salam uolz.
minggu ini minggu kedua aku berpraktikum.
sampai sekarang ni pensyarah pembimbing masih belum diketahui. syabas unit praktikum, kaulah segalanya!
tapi sebenarnya, elok juga bila nama pensyarah lambat diinform. sekurang-kurangnya banyak persiapan dapat dibuat. bukan apa, sebelum tiba tarikh praktikum, esoknya mula aku baru mula hari ini.
kawan-kawan ada lagi hebat. masuk 2 minggu buku RPH masih suci dan murni. walapun ummi a.k.a mentor kami bagitau penyeliaan bukanlah melalui proses penilaian pada observe yang pertama, tapi jangan salah anggap, RPH yang suci dan murni boleh menyebabkan pensyarah naik berang. haha. so, betul atau salah belakang kira. yang penting ada. aku hentam keromo saja daa.
sejak menempuh minggu praktikum, masa aku untuk berjoli sana sini agak maksimum. selain fulus yang semakin menipis, dan semakin hari hari semakin pupus, mood untuk berfoya-foya lenyap ditelan masa hahahha.
hari-hari aku busy cari idea untuk buat set induksi & aktiviti. rasanya otak ni sentiasa berfikir. malah dalam tidur pun boleh termimpi mimpi. kesannya, tidur macam x tidur la jawabnya.lepas itu, Bahan Bantu Mengajar yang setakat ini alhamdulillah walaupun tiada unsur luar biasa, tapi Allah bagi banyak buah fikiran. Syukur.
terseksa betul dengan baki 11 minggu ini. sebenarnya x sampai pun 12 minggu berpraktikum. tolak cuti CNY seminggu dan cuti-cuti umum diselangi aktiviti sekolah. sikit ja. cuma buat RPH yang terlalu skema sangat memenatkan. tapi begitulah lumrah kalau mau hidup senang. bersusah-susah dahulu. lagipun banyak ilmu yang aku dapat sepanjang praktikum walaupun baru masuk 2 minggu. ini kan pula 12 minggu. ye dop?
InsyaAllah, letakkan dalam diri "Penyeliaan bermaksud bimbingan" agar lebih yakin masa pensyarah datang. jauhilah aku dari sifat gelabah Ya Rabb.. :)
Bila Aku Bukan Dia -Teaser 7
1 year ago