BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, April 06, 2012

serius aku rindu!

salam.

serius aku rindu negeri itu!
sejuk hati, nyaman telinga, damai segalanya..
Terengganu Darul Iman sentiasa di hati.

Universiti itu,Taman Tamadun Islam, Ikan Celup Tepung, air buah besar macam baldi ( hehe,i tipu), Mbkt sorga tudung, pasar payang, and semua2 la. yang penting makanan di pasar malam sangat sedap. rindu dengan penang char kuew teow pakcik yg iras dalam iklan "betul-betul ho liow!!".. adoi. laparla pula tengah tengah malam ni.

sebenarnya semua semua ni hanya sampingan sahaja. yang paling dirindui suasana di sana. suasana yang betul betul ngam di jiwa i. suasana ilmu,  cara hidup dll. adoi. best3..

rindu dengan member member di sana dulu. alahai. tasik kenyir. alahai semualah.

k la, bye!

Friday, March 02, 2012

kekasih baru Fasa 1..

rasmi rasmi..

kuat pink kau!

Cik Passion



Cik Passion Pink ini sah menjadi milik I hari ini setelah seminggu menunggu..
InsyaAllah.. doakan untuk kekasih baru Fasa 2, 2 tahun dari sekarang. Haha.

Sunday, February 19, 2012

salam.

anda sihat?
tiba tiba tanya khabar la pula. ketara betul tiada idea.
hurm, rasa ka yang tahun ni masa berjalan begitu pantas? kadang kadang terasa perkara yang berlaku minggu lalu macam baru ja semalam terjadi.

bagi aku, otak dan raga kadang kadang tapi selalu ini berasa tidak seia dan sekata. maksud aku, aku begitu lembab menerima kenyataan yang aku akan menjalani kehidupan yang tidak pernah aku impikan. ceh, macam dapat permata la pula.

berat hati sebenarnya memikul tanggungjawab ini. bukan senang menjadi role model pada si anak anak kecil yang masih suci jiwa dan pancaindera. serasa tidak sesuai dan tidak layak menjadi contoh teladan. apatah lagi bakal digelar 'ustazah'.

ya, memang aku mengaku belajar ilmu agama dan ilmu itu aku telah peroleh seawal umur 7tahun. dan ianya berlanjutan sehingga ke menara gading.

tapi satu yang aku kesal, aku kurang menghayatinya. memang tidak layak digelar dengan gelaran semulia itu dengan tingkah dan penampilan yang ala kadar ini. terasa berdosa jiwa dan si raga. insyaAllah.. doakan aku perlahan lahan ke arah itu ok.

memang berat dan sukar mengubah diri. tapi kalau bukan diri sendiri siapa lagi? ada satu perkara yang aku benar benar inginkn agar aku boleh mengurangkan beban ini.. wahai maksiat mata, telinga, hati dan sewaktu dengannya.. aku mohon ;(

Allah, permudahkan urusanku. Bukakanlah pintu hati mereka yang berkenan.


hehe di petang hari ini, macam ada ayat jiwa jiwa.

esok start mengadap muka muka suci.. permudahkan Ya Rabb

Tuesday, February 14, 2012

salam.

wah, macam bertambah sarang labah labah. hushh shuhh.. bagi angin angin ckit kasi clear sama dia. lama diri menghilang berkongsi dan bermadu cerita kan? yark. banyak sungguh ceritera aku sepanjang kesenyapan ini berlaku. macam si yuna kata, "di setiap gambar, ada lagu" .. apa lah maksudnya ni?tiba tiba


sepanjang berlaku kesenyapan jejari ketot ini. diri begitu sibuk dengan urusan urusan menjadi bakal pendidik. seperti entri entri lepas yang banyak menungkap angan angan menjadi seorang ostajah. 3minggu yang aku lalui banyak melibatkan kerahan otak, minda jiwa, fizikal dan juga ibu segala gala.. money money money.. yang dikesali, bukan aku saja merasa, malah incin fiance turut merasainya. menghantar aku segala. mengambil aku segala dr IPG ke rumah dan sebaliknya. biasalah jiwa memberontak enggan berpijak di bumi yang nyata. tinggal hostel. bosan owh. masuk hari tu. 11 tahun sudah tinggal hostel. kalau aku kawin umur 13 tahun, mungkin ada 11 orang anak sudah. itu dia kegatalan keinginan kekahwinan suda muncul.

Esok bermula lagi satu episod dan bakal menjadi sejarah dalam hidup. lapor diri ke Pejabat Pelajaran Gabungan, Penampang. dapat pula SKBH. tadi baru ja cari dua tempat ni bersama incik Fiance. Kau memang sabar. terima kasih!. dan kali ini perlukan 8 kali ganda untuk menerima kenyataan dan cuba menjejak di bumi nyata bahawa kehidupan aku akan berubah 480 darjah. bangun awal, hadap muka anak anak suci, hadap kerja bekalan dari IPG, hadap kerja dari Guru Besar dan konco konco.. dengan harapan. Guru jQAF tidak DIBULI!!!..

apa pun, memang aku kena hadapi. suka atau tidak ia pasti berlaku. pasti menjadi sebahagian dari hidup. pasti menjadi sesuatu yang diingati dan paling penting, diri ini lebih terbuka dan lebih matured.



p.s Aku mau kawiiiinnnnn!!!!!! tiba tiba datang pula miang bamboo..

doakan moga urusan urusan ku dipermudahkan :(

Wednesday, January 25, 2012

cabaran dari liur liur negatif

salam.

lama tidak mengetuk mencipta entry hoho. konon.

biziii sangat sangat dengan persediaan pendaftaran.
borang
pengesahan
medical checkup
barang keperluan

and semua yang sewaktu dengannya

penat boh..

tekejut gila bila nurse yang aku panggil auntie  kata berat aku 60kg. aku minta dia cek kan semula. eh eh. kurang plak pegi 59kg. lantaklah. tapi seriussss tekejut gila! azam pasni mau turunkan ke 52kg. doakan I.

describe panjang sangat. ni buleh buat 2 entry ni... berbalik pada si air liur itu.

pelik tapi unik bah kan hehe.

maksud aku pada liur liur negatif...

al-kisah.. bermulalah kisah..

dulu masa aku form 1, masa tu 2001. aku jalan pi mana sekalipun memang aku masih bernafas(memanglah)  walau aku sorang sorang. ya la masa tu kan first time tinggal asrama, jauh pula dari kampung, jauh dari family, kawan pun tiada. so aku survive sorang sorang sebab aku dapat dorm yang memang hanya aku sorang saja form 1. mulut memang. berat. pendiam. x mo tegur orang.. memang spesies kera sumbang.

mahu dijadikan cerrrita.
aku selalu gendong buku walau ke mana pun aku pegi. kamus plak kalah kamus perubatan tebalnya. tu ehsan auntie aku lah tu bagi oxford dahlah tebal besar lagi.

ok. ada salah satu ahli dari geng geng senior aku yang selalu buat kecoh di sekolah. bukan lelaki tapi perempuan.

dia pernah kata dekat adik angkat dia a.k.a classmate aku.

" Suhailah tu nampak ja struggle, tapi x pernah naik pentas"

bukan untuk menari tapi terima anugerahlah maksudnya.

so, aku memang benci gila dengan orang tu, tapi mungkin memang sifat aku, aku mahu buktikan walaupun dalam exam biasa biasa au dapat result biasa biasa tapi bila exam besar aku boleh skor except SPM. alhamdulillah.

walau belum boleh dikatakan berjaya, aku bejaya menamatkan semua persekolahan dengan baik, walaupun kata kata itu menyakitkan tapi aku cuba jadikan sebagai cabaran dan jangan lupa buktikan pada mereka yang mengeluarkan liur liur negatif itu.

pengajarannya, jangan cepat berfikiran negatif dan sentiasalah menjadikan itu salah satu cabaran dan penguat semangat walaupun anda lakukannya di dalam diam. jangan cepat down bebeh.

itu la dulu  kot. tdoq dulu, bai~


#7kg untuk dikurangkan ;p







Jom Sembang

Daisypath Graduation tickers
Daisypath Friendship tickers
Daisypath Anniversary tickers