BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, February 14, 2012

salam.

wah, macam bertambah sarang labah labah. hushh shuhh.. bagi angin angin ckit kasi clear sama dia. lama diri menghilang berkongsi dan bermadu cerita kan? yark. banyak sungguh ceritera aku sepanjang kesenyapan ini berlaku. macam si yuna kata, "di setiap gambar, ada lagu" .. apa lah maksudnya ni?tiba tiba


sepanjang berlaku kesenyapan jejari ketot ini. diri begitu sibuk dengan urusan urusan menjadi bakal pendidik. seperti entri entri lepas yang banyak menungkap angan angan menjadi seorang ostajah. 3minggu yang aku lalui banyak melibatkan kerahan otak, minda jiwa, fizikal dan juga ibu segala gala.. money money money.. yang dikesali, bukan aku saja merasa, malah incin fiance turut merasainya. menghantar aku segala. mengambil aku segala dr IPG ke rumah dan sebaliknya. biasalah jiwa memberontak enggan berpijak di bumi yang nyata. tinggal hostel. bosan owh. masuk hari tu. 11 tahun sudah tinggal hostel. kalau aku kawin umur 13 tahun, mungkin ada 11 orang anak sudah. itu dia kegatalan keinginan kekahwinan suda muncul.

Esok bermula lagi satu episod dan bakal menjadi sejarah dalam hidup. lapor diri ke Pejabat Pelajaran Gabungan, Penampang. dapat pula SKBH. tadi baru ja cari dua tempat ni bersama incik Fiance. Kau memang sabar. terima kasih!. dan kali ini perlukan 8 kali ganda untuk menerima kenyataan dan cuba menjejak di bumi nyata bahawa kehidupan aku akan berubah 480 darjah. bangun awal, hadap muka anak anak suci, hadap kerja bekalan dari IPG, hadap kerja dari Guru Besar dan konco konco.. dengan harapan. Guru jQAF tidak DIBULI!!!..

apa pun, memang aku kena hadapi. suka atau tidak ia pasti berlaku. pasti menjadi sebahagian dari hidup. pasti menjadi sesuatu yang diingati dan paling penting, diri ini lebih terbuka dan lebih matured.



p.s Aku mau kawiiiinnnnn!!!!!! tiba tiba datang pula miang bamboo..

doakan moga urusan urusan ku dipermudahkan :(

No comments:

Jom Sembang

Daisypath Graduation tickers
Daisypath Friendship tickers
Daisypath Anniversary tickers