BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »
Showing posts with label sharing is loving. Show all posts
Showing posts with label sharing is loving. Show all posts

Tuesday, August 16, 2011

p.e.r.e.m.p.u.a.n

salam.
malam ni malam nuzul Quran kan. semua pun tau 17 Ramadhan tu al-Quran diturunkan. InsyaAllah, banyakkan baca quran.
entry tercetus hasil fikrah Ramadhan kat MHI yang hampir hari-hari aku dengar sambil buai baby ammar & adham. kelmarin and pagi tadi masih bincang tentang kelebihan wanita. wanita yang solehah, wanita yang banyak keistimewaan diselit dengan beberapa nasihat daripda al fadhilah ustazah Asni Mansor al-Hafizah. bestlah dengar ustazah ni bagi ceramah. penuh dgn contoh-contoh munasabah yang memang berlaku zaman sekarang.aku tau ramai yang tidak mendengar sebab aku tau ramai yang p kerja. hanya orang yang ada 2 batas anggur ja ble tengok hari-hari. so, ada baiknya aku kongsi. ;)

perempuan ni, adalah mahkluk yang istimewa, yang banyak kelebihan dan banyak tanggungjawabnya. hingga boleh menggoncang dunia. ;)

kejayaan seorang lelaki tu bergantung pada kejayaannya dalam menjadikan isteri dan anak-anak taat dan setia pada perintah Allah. kejayaan suami tu bukan dinilai pada kereta 7,8 biji di garaj, rumah 4 tingkat atau luasnya halaman rumah. 1 apa pun tidak beguna bila isteri, anak-anak hidup bergelumang dosa, smbhyg tinggal, posa tggl etc.

wanita ni istimewa. Allah tidak suruh pun wanita ni keluar rumah, tapi dalam konteks sekarang, wanita keluar bekerja untuk membantu suami. meringankan beban. so, bagi suami yang ada iman di dada, kenalah menghargai isteri dgn mngambil, menghantar. and part paling best, tolong isteri buat kerja  rumah. ni tidak, suami isteri sama-sama penat, tapi sang suami kadang-kadang tidak faham. siap suruh buat itu ini. yaa, memanglah tanggungjawab isteri melayan suami, tapi pleaselah tolong faham, isteri juga merasa penat yang sama. sekurang-kurangnya, isteri masih berpeluang mengaji dan menunaikan solat dengan tenang ;)

tapi-tapi! bukan semua wanita dikurniakan dengan lelaki yang ada iman di dada. kadang-kadang wanita dikurniakan suami yang ada iman tapi, solat posa masih ada yang lompang. macamni, wanita kena banyak diam dan doa, bukannya banyak motivasi. motivasi pagi, tghari, sampai nak tdo pun masih lagi bagi motivasi. sang lelaki aka suami pasti rasa bosan. bagi yang dikurniakan suami seperti ini maka banyak-banyaklah berdoa.

bangun solat tengah malam, banyak zikir, bukan tu ja, sebelum masak sunnat ambil wudhuk, masa masak pun masih boleh berdoa minta dibukakan pintu hati suami. wanita juga kena ingat, jika cinta pada Allah melebihi cinta pada suami, insyaAllah, kita tidak merasa suami tu milik kita sorang ja. ingatlah, suami tu milik Allah, milik ibu bapanya. hati dia milik Allah. jadi bila kita minta hatinya dibuka, maka Allah akan buka juga satu hari nanti.

kata-kata ustazah yang aku suka "perempuan ni tinggi nilainya, macam batu permata, disimpan di tempat yang orang lain tidak boleh sentuh, siap letak dalam peti besi lagi. macam juga bila nak nikah, kena minta dari ayah mak pmpuan, kena minta kebenaran, minta kunci besi tu baru boleh dapat"..

satu lagi peringatan pada suami isteri yang akan dan telah brkahwin.. amalkan lah musyawarah atau mesyuarat tentang apa sahaja. bukannya berdebat nak cari siapa benar dan siapa menang. mesyuarat ni tidak ada pemenang, hanya mencari jalan penyelesaian, hanya mendengar cadangan dan pandangan srta memilih jalan yang terbaik..Rasulullah pun suruh kita amalkan benda ni kan?

satu lagi peringatan, Allah tidak takut jika manusia ditimpa kesusahan, tapi Allah takut bila manusia ditimpa 3 perkara.

WANITA
HARTA
TAKHTA

peringatan-peringatan ini adalah untuk diri aku dan lebih baik jika yang membaca boleh berkongsi dan mengambil iktibar bersama.:)


alhamdulillah kita telah berjaya melepasi fasa 1 Ramadhan (keberkatan), sekarang kita sedang menjalani fasa ke 2 (pengampunan dosa) dan akan melalui fasa ke 3 (pembebasan dari api neraka)...moga kita semua sentiasa dilimpahi rahmat dan hidayahNYA.

.

Salam Nuzul Quran,
wp Labuan,
17Ramadhan






Tuesday, August 09, 2011

why should i..

kenapa aku harus dan telah memilih lelaki yang lebih tua dari aku (agak jauh jugakla beza) ?? ni dari pengalaman aku sendirilah. dari apa yang aku rasa.

- sebab utama, MATANG. matang ni memang pentiiing sangat dalam 1 hubungan. sebab kalau lah kan, actually kes macam aku ni, yang agak muda jugalah kui3. sifat keperempuanan yang betul-betul perempuan, maksud aku.. masih kebudak-budakan tu masih terserlah.  so kes-kes mrajuk, kes terasa hati, marah tidak tentu pasal etc tu semua boleh jadi punca hubungan retak kalau hati x cukup kuat to face this situation. terutama dari pihak lelaki. biasalah. perempuan ni mahu perhatian lebih.

- sebab kedua, MATLAMAT HUBUNGAN. memang betul kalau pasangan yang lebih tua ni, matlamat hubungan sangatlah jelas dan insyaALLAH berpenghujung kalo disiram dan dijaga dengan baik. macam biasalah, mestilah mau kahwin kan. umur pun bukan makin hari makin muda.

- sebab ketiga, KELENGKAPAN. bukan budak skolah ja perlukan kelengkapan alat tulis untuk p exam.  hurm, maksud aku dalam hubungan ni mestilah lengkap segala-gala. tapi dalam kes aku ni, kiranya baru 70% lah yang ada. maksud aku, harta. tau lah sekarang ni hidup perlukan duit. mana-mana ja msti mau duit. brapa kes dah rumahtangga becerai , tergolek, tunggang langgan sebab kesusahan / kesempitan hidup. tapi cukuplah sekadar mencapai tahap sederhana. contoh ada kereta, boleh sara anak bini. fikiran ke arah kelengkapan kekeluargaanlah ringkasnya.

mungkin ni ja lah yang penting, yang remeh-remeh tu mungkin ada kepentingan juga. by the way, perkara yang sangat penting daripada 3 benda tadi tu ialah agama. sekarang susah sangat cari lelaki yang boleh sempurnakan tiang agama, boleh mengimamkan satu keluarga, atau setidak-tidaknya, lelaki yang kurang pengetahuan agama bersedia untuk menimba dan redha kalau isterinya mau mengajar dan memberi panduan pada lelaki-lelaki type macmni. alangkah bahagianya.sekurang-kurangnya, tidaklah berat sangat dosa di akhirat nanti tentang bab-bab fardu.

rasa-rasa, aku belum untuk semua ni. Hoho! ntah apa tujuan entry kali ni, cuma sekadar perkongsian. tapi bagi mereka yang telah dan akan berkahwin dengan lelaki yang sebaya atau lebih muda, dont be worry. sebab kebahagiaan dalam perhubungan bukan semata-mata terletak pada umur mahupun paras rupa. its depends on how much you care about the relation.

w.p Labuan,
9 Ramadhan

Jom Sembang

Daisypath Graduation tickers
Daisypath Friendship tickers
Daisypath Anniversary tickers