BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, August 16, 2011

p.e.r.e.m.p.u.a.n

salam.
malam ni malam nuzul Quran kan. semua pun tau 17 Ramadhan tu al-Quran diturunkan. InsyaAllah, banyakkan baca quran.
entry tercetus hasil fikrah Ramadhan kat MHI yang hampir hari-hari aku dengar sambil buai baby ammar & adham. kelmarin and pagi tadi masih bincang tentang kelebihan wanita. wanita yang solehah, wanita yang banyak keistimewaan diselit dengan beberapa nasihat daripda al fadhilah ustazah Asni Mansor al-Hafizah. bestlah dengar ustazah ni bagi ceramah. penuh dgn contoh-contoh munasabah yang memang berlaku zaman sekarang.aku tau ramai yang tidak mendengar sebab aku tau ramai yang p kerja. hanya orang yang ada 2 batas anggur ja ble tengok hari-hari. so, ada baiknya aku kongsi. ;)

perempuan ni, adalah mahkluk yang istimewa, yang banyak kelebihan dan banyak tanggungjawabnya. hingga boleh menggoncang dunia. ;)

kejayaan seorang lelaki tu bergantung pada kejayaannya dalam menjadikan isteri dan anak-anak taat dan setia pada perintah Allah. kejayaan suami tu bukan dinilai pada kereta 7,8 biji di garaj, rumah 4 tingkat atau luasnya halaman rumah. 1 apa pun tidak beguna bila isteri, anak-anak hidup bergelumang dosa, smbhyg tinggal, posa tggl etc.

wanita ni istimewa. Allah tidak suruh pun wanita ni keluar rumah, tapi dalam konteks sekarang, wanita keluar bekerja untuk membantu suami. meringankan beban. so, bagi suami yang ada iman di dada, kenalah menghargai isteri dgn mngambil, menghantar. and part paling best, tolong isteri buat kerja  rumah. ni tidak, suami isteri sama-sama penat, tapi sang suami kadang-kadang tidak faham. siap suruh buat itu ini. yaa, memanglah tanggungjawab isteri melayan suami, tapi pleaselah tolong faham, isteri juga merasa penat yang sama. sekurang-kurangnya, isteri masih berpeluang mengaji dan menunaikan solat dengan tenang ;)

tapi-tapi! bukan semua wanita dikurniakan dengan lelaki yang ada iman di dada. kadang-kadang wanita dikurniakan suami yang ada iman tapi, solat posa masih ada yang lompang. macamni, wanita kena banyak diam dan doa, bukannya banyak motivasi. motivasi pagi, tghari, sampai nak tdo pun masih lagi bagi motivasi. sang lelaki aka suami pasti rasa bosan. bagi yang dikurniakan suami seperti ini maka banyak-banyaklah berdoa.

bangun solat tengah malam, banyak zikir, bukan tu ja, sebelum masak sunnat ambil wudhuk, masa masak pun masih boleh berdoa minta dibukakan pintu hati suami. wanita juga kena ingat, jika cinta pada Allah melebihi cinta pada suami, insyaAllah, kita tidak merasa suami tu milik kita sorang ja. ingatlah, suami tu milik Allah, milik ibu bapanya. hati dia milik Allah. jadi bila kita minta hatinya dibuka, maka Allah akan buka juga satu hari nanti.

kata-kata ustazah yang aku suka "perempuan ni tinggi nilainya, macam batu permata, disimpan di tempat yang orang lain tidak boleh sentuh, siap letak dalam peti besi lagi. macam juga bila nak nikah, kena minta dari ayah mak pmpuan, kena minta kebenaran, minta kunci besi tu baru boleh dapat"..

satu lagi peringatan pada suami isteri yang akan dan telah brkahwin.. amalkan lah musyawarah atau mesyuarat tentang apa sahaja. bukannya berdebat nak cari siapa benar dan siapa menang. mesyuarat ni tidak ada pemenang, hanya mencari jalan penyelesaian, hanya mendengar cadangan dan pandangan srta memilih jalan yang terbaik..Rasulullah pun suruh kita amalkan benda ni kan?

satu lagi peringatan, Allah tidak takut jika manusia ditimpa kesusahan, tapi Allah takut bila manusia ditimpa 3 perkara.

WANITA
HARTA
TAKHTA

peringatan-peringatan ini adalah untuk diri aku dan lebih baik jika yang membaca boleh berkongsi dan mengambil iktibar bersama.:)


alhamdulillah kita telah berjaya melepasi fasa 1 Ramadhan (keberkatan), sekarang kita sedang menjalani fasa ke 2 (pengampunan dosa) dan akan melalui fasa ke 3 (pembebasan dari api neraka)...moga kita semua sentiasa dilimpahi rahmat dan hidayahNYA.

.

Salam Nuzul Quran,
wp Labuan,
17Ramadhan






No comments:

Jom Sembang

Daisypath Graduation tickers
Daisypath Friendship tickers
Daisypath Anniversary tickers