BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, January 25, 2012

cabaran dari liur liur negatif

salam.

lama tidak mengetuk mencipta entry hoho. konon.

biziii sangat sangat dengan persediaan pendaftaran.
borang
pengesahan
medical checkup
barang keperluan

and semua yang sewaktu dengannya

penat boh..

tekejut gila bila nurse yang aku panggil auntie  kata berat aku 60kg. aku minta dia cek kan semula. eh eh. kurang plak pegi 59kg. lantaklah. tapi seriussss tekejut gila! azam pasni mau turunkan ke 52kg. doakan I.

describe panjang sangat. ni buleh buat 2 entry ni... berbalik pada si air liur itu.

pelik tapi unik bah kan hehe.

maksud aku pada liur liur negatif...

al-kisah.. bermulalah kisah..

dulu masa aku form 1, masa tu 2001. aku jalan pi mana sekalipun memang aku masih bernafas(memanglah)  walau aku sorang sorang. ya la masa tu kan first time tinggal asrama, jauh pula dari kampung, jauh dari family, kawan pun tiada. so aku survive sorang sorang sebab aku dapat dorm yang memang hanya aku sorang saja form 1. mulut memang. berat. pendiam. x mo tegur orang.. memang spesies kera sumbang.

mahu dijadikan cerrrita.
aku selalu gendong buku walau ke mana pun aku pegi. kamus plak kalah kamus perubatan tebalnya. tu ehsan auntie aku lah tu bagi oxford dahlah tebal besar lagi.

ok. ada salah satu ahli dari geng geng senior aku yang selalu buat kecoh di sekolah. bukan lelaki tapi perempuan.

dia pernah kata dekat adik angkat dia a.k.a classmate aku.

" Suhailah tu nampak ja struggle, tapi x pernah naik pentas"

bukan untuk menari tapi terima anugerahlah maksudnya.

so, aku memang benci gila dengan orang tu, tapi mungkin memang sifat aku, aku mahu buktikan walaupun dalam exam biasa biasa au dapat result biasa biasa tapi bila exam besar aku boleh skor except SPM. alhamdulillah.

walau belum boleh dikatakan berjaya, aku bejaya menamatkan semua persekolahan dengan baik, walaupun kata kata itu menyakitkan tapi aku cuba jadikan sebagai cabaran dan jangan lupa buktikan pada mereka yang mengeluarkan liur liur negatif itu.

pengajarannya, jangan cepat berfikiran negatif dan sentiasalah menjadikan itu salah satu cabaran dan penguat semangat walaupun anda lakukannya di dalam diam. jangan cepat down bebeh.

itu la dulu  kot. tdoq dulu, bai~


#7kg untuk dikurangkan ;p







Tuesday, January 17, 2012

Tahniah - kembali menggendong gelaran pelajar

salam.

dari semalam senyum sampai ke telinga. awal gila ok result Jqaf tu keluar. memang 17 Januari, tapi x sangka lepas kul 12 am terus timbul iklan tu dekat moe.gov.

hati berdetak, walaupun sebelum tu memang tidak rasa apaapa.. debar atau somethingla sewaktu dengannya. tapi seminggu lalu memang. sampai terbawa dalam mimpi..

dan malam tadi, alhamdulillah.. terlihat dek mataku sebuah perkataan yang indah di pandangan abad ini ;p

                                                                          -TAHNIAH-

"Anda berjaya ditawarkan untuk mengikuti Kursus Perguruan Lepasan Ijazah Sekolah Rendah Ambilan Jan 2012.."


tahniah pada diri ini dan rakan rakan seperjuangan. InsyaALLah aku ingin menjadi seorang pendidik yang prihatin,ikhlas dan tabah mengharungi pelbagai dugaan mendatang..

Terima Kasih Ya Allah kerana memberi peluang pada hambaMu yang banyak sekali mengkufuri nikmatMU secara tidak sengaja dan di luar sedar

terima kasih pada yang mendoakan.

dan yang paling mengujakan.

Inilah hadiah terbesar untuk Mama & Bapa dalam hidup ini. sedar diri terlalu banyak menyusahkan. InsyaAllah inilah masanya untuk aku mengorak langkah membalas jasa kalian.

tidak lupa hadiah ini juga untuk my lovely siblings..

dan datuk & nenek di kampung :)

macam ucapan pemenang Masterchef ka??

Saturday, January 14, 2012

Jalan Jalan Sempena CNY.

salam.

agak awal kot untuk entry CNY. hehe. tapi ini sahajalah masa yang ada untuk bercuti panjang dengan siblings tercinta. walaupun my dad, my mom, Joy, Pea tidak terlibat. agak puas juga mengelilingi 1 Borneo the largest lifestyle hypermall konon, pegi Suria Sabah and jalan jalan surrounding KK areas. 
layankan aja picture di bawah yang kadang kadang agak chomel hahaha.



@ 1 Borneo


sempat lagi minta urut..


round da world !!

matamu sebesar si patung biru!


pastu singgah makan big apple d suria sabah walaupun perut oredi gendut


yaiii-Nazura aka si adik bongsu



yiip yiip hureee ! syg anak  mama..
kakak sulongku aka Ros-at taman tun fuad



sampai ja rumah, terus tolong joy aka kakak 2nd i  p masak masak. tlg ckit ja.tlg tengok

ikan masak steam ;p


sambal belacan made by me uweekk

umbut kelapa sawit . rebus ja campur ayam. sodappp


Salad..:)



cicah kicap. sedap makan dengan nasi


mangga ;) sedapp




pastu lahap duriaaaann .. yippi bahagianya hidup..


Again ;p

eh tetiba .. gambar berhambur. tidak ikut susunan.. lantakslah kan. yang pntg ada. hehe. ni gambo di 1Borneo



lepak at observation hill

view from observation tower jalan istana dekat padang merdeka

nur hanis & afnan,



baby comel with his mama


view Kk dari atas bukit.. nampak laut, bangunan etc



 okeys.. tima kasih to my sister and my brother in law sebab bawa jalan jalan. bukan bawa, tapi aku yang sibuk mau ikut. hahaha. :p seronok sangat sangat sementelah lama tidak keluar merayap bersama Mr. Fiance.   terubat rindu pada dunia shopping ;p

Friday, January 06, 2012

Dedikasi ini khas untuk Dr. Rohaizan Baru

Salam..

wah, bangun lambat gila hari ini. lepas subuh, tido mula. sudahlah semalam tidur awal. biasalah, majikan sudah pulang, so berkurunglah dalam bilik nuh. haha. pas bangun terus mandi , breakfast then bukak laptop.

selalunya bila online. web first yang akan dibuka mestilah facebok. kaya orang yang cipta web ni. tapi hari ini tergerak untuk bukak email dulu.. tiba tiba aku teruja tengok email dari penyelia latihan ilmiah aka thesis aku beberapa bulan dulu..

then subject belaiu yang berbunyik :

"artikel dalam jurnal antarabangsa"


wah bedebar sudah ni. tapi sebelum ni beliau ada juga maklumkan yang beliau sudah berjaya menyiapkan artikel untuk tajuk tesis aku 2 bulan lepas kalau tidak salah..

and then beliau suruh lawati link ini..

http://www.bssreview.org/volume/vol1-no5-nov-2011.pdf

excited ok..

dan segeralah mengucap Alhamdulillah.. Syukur sangat sangat

kena view guna PDF kot. pastu tengok tengok..
wah ada nama I lah dekat situ. jangan riak ok. dan yang buat translate itu bukan aku.. tapi kerjasama padu Dr.Rohaizan Baru & Dr. Syed Hadharallatfhi Syed Omar.. aku cuma sediakan dalam bahasa melayu. but at least aku rasa usaha aku yang macam separuh mati menyiapkan thesis tu, dihargai..dan boleh dibanggakan oleh kedua permaisuri dan raja yang jauh di kampung. ceh jauhlah sangat.


waaah, terasa macam mahu sambung master la pulak.
cuma aku rasa dalaman aku tidak cukup kuat lagi untuk menempuh cabaran bergelar pelajar master. susah tu yong.
duit lagi.. perasaan lagi.. ala matai perasan perasan..;p


oklah, hanya sekadar perkongsian. dan lesson yang aku dapat hari ini.

# buat sesuatu mestilah dengan bersungguh sungguh bukan hangat hangat tahi manuk (ayam)
# buat mesti diselit segunung keikhlasan supaya kerja itu nampak sempurna tapi tidaklah perfect. aik? apa ni.. haha.. mungkin yang pernah lalui cabaran menyiapkan thesis saja yang memahami. silalah aplikasi pada kerja yang lain ya. peringatan untuk aku yang daif.
# hargailah orang sekeliling yang banyak membantu dan mungkin di luar pengetahuan kita, berlaku sedikit pengorbanan yang terpaksa mereka lakukan
# jangan buat kerja last minute, kena cermat and so on

dan banyak lagi sebenarnya..tapi tidak terdaya aku mau menaip dan memikirkannya haha..

oleh itu setinggi tinggi dedikasi ini aku tujukan khas buat Dr. Rohaizan dan Dr.Syed kerana berjaya menempatkan artikel ini ke dalam jurnal antarabangsa hasil usaha dan kerja keras daripada mereka. Pada Dr. Rohaizan, hanya Allah yang layak memberi ganjaran pada ustaz untuk semua usaha dari mula sampai aku berjaya menyiapkan thesis itu. Proud of you doc. tabik springggg... syukran atas semuanyaa.. terharuuu..

hanya doa yang dapat aku titipkan agar ustaz sentiasa berada dalam lindungan dan rahmat dari-NYA hingga ke akhir hayat. amiinn..

Jom Sembang

Daisypath Graduation tickers
Daisypath Friendship tickers
Daisypath Anniversary tickers