BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, January 28, 2013

Praktikum 2

salam uolz.

minggu ini minggu kedua aku berpraktikum.

sampai sekarang ni pensyarah pembimbing masih belum diketahui. syabas unit praktikum, kaulah segalanya!

tapi sebenarnya, elok juga bila nama pensyarah lambat diinform. sekurang-kurangnya banyak persiapan dapat dibuat. bukan apa, sebelum tiba tarikh praktikum, esoknya mula aku baru mula hari ini.

kawan-kawan ada lagi hebat. masuk 2 minggu buku RPH masih suci dan murni. walapun ummi a.k.a mentor kami bagitau penyeliaan bukanlah melalui proses penilaian pada observe yang pertama, tapi jangan salah anggap, RPH yang suci dan murni boleh menyebabkan pensyarah naik berang. haha. so, betul atau salah belakang kira. yang penting ada. aku hentam keromo saja daa.

sejak menempuh minggu praktikum, masa aku untuk berjoli sana sini agak maksimum. selain fulus yang semakin menipis, dan semakin hari hari semakin pupus, mood untuk berfoya-foya lenyap ditelan masa hahahha.

hari-hari aku busy cari idea untuk buat set induksi & aktiviti. rasanya otak ni sentiasa berfikir. malah dalam tidur pun boleh termimpi mimpi. kesannya, tidur macam x tidur la jawabnya.lepas itu, Bahan Bantu Mengajar yang setakat ini alhamdulillah walaupun tiada unsur luar biasa, tapi Allah bagi banyak buah fikiran. Syukur.

terseksa betul dengan baki 11 minggu ini. sebenarnya x sampai pun 12 minggu berpraktikum. tolak cuti CNY seminggu dan cuti-cuti umum diselangi aktiviti sekolah. sikit ja. cuma buat RPH yang terlalu skema sangat memenatkan. tapi begitulah lumrah kalau mau hidup senang. bersusah-susah dahulu. lagipun banyak ilmu yang aku dapat sepanjang praktikum walaupun baru masuk 2 minggu. ini kan pula 12 minggu. ye dop?

InsyaAllah, letakkan dalam diri "Penyeliaan bermaksud bimbingan" agar lebih yakin masa pensyarah datang. jauhilah aku dari sifat gelabah Ya Rabb.. :)







Friday, January 11, 2013

Praktikum 1

Assalamualaikum wbt..

hi semua kawan kawan blogger yang sentiasa dirindui. lama tidak mempamerkan jari di sini. almaklumlah musim sekolah sedang melanda. jadi demam praktkum pun nampaknya semakin mencapai suhu luar biasa. kerja dari sekolah semuanya agak berbisa. makin hari makin menekan jiwa raga. rakan-rakan pendidik yang lain naik pucat & lemau walhal belum lagi musim hujung tahun kan? bila aku post saja entry pasti ada perkataan 'sibuk'. jadi, kerja guru bukannya senang ya adik-adik, ibu ibu bapa bapa sekalian.. jangan hairanlah jika ramai para guru mulai merungut & membantah apatah lagi kompelin sana sini,ribut petir sinun sinan..

bersempena kehadiran 21 Jan 2013 maka aku akan sah bergelar seorang pelatih yang akan berpraktikum dengan persiapan rapi pelbagai elemen. sebab bila-bila masa saja akan diterjah oleh tv3 a.k.a pensyarah pembimbing. ya pensyarah yang tidak kunjung tiba namanya.. lama aku tunggu senarai itu tapi hingga ke hari ini masih tidak diketahui. nasib badan. pengurusan yang masih kurang disenangi. ouch, maafkan saya encik pengurus praktikum.

hanya tinggal seminggu lagi. makin hari makin dihujani dengan pelbagai tugasan seperti melatih murid ke sukan zon, mengurus buku teks yang langsung tiada kena mengena dengan aku. hanya membantu sementara tapi sepertinya tugas itu suda diserahkan sebulatnya kepada aku yang semakin bulat. naik meluat dengan sikap manusia yang asyik beralasan "DOK DAN" . semakin meluat lagi bila urusan-urusan berkenaan dengannya aku yang dijadikan rujukan. manusia-manusia.. semakin tua semakin remaja sikapmu. adakah ini yang dikatakan kecil-kecil cili keladi. auuh, macam salah.

*Sudahlah, malas aku memikirkannya. biarkan dia dengan labu labinya. masalah orang tua*


makin tua makin banyaklah pengalaman & ilmunya. makin berkualitilah kerjanya. makin sensitif & prihatinlah dia. kerja semakin cekap. namun ini. ouch kau sangat pelik. tapi kau baik hati. sangat. bye


maka dengan kedatangan hari yang semakin dekat mencium aku, aku buatlah persiapan apa yang patut & remeh yang tidak sepatutnya dibuat semasa musim kekelam kabutan tiba. harap harap semuanya berjalan lancar. mana mungkin Allah memberikan sesuatu tanggungjawab di luar kemampuan kita. try & error! chayo2.. wish me luck ya kawan-kawan..



Monday, December 31, 2012

saya & cuti part last

hello hello hello kopi ka milo hello!!

nampaknya cuti aku sudah hampir ke penghujungnya.
badan terpaksa berkerja keras semula setelah beberapa minggu bermanja di telam empuk sambil menjaga anak-anak buah tersayang.

sepanjang cuti disember ni tiada apa yang menarik.
oh, ada satu.
ulangtahun perkahwinan ama' dan eyai (atok + nenek) sebelah mama.

sekali la tuh dengan family day.
bertahun-tahun tidak mengadakan acara ini.

bermacam acara diadakan oleh saudara mara.
mula-mula sanding, karoke, tarian, silat, taekwando, dll.

best
dapat kumpul ramai-ramai & eratkan lagi hubungan kekeluragaan..
al maklumla bila musim kerja masing-masing merantau mencari rezeki.
bila buat macam ni terasa kasih sayang antara keluarga tu lebih erat..
 jom layan gambar pula.

besday mohd adham 18.12.12 yg ke-4.. syg adam muahh! ya, hiasan kek tu x berbaloi dgn harga 8+.++

besday iskandar 21.12.12 yg ke 5.. syg is juga muah!

Ulang tahun perkahwinan datuk belah mama kali ke-60.. sekali dengan family day :)

ni dia nenek (eyai) pengantin perempuan yg sangat sporting hari tu! :)

sanding semula :)

inilah family besar aku, yg ni masih ramai yg tiada dalam gambar dek kerana merantau mencari rezeki :)












i love my family, sangat bertuah sebab ada ahli keluarga sebegini... sangat bahagia.. semoga hubungan ini membawa rahmat..:)

Monday, December 10, 2012

saya & cuti part 2

Salam..

3 hari yang lepas aku sudah pun bergelar ms. 24!
apa yang special?

nothing.

cuma ucapan syukur Alhamdulillah bila mana DIA masih memberi aku peluang untuk menghirup udara di bumi ciptaanNYA

hanya angka berubah,
dan bebanan turut bertambah.

pada Along.. thanks a lot for the special entry sempena hari ketuaan sahabatmu ini..terharu sangat-sangat. kalau diberi pilihan antara Habib Jewel & entry tu, aku pilih entry (aisemen , biar betul hihi).. makanya, memang sgt berharga!

Alhamdulillah juga, 8 dec baru ni tamatlah sudah interaksi yang padat lagi memeningkan kepala sesi Nov-Dis.. Tapi kelegaan itu bagai sedetik cuma.

apa tidaknya, aku mulai dihantui dengan pelbagai perkara yang perlu diwujudkan untuk persediaan praktikum 21 Jan 2013-19 April 2013. so semuanya ada 12 minggu . macam mau tecabut jugalah lutut ni dibuatnya :(

semoga aku & teman seperjuangan akan beroleh kekuatan. Amin.


lagi majlis memenuhi undangan...



..Selamat pengantin baru Vanessa Lee & Allwie Romzi..









Friday, November 30, 2012

saya dan cuti part 1

As Salam warga blog di bumi maya.

rasa- rasa bila lama tidak menulis, semakin kekok mengolah bahasa.

tapi mujur hari-hari pengajian di IPG menajamkan minda membait rasa aiseh.

mana boleh lari dari REFLEKSI..

biasalah, kami budak masih belajar. tambah tambah bila berada di alam pendidikan.

segalanya memerlukan refleksi.



bila rakan-rakan sibuk dengan update update "siapa rasa jadual kita padat, angkat kaki!!" dan aku pe'like' setia.. memang turut sama terjebak ke kancah keletihan bersama status tidak ketinggalan..
"penat yang tiada penghujungnya".

begitulah kisah cuti aku dan rakan-rakan. miahahaa..

kuliah yang langsung tiada selangnya.

memerah otak, menadah telinga, bersiap siaga dengan tugasan tugasan yang semakin bercambah.

keluhan demi keluhan aku luahkan.

pada orang tua, rakan handai dan juga di dia.

hehe.. tidak rugi memasang telinga bila mendengar celoteh dari barisan pensyarah yang dilimpahi dengan ilmu dan pengalaman. semuanya pasti mempunyai inputnya bila menghadapi demam praktikum 2013.

ya demam praktikum diselangi tugasan dari sekolah dan kursus kursus pendek.

nampaknya 6 bulan terakhir ini tiada ruang berkunjung ke pawagam2.. miahaha..

tapi akan dicuri juga masanya. iya, itu pasti.


oklah. setakat itu cerita cuti episod 1.


Jom Sembang

Daisypath Graduation tickers
Daisypath Friendship tickers
Daisypath Anniversary tickers