BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, January 25, 2012

cabaran dari liur liur negatif

salam.

lama tidak mengetuk mencipta entry hoho. konon.

biziii sangat sangat dengan persediaan pendaftaran.
borang
pengesahan
medical checkup
barang keperluan

and semua yang sewaktu dengannya

penat boh..

tekejut gila bila nurse yang aku panggil auntie  kata berat aku 60kg. aku minta dia cek kan semula. eh eh. kurang plak pegi 59kg. lantaklah. tapi seriussss tekejut gila! azam pasni mau turunkan ke 52kg. doakan I.

describe panjang sangat. ni buleh buat 2 entry ni... berbalik pada si air liur itu.

pelik tapi unik bah kan hehe.

maksud aku pada liur liur negatif...

al-kisah.. bermulalah kisah..

dulu masa aku form 1, masa tu 2001. aku jalan pi mana sekalipun memang aku masih bernafas(memanglah)  walau aku sorang sorang. ya la masa tu kan first time tinggal asrama, jauh pula dari kampung, jauh dari family, kawan pun tiada. so aku survive sorang sorang sebab aku dapat dorm yang memang hanya aku sorang saja form 1. mulut memang. berat. pendiam. x mo tegur orang.. memang spesies kera sumbang.

mahu dijadikan cerrrita.
aku selalu gendong buku walau ke mana pun aku pegi. kamus plak kalah kamus perubatan tebalnya. tu ehsan auntie aku lah tu bagi oxford dahlah tebal besar lagi.

ok. ada salah satu ahli dari geng geng senior aku yang selalu buat kecoh di sekolah. bukan lelaki tapi perempuan.

dia pernah kata dekat adik angkat dia a.k.a classmate aku.

" Suhailah tu nampak ja struggle, tapi x pernah naik pentas"

bukan untuk menari tapi terima anugerahlah maksudnya.

so, aku memang benci gila dengan orang tu, tapi mungkin memang sifat aku, aku mahu buktikan walaupun dalam exam biasa biasa au dapat result biasa biasa tapi bila exam besar aku boleh skor except SPM. alhamdulillah.

walau belum boleh dikatakan berjaya, aku bejaya menamatkan semua persekolahan dengan baik, walaupun kata kata itu menyakitkan tapi aku cuba jadikan sebagai cabaran dan jangan lupa buktikan pada mereka yang mengeluarkan liur liur negatif itu.

pengajarannya, jangan cepat berfikiran negatif dan sentiasalah menjadikan itu salah satu cabaran dan penguat semangat walaupun anda lakukannya di dalam diam. jangan cepat down bebeh.

itu la dulu  kot. tdoq dulu, bai~


#7kg untuk dikurangkan ;p







No comments:

Jom Sembang

Daisypath Graduation tickers
Daisypath Friendship tickers
Daisypath Anniversary tickers