tapi hasilnya ciput. by the way, alhamdulillah ada serba sedikit pengalaman. dan insyaAllah aku tidaklah terlalu terkejut dengan budaya luar nanti.
buat Joy (2nd sistah), thanks tumpangkan rumah untuk aku merehatkan segala gala yang telah lelah.
Bila Aku Bukan Dia -Teaser 7
1 year ago
No comments:
Post a Comment