salam.. sudilah baca kisah ini sebelum aku menambah di akhir artikel..
"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan suatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri." (Surah ar-Ra'd 13:11)
Di sini, kita mengerti bahawa perubahan itu akan wujud melalui usaha daripada diri kita sendiri. Jikalau kita tidak memulakan langkah untuk berubah, maka kita akan selamanya berada di takuk yang lama.
"Insya-Allah nanti bila sudah dapat hidayah saya akan pakai tudung."
Ini hanya contoh jawapan yang 'cliche' bila ditanya mengenai pemakaian tudung. Ada banyak lagi ayat-ayat yang sering diungkapkan kita demi untuk menepis segala soalan masyarakat mengenai diri kita atau sikap kita. Walhal hidayah tidak datang kepada kita, kita yang sepatutnya mencari hidayah Allah!
"Dah tua nanti aku berubah lah weh!"
Ini lagi satu contoh. Kalau hati sendiri telah set kan bahawa anda memang tidak mahu berubah, bagilah seribu tahun pun kehidupan.. anda rasa anda akan berubah? Tidak sama sekali!
Untuk berubah, individu tersebut perlukan keinginan, ketetapan dan keteguhan hati.
Kenapa kita lihat banyak manusia yang mahu berubah ke arah kebaikan kecundang di tengah jalan transformasi?
Ini berkemungkinan besar kerana mereka punyai keinginan untuk berubah tetapi hati mereka tidak cekal dan tidak tetap untuk berubah!
Namun, jika hendak seribu daya jika tidak mahu seribu dalih. Hati itu asbab dan punca. Jika ia kuat maka akan kuatlah kita, jika tidak, kalahlah kita.
Berubah itu kaitannya hati dan jika hati itu tidak kuat, punya nawaitu yang tidak tetap dan masih ada walau sekelumit keinginan untuk mengulangi sikap lampau kita, maka susahlah manusia itu untuk menetapkan diri pada perubahan.
Hati itu juga berkait dengan anggota. Anggota itulah yang bakal meneguhkan hati. Demikian, apabila bertemu keinginan yang lama, mata tidak boleh memandang, kaki tidak boleh mengekori dan tangan tidak boleh beragak-agak untuk menyentuh atau melakukan.
Sekali lagi saya ingin tegas kan kepada saudari dan saudara marilah kita hayati akan maksud di sebalik Firman Allah ini:
"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan suatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri."
Surah ar-Ra'd 13:11
Sekiranya jalan yang kita lalui itu sukar ketika kita ingin berubah, maka sebenarnya itu lebih baik daripada anda kembali bergelumang dengan selut dan lumpur di jalan lama. Ingat, ini hanya dunia. Berubahlah ke arah kebaikan untuk Akhirat yang kekal abadi. Kitalah penentu nasib kita di sana!
sumber: iluvislam.com
Alhamdulillah.entry ini lebih pada melampiaskan rasa gembira di hati. sebab.. tiba-tiba dia bersuara melalui pesanan ringkas. " nanti awak ajar saya solat yang lebih sempurna boleh?" agak terkejut dan terharu bila membaca mesej darinya. sebab sebelum tu kitorang story mory benda lain yang langsung tiada kaitan dengan topik yang selalu aku ungkit sebelum ni. tapi aku sedar, makin banyak aku bersuara, makin jauh la dirinya untuk melakukan dan mendirikan yang lima. aku, "knapa tiba-tiba cakap macamni?".. dia,"dalam lima waktu tu saya belum hafal qunut lagi".. aku,"nanti saya belikan awak buku panduan. alhamdulillah, termakbul doa saya"..dia,"perlahan-lahan.. awak mesti ajar saya tau.." aku, "ok..saya akan ajar, x sabar lak nak ajar"..dia"" nanti lepas saya dah mahir, kita solat sama-sama tau"..dia,"tapi awak jangan beleter tau, doakan saya terus istiqamah.."
Alhamdulillah, aku percaya, doa di bulan mulia ini insyaAllah antara yang termakbul. dan aku seperti diberi peluang untuk berpuasa sebulan dan melakukan ibadah-ibadah lain. syukur Ya Allah. sehingga kini aku belum dikurniakan cuti..
dan aku juga percaya, bahawa manusia tidak selamanya akan berada di takuk lama. kecuali dia yang menghendakinya. aku percaya aku dikurniakan bersama dia kerana aku tahu, dia perlukan bimbingan walaupun bimbingan yang sepatutnya diberikan adalah dari insan bernama LELAKI. tapi latar belakangnya tidak memungkinkan dia menjadi dambaan para wanita Mujahidah.aku redha atas ketentuanNya. walaupun aku manusia lemah, namun aku bertuah kerana mempunyai pengetahuan agama yang masih cetek. Namun, aku yakin aku boleh bantu dia.
renung-renungkan,
jangan pandang rendah pada orang yang kotor & daif, kerana 1 hari nanti tidak mustahil kita akan berada di tempatnya.
jangan pandang hina orang yang banyak dosa,mana tahu satu hari nanti dia akan bertaubat dan taubatnya diterima Allah.
jangan terlalu menyanjung mereka yang beriman kerana tidak mustahil satu hari nanti, iman mereka menipis.
dan yang terlalu dan teramat penting.. Doakanlah mereka yang jauh ke lembah hina dan dosa mendapat petunjuk dan hidayah agar terbuka pintu hatinya ke arah syurga Jannah, dan doakanlah mereka yang telah beriman agar sentiasa terpelihara dari drama king buatan manusia, pada padangan harta, tahkta dan wanita.
buat anda yang membaca entry ini. aku mohon doa dan doa dan doa agar lelaki ini terus dan istiqamah ke arah tiang agama. tolong aku dan dia Ya Allah...aku mohon...
wp. Labuan,
27 Ramadhan