BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, October 28, 2011

ku ke sini lagi

salam.

hai and hi and hye all. sudah 3 hari aku berada di kampung halaman setelah menempuh beberapa pengalaman baru di bandaraya Kota Kinabalu yang penuh pancaroba dan bisa menggegar lunturkan keimanan di dada. Kini aku membantu bapa di sekolah. bukan mengajar , bukan berkebun dan bukan juga sebagai pengawal keselamatan. bapa yang sedah pencen dari sekolah lama beliau ditawarkan memegang tender untuk bantuan makanan pada murid murid. rancangan ni under program PIBG. seawal jam 5.30 am aku kena bersiap sebab jam 6 mesti ada di sana.

seronok. dapat bantu murid murid yang majoriti kurang mampu dari sudut perbelanjaan. biasalah, orang kampung. aku cuma tolong tolong mak cik dua orang ni apa yang patut. sebab aku ni bukannya pandai masak pun. huhu. sambil membantu, sambil bercerita. dan melalui cerita cerita mereka aku dapat rasakan yang mereka bukannya golongan senang. kalau kurang sabar dan tiada iman di dada, confirm. boleh gila. memikirkan harga barangan kini. rasa simpati mudah menerjah jiwa. cewah. betul. aku ikhlas. keluarga bukannya senang, tapi bila aku pandang ke bawah, betapa ramai lagi yang lebih menderita..

penat? hurm rasanya lagi penat kerja di Oldtown. penat jiwa, jasmani dan rohani. di sini aku aman tanpa mendengar sindiran dan caci maki. belum terdengar orang tu begitu dan begini. everything is enjoy, tenang dan penuh dengan beberapa titipan pengajaran dan nasihat dari mereka yang bergelar ibu. sambil memberi buah fikiran, sambil merenung dan menilai erti kehidupan dari cerita cerita yang depa kongsikan dengan aku. namun kerinduan pada kerja Oldtown yang penuh cabaran dan penderitaan (sebab selalu lapar) hehe, melahirkan rasa rindu yang berpanjangan. sebuah restoran milik orang Cina yang mengajar dan membawa aku melihat dunia luar yang boleh menyesatkan akidah kalau tidak tahu membawa diri. haha.

di sekolah tu, aku rasa dekat dengan budak budak ni. tapi aku rasa sukar sangat untuk memahami dan melayani kerenah supaya depa ni senang faham arahan dan mudah mendengar kata. entahlah. mungkin aku belum biasa.


                                                                                    ***

ini kisah aku dan dia. argh, tipulah kalau aku tidak rindu. tapi kadang kadang berjauhan menambah lagi rasa sayang, rindu dan kasih. cewah ayat jiwa jiwa yang bisa memendekkan usus anda. jauh mengundang rindu, jauh menduga kasih, jauh menambah syg. aiseh. tatatititutu. tdo dulu.

Tuesday, October 25, 2011

Terperap Lagi

Salam.

biarlah blog ini dipenuhi dengan luahan dan ayat jiwa jiwa yang bisa menggelikan pankreas dan mengeraskan usus untuk sesiapa yang singgah di sini. itupun kalau ada. huhu.

maka sejak kepulangan aku dari Labuan atas dasar melepaskan rindu dan melihat keadaan anak anak buah yang lebih sebulan aku tidak nampak.. maka aku terperap di rumah seperti terperapnya chicken wings bersama rempah ratusnya. kalau dibakar, confirm sedap. kalah kfc.

malam kepulangan aku dari Labuan, aku sudah menghantar surat resign. manager pun ok. lepas tu aku rasa dunia aku bebas. dari dunia hipokrit sepanjang bekerja di sana walau ada harinya aku bekerja dengan penuh keikhlasan dan semangat waja.

mungkin bagi rakan rakan sekerja, betapa singkatnya masa aku menimba sesuatu pengalaman, namun dalam diri aku, otak dan tenaga aku, aku seperti bekerja 1 tahun di situ. tabik spring untuk mereka mereka yang tabah dan kuat dengan pekerjaan ini. sememangnya 200% tenaga terpaksa dicurahkan.

sebenarnya banyak sangat faktor kenapa aku hantar surat resign awal. tapi biarlah menjadi simpanan dalam hati emas ni. cewah. pui.

terperapnya aku di sini adalah untuk merehatkan minda, jiwa dan kondisi tubuh yang sangat letih ini. selepas ini aku akan berkhidmat dengan bermajikankan bapa aku sendiri. lebih baik dari aku berkhidmat untuk orang lain tapi hasilnya ciput. by the way, alhamdulillah ada serba sedikit pengalaman. dan insyaAllah aku tidaklah terlalu terkejut dengan budaya luar nanti.

buat Joy (2nd sistah), thanks tumpangkan rumah untuk aku merehatkan segala gala yang telah lelah.

Saturday, October 08, 2011

Sentap

Salam.

Ya benar kali ini aku tersentap.
kepiluan menggigit tangkai hati,
menusuk jauh ke hulu. aku tersadai menahan resah di hujung kehidupan ini.

bukan aku mahu mati,
tapi tangkai hatiku berlegar sunyi.

dengan ragam manusia yang satu ini
sukar ku gambarkan dengan kata kata.

cukuplah sekadar dijadikan satu pengajaran
pedoman
bekalan
untuk aku mengharungi hidup yang masih terlalu jauh.

yang masih memerlukan secebis kekuatan
yang masih mengharapkan sekelumit kejujuran.

dari insan yang kusangka mulia
namun memiliki segumpal kejahatan

sekali lagi aku terpedaya.
dengan manusia bertopengkan malaikat

rupanya racun perosak dunia.
andai wujud 1000 seperti dia.
segeraku ignore dari kehidupanku,

wahai wanita itu,
aku kasihan padamu.

pada suamimu,
pada anak anakmu
kerana kau berusaha mengalirkan sebuah saluran haram pada darah daging & keturunanmu
yang menjadi mangsa.
masih juga pada muda mudi
yang menjerit kepayahan
dalam mencari rezeki kehidupan.

Allah maha Mengetahui.

ps from Mocha: jgn tiru aksi ini

Friday, October 07, 2011

Cuba Memahami

Salam.

apa yang anda fikir tentang post di atas ni? ceh tiba tiba aku berpura pura bertanya.
bila anda cuba memahami seseorang atau sesuatu situasi , apa yang anda rasa?
ada gembira? suka?
atau
sakit hati? memendam rasa? mogok?
atau
golek golek atas lantai macam anak buah anda yang kerasukan sebab tidak dapat gula-gula tuntung?
atau
ketawa golek golek sebab sangat BAIK DAN sangat MEMAHAMI
atau simpan dalam hati, lama lama baru sembur atas muka orang
atau macam aku
redha.
ceh redha la sangat.
mulut boleh sangkut hanger yang ada baju uniform berat 2 kilo.

GERAMMM!!..

Monday, October 03, 2011

Dalam Bas

salam.

aduh (jangan merungut ok). tapi panasss.. buat pertama kalinya aku update blog dalam bas. ekceli, turun kerja syif malam yang mana start kul 3 sampai lah 12 midnight. panas yang teramat sangat ditambah lagi dengan kebingitan suara si anak dan emak yang duduk betul betul depan aku.

bas di county height ni muncul 2 kali sehari saja. so kena sabar menunggu. tunggu better than tertinggal. habislah muka shining shining ala star. terasa hidup ini sebatang kara bila tinggal sorang sorang di rumah sewa kakak.bangun dari tidur terus teriak memcah kesunyian. biasanya Iskandar yang kejutkan aku pagi pagi buta. rasa macam terkeluar biji air mata air. sudah lah rumah ni di hujung dunia. paling atas pulak tu.  apartment atas bukit, faham fahamlah bila turun bawah carik bas. sengal sengal kepala lutut.

aku kira aku sudah duduk hampir 2 jam tunggu bas ni gerak. bayangkan dari jam 12pm sampailah dekat jam 2. aah!suara 'merdu' mak budak ni pun macam boleh mengeraskan taik telinga. adduh. abang genk yang jadi gelaran pada pak cik driver ni pun lambat. padanlah bas ni satu satunya di country height yang bawa penumpang ke Kota Kinabalu. Cis. 2 jam pun belum tentu penuh.

sabarlah wahai hati-hati. pasni kena sambung bas lagi.~

Sunday, October 02, 2011

Alone

salam.

kelmarin aku pandai-pandai tambah cuti lagi lepas off on friday. tapi aku tetap ada alasan. pak cik belah ayah aku sakit. so datang ke Hospital Queen Elizabeth dengan niat ingin ziarah. puas aku tahan rasa loya dengan bau ubat ubatan + hospital + bau pesakit. bukan sombong, tapi aku memang begitu. kui2. yang dicari, sudah pulang ke rumah awal pagi lagi. so kena tukar plan lain.

iskandar - anak buah kesayanganku, anak tunggal lelaki kakak kedua aku. merengek ajak atuknya ke pantai Tg. Aru. hilang tekanan aku & Joy (my 2nd sister). sebab esok aku kena turun kerja dan kakak kena lapor diri untuk prctical di Ranau for 1 month. dah lah husband tiada di sisi. sudah 2 minggu belayar. itu hal biasa bagi navy macam dia. tapi kali ini. agak lama la pulak. dahlah tinggal di pulau. tambah 2 minggu lagi baru dapat lihat tanah besar. sabarlah wahai hati-hati.

dan hari ini. Joy sudah gerak, Mak, Ayah & Iskandar pun gerak pulang ke kampung. home alone la pulak aku kali ini. Kul 3 karang gerak p kerja. mohon dipermudahkan. jangan dapat manager yang singa singa loteh. mulut mulut laser. oh! sabar lagi lah wahai hati- hati.

hari ini aku kena tinggal hostel lagi. dan inilah yang paling buat aku gusar untuk hari ini!yaaa..
aku sudah menetap di asrama selama10 tahun sebelum ni. dari aku belum kenal cinta sampailah aku  rasa cinta. eh apa kena mengena. non sense. maka dengar perkataan asrama pun aku sudah jemu. loya. 

Moga dipermudahkan olehNYA.

Saturday, October 01, 2011

bengong+bengang

salam.

lama x update blog.sejak ada broadband maxis ni, semakin malas melihat alam maya. bila tiada, mencari pulak. inilah manusia. betullah bak kata orang. bila ada depan mata, buat-buat tak nampak, tidak menghargai, bila hilang atau tiada depan mata. mula lah merangkak-rangkak, baru terhegeh-hegeh. eh eh, aku ni kenapa? sejak kerja ni, memang stress juga lah. mana ada benda yang enjoy.tambah-tambah lagi kerja makan gaji. extra  lagi, kerja-kerja cashier / serviece. aduiyai. apa boleh buat, cari pengalaman.

Alhamdulillah, my big day a.k.a convocation aku berjalan dengan lancar. alhamdulillah, KPLI- jQaf pun bukak permohonan. mohon doanya ya buat sesiapa yang baca blog ni. tu pun kalau ada.

sejak kerja jenis' kerja biasa-biasa ni', aku mula faham gerak kerja berkumpulan. tapi yang ni masih biasa-biasa. kadang-kadang yang jadi luar biasanya tu, kerenah pelanggan yang tidak boleh dijangka. ada add on lagi, pasal manager. mulut berbisa la katakan. sepanjang aku kerja, hanya sekali air mata ni TER rembes keluar. sebab mulut yang sangat berbisa la tuh. tidak apa. sudah namanya cari pengalaman. konon!

tapi dua ja yang kita kena ingat bila kerja dengan orang. IKHLAS & SABAR.  kalau dua ni tiada. confirm. kau kerja 1 minggu, trus blah. itu pesan kakak sulung & si dia. Hati mau kuat ma.Ok lah , lain kali aku share lagi. mood pun ntah p mana. melayang p laut china selatan kali.

Jom Sembang

Daisypath Graduation tickers
Daisypath Friendship tickers
Daisypath Anniversary tickers