BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, February 26, 2013

Bila aku merelief

huahaha.. tidak ku sangka masa merelief kelas tahun 3 Anggerik & Mawar ini sempat pulak update blog hahahahhhaha.. ceh ketawa sakan. GB datang baru tau. Nway, sekarang ni masa Cikgu Fancey. Subjek Bahasa Kadazan Dusun.

masuk sahaja kelas terus suruh buka buku BKD suh salin petikan . mau ajar pun aku manala tau. kalau dusun kimaragang boleh tahan lagi. huhu.

siap bagi dua muka surat lagi. hhhahaha.. sejam etek. sejammm.. masa yang cukup lama dana cukup sesuai untuk online sambil hadap fb, twitter, blog dsb..

jom selit pasal praktikum jap.sampai sekarang belum dihubungi oleh lecturer2 kesayangan. mungkin aku ni dekat sangat kot dengan IPG. tu yang depa datang lewat sikit. hehehe.. apa pun semangat makin hilang ni. tolonglah. bukan macam mula-mula start dulu. kemain kau bawa LCD tapi tiada pasang-pasang hahahaha. okla, budak pun macam bising dah ni. sempat ambik gambar. dorang pun tediam sebab taut aku tunjuk gambar ni hahahahaa,, lawak2


senyum cover sebab takut budak-budak ni fikir lain plak hahaha

CNY 2013



sorilah lama menyarang entri ini. baru dapat mengeram. huahahaha..

okla

GONG XI FATT CHAI

buat semua warga Malaysia yang meraikannya. keteringinan makan besar wujud dala diri ini. begitu juga ahli keluarga. kepala ligat berfikir siapakah antara kami yang ada pertalian darah dengan warga cina. oh! ada.. kakak kedua, Pea kahwin dengan keturunan Cina. hehe bapanya Suria.

tapi sebelah father in law sahaja. so, masih  tidak dapat memenuhi impian makan besar tahun ni. saja. nampak macam sedap ja tengok depa pegang chopstick beramai-ramai. mengimpikan aku juga boleh berlaku sedemikian rupa hahaha..


                                                           ***mengarut tak sudah***

Nway, aku sempat meghabiskan masa bersama keluarga dengan gumbira sambil mengucapkan bye bye pada RPH, Jurnal, Refleksi dll for this temporary..

huh, lega kepala otak. lari dari kesibukan di kota. jum pulang ke kampung bagi membina otot-otot yang sememangnya super power. ya, lagi melebarkan sayap#paha#lengan dsb hahaha.

darling pun kutinggalkan di kota raya bersama kesibukan kerjanya. biar fokus cari duit kahwin.

oh ya, #welcome to da club my sweet baby 10.02.2013# love you so much! hehehe.. selamat menjadi tunangan orang. moga sentiasa ceria, no more crying and happy always! i'll pray for that.. sayang kamu.

banyak sebenarnya berita gembiraa. brother in law pun dah ada baby baru. forget the past. past is past bah kan. meh tempek gambar si comel carl syazwi allwie. selamat menjenguk dunia berpancha robha  ini dengan selamat, aman & bahagia.



like father like son




 tahniah sekali lagi buat vivie & bon! hehe.. kalah cik abe aku. aku pun ikut jeles sekali sebab muda muda sudah ada baby..hot mama la katakan :p.... oh sabarlah hati kuang3..


ini pula perkembangan my sweet suria.. makin tinggi and mengurus kamu di sini ya syg. gigi pun makin bertambah.


sebenarnya gambar ni masa suria baru tumbuh 2 batang gigi  




baby lain kalau tumbuh gigi mesti cirit birit. yang dia ni pulak, tahi kertu.. hahaha. I mean keras laa.. sian dia duk teran teran. kecik lagi kot teran kuat kuat. tapi dia ni tabah. sayang suria comel



teringin plak makan bila tengok balik. oreo cheese !

Nway cuti CNY setiap tahun sangat enjoy & best!!!


Thursday, February 07, 2013

Praktikum 3

salam.
hola!
minggu ni suda minggu ke3 aku berpraktikum.
darah gemuruh turun naik buat masa ini sebab baru minggu ni aku dapat tau siapa pensyarah pembimbing. area labuan sudah diobserve sebanyak 2 kali. so baki tinggal 2 la kan. 

pensyarah pembimbing aku untuk Minor (b.arab) jatuh kepada Ustzh Hamidah sayang. manakala untuk Major (p.islam) pulak jatuh kepada Us Hj Ibrahim Ismail. tahniah! selamat mengobserve kepada sifu-sifu tersayang.. welcome to SKBH! hehehe.. padahal dalam hati macam bedendang sayang ja.

aku hanya buat mana yang termampu ja. bila debaran berkunjung di hati mula lah hati berabis bagi positif.. ok diobserve bukan untuk mengkritik atau menyalahkan pelatih, malah memberi ilmu, menambah baik, menegur kesilapan atau yang lebih tepat untuk MEMBIMBING. nama pun pesyarah pembimbing kan.

untuk minggu ke3 ini, semangat buat BBM semakin menurun. hari berlalu pantas, tapi fail-fail yang sepatutnya ada, masih kosong. item pun belum ada.

bukanlah mengeluh tapi sekadar berkongsi. mungkin ramai guru masih belum maklum bahawa aku sedang berpraktikum. maka dengan itu, masih lagi tugas-tugas yang tidak sepatutnya aku lakukan diberi sewenangnya. amboi, tiada niat mengeluh.

tapi bila dengar masalah dari kawan-kawan sekolah lain, dorang lagila hebat, so aku kena sahut cabaran yang tidak seberapa ini.

minggu lepas, Rabu-Jumaat aku terpaksa tangguh P & P sebab sekolah ni jadi tuan rumah untuk SUkan Zon.

minggu depan pula CNY.

bestnya. oh cuti datanglah lagi banyak banyak. aku suka!

bye.

Monday, January 28, 2013

Praktikum 2

salam uolz.

minggu ini minggu kedua aku berpraktikum.

sampai sekarang ni pensyarah pembimbing masih belum diketahui. syabas unit praktikum, kaulah segalanya!

tapi sebenarnya, elok juga bila nama pensyarah lambat diinform. sekurang-kurangnya banyak persiapan dapat dibuat. bukan apa, sebelum tiba tarikh praktikum, esoknya mula aku baru mula hari ini.

kawan-kawan ada lagi hebat. masuk 2 minggu buku RPH masih suci dan murni. walapun ummi a.k.a mentor kami bagitau penyeliaan bukanlah melalui proses penilaian pada observe yang pertama, tapi jangan salah anggap, RPH yang suci dan murni boleh menyebabkan pensyarah naik berang. haha. so, betul atau salah belakang kira. yang penting ada. aku hentam keromo saja daa.

sejak menempuh minggu praktikum, masa aku untuk berjoli sana sini agak maksimum. selain fulus yang semakin menipis, dan semakin hari hari semakin pupus, mood untuk berfoya-foya lenyap ditelan masa hahahha.

hari-hari aku busy cari idea untuk buat set induksi & aktiviti. rasanya otak ni sentiasa berfikir. malah dalam tidur pun boleh termimpi mimpi. kesannya, tidur macam x tidur la jawabnya.lepas itu, Bahan Bantu Mengajar yang setakat ini alhamdulillah walaupun tiada unsur luar biasa, tapi Allah bagi banyak buah fikiran. Syukur.

terseksa betul dengan baki 11 minggu ini. sebenarnya x sampai pun 12 minggu berpraktikum. tolak cuti CNY seminggu dan cuti-cuti umum diselangi aktiviti sekolah. sikit ja. cuma buat RPH yang terlalu skema sangat memenatkan. tapi begitulah lumrah kalau mau hidup senang. bersusah-susah dahulu. lagipun banyak ilmu yang aku dapat sepanjang praktikum walaupun baru masuk 2 minggu. ini kan pula 12 minggu. ye dop?

InsyaAllah, letakkan dalam diri "Penyeliaan bermaksud bimbingan" agar lebih yakin masa pensyarah datang. jauhilah aku dari sifat gelabah Ya Rabb.. :)







Friday, January 11, 2013

Praktikum 1

Assalamualaikum wbt..

hi semua kawan kawan blogger yang sentiasa dirindui. lama tidak mempamerkan jari di sini. almaklumlah musim sekolah sedang melanda. jadi demam praktkum pun nampaknya semakin mencapai suhu luar biasa. kerja dari sekolah semuanya agak berbisa. makin hari makin menekan jiwa raga. rakan-rakan pendidik yang lain naik pucat & lemau walhal belum lagi musim hujung tahun kan? bila aku post saja entry pasti ada perkataan 'sibuk'. jadi, kerja guru bukannya senang ya adik-adik, ibu ibu bapa bapa sekalian.. jangan hairanlah jika ramai para guru mulai merungut & membantah apatah lagi kompelin sana sini,ribut petir sinun sinan..

bersempena kehadiran 21 Jan 2013 maka aku akan sah bergelar seorang pelatih yang akan berpraktikum dengan persiapan rapi pelbagai elemen. sebab bila-bila masa saja akan diterjah oleh tv3 a.k.a pensyarah pembimbing. ya pensyarah yang tidak kunjung tiba namanya.. lama aku tunggu senarai itu tapi hingga ke hari ini masih tidak diketahui. nasib badan. pengurusan yang masih kurang disenangi. ouch, maafkan saya encik pengurus praktikum.

hanya tinggal seminggu lagi. makin hari makin dihujani dengan pelbagai tugasan seperti melatih murid ke sukan zon, mengurus buku teks yang langsung tiada kena mengena dengan aku. hanya membantu sementara tapi sepertinya tugas itu suda diserahkan sebulatnya kepada aku yang semakin bulat. naik meluat dengan sikap manusia yang asyik beralasan "DOK DAN" . semakin meluat lagi bila urusan-urusan berkenaan dengannya aku yang dijadikan rujukan. manusia-manusia.. semakin tua semakin remaja sikapmu. adakah ini yang dikatakan kecil-kecil cili keladi. auuh, macam salah.

*Sudahlah, malas aku memikirkannya. biarkan dia dengan labu labinya. masalah orang tua*


makin tua makin banyaklah pengalaman & ilmunya. makin berkualitilah kerjanya. makin sensitif & prihatinlah dia. kerja semakin cekap. namun ini. ouch kau sangat pelik. tapi kau baik hati. sangat. bye


maka dengan kedatangan hari yang semakin dekat mencium aku, aku buatlah persiapan apa yang patut & remeh yang tidak sepatutnya dibuat semasa musim kekelam kabutan tiba. harap harap semuanya berjalan lancar. mana mungkin Allah memberikan sesuatu tanggungjawab di luar kemampuan kita. try & error! chayo2.. wish me luck ya kawan-kawan..



Jom Sembang

Daisypath Graduation tickers
Daisypath Friendship tickers
Daisypath Anniversary tickers